Skip to content

lapan 'girl crush'

LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.

Kongsikan artikel ini

Lapan ‘Girl Crush’ ini merupakan wanita-wanita masa kini yang hangat lagi seksi pilihan GLAM Lelaki. Ketahui siapakah mereka.

ARISA SORAYA

LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI. YANG HANGAT DAN SEKSI.

Always the number one hot girl on our list. Arisa Soraya mula dikenali sejak dia giat mereka cipta pelbagai ‘content’ menarik di media sosial dan kini bergelar ‘content creator’ sepenuh masa. Arisa memiliki wajah yang cantik dan sentiasa on point dengan gaya yang ditampilkan. Sama ada dalam media sosial atau kala menghadiri acara. What we loved about her is that bukan sahaja dia memiliki wajah yang cantik, sweet dan gaya menawan, tetapi personalitinya yang menyenangkan juga mudah didekati. An instant crush. 

TISYA ONG

Tidak pernah gagal membawa gaya unik dan penuh percaya diri. Tisya Ong, memulakan langkah sebagai ratu cantik, kini bertukar arah sebagai pelakon, model dan content creator. Tak hanya memukau dengan rupa paras dan tubuh yang seksi, tetapi juga dengan pilihan fesyen yang selalu mencuri perhatian. Dari kehadiran di acara-acara hingga sesi bergambar, Tisya selalu tampil dengan gaya yang unik, penuh percaya diri dan penuh karakter. We think that Tisya has one of the sexy faces. 

ELANA

LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI. YANG HANGAT DAN SEKSI.

Elana merupakan model generasi baharu yang mula mencuri tumpuan. GLAM Lelaki kurang tahu latar belakang dan projek-projek terkininya, tetapi setiap kali terlihatnya di mana-mana acara kecantikan, kehadirannya pasti terasa. Seperti di salah satu acara kecantikan baru-baru ini, kami melihatnya hadir memakai dress kulit hitam dan rambut digayakan lurus, cukup seksi sekali! Buat yang melihatnya pertama kali secara fizikal, pasti akan terus jatuh hati. 

KHADIJA MEOR AZMAN

Anak kepada legendary Datin Sofia Jane, dan juga merupakan pemilik bersama akaun Instagram ‘Pwincess Diaries’, Khadija Meor Azman. This name was on everybody’s lips for one moment. Khadija merupakan inspirasi wanita dan anak-anak muda hari ini, tentu saja dari aspek fesyen, gaya hidup atau juga dalam menjaga kecantikan diri. Dari lensa GLAM Lelaki, Khadija merupakan wanita terhangat untuk era kini, bukan kerana aura seksi yang terdapat padanya, tetapi juga pembawaan diri yang cool. Dari sang ratu yang edgy, hingga muse yang elegan, dan ikon moden. 

SHASHA ABEDUL

LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI. YANG HANGAT DAN SEKSI.

She is something. Agak berbeza dengan wanita-wanita segenerasinya. Punya tarikan yang tersendiri. Pelakon yang mula menempa nama dengan siri Project: Exit ini, telah berkongsi yang dia baru sahaja bertunang bersama lelaki pilihannya. Don’t be sad boys. Bagaimanapun, Shasha tidak mendedahkan siapa identiti lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu. Pun begitu, pada pandangan GLAM Lelaki, Shasha memiliki aura yang mengagumkan dan cara dia membawa diri cukup tertarik buat sesiapa sahaja meskipun kini memilih penampilan yang berlainan. Like we said, she is something. 

ATHINA KAMARUDIN

Athina Kamarudin mempunyai pelbagai profesion, antaranya model, penari dan content creator, selain bertindak sebagai ‘our crush’. Memiliki personaliti yang menyenangkan, peramah dan ‘down to earth’, inilah yang menambahkan aura seksi yang terdapat pada Athina. Athina is really someone who is not afraid to be truthful to herself. Dia berani berekspresi melalui penampilan dan menonjolkan bentuk tubuhnya. Inspirasi buat kebanyakan wanita-wanita di luar sana. That’s even sexier! 

MIA SARA SHAUKI

Mia Sara Shauki merupakan pelakon dan anak sulung kepada pelakon Afdlin Shauki. Tidak hanya sekadar menceburi dunia lakonan, Mia Sara memasang impian untuk bergelar pengarah, mengikut jejak langkah bapanya. One thing we love about her is that she is always being real on her social media. Gaya-gaya yang dikongsikan Mia Sara juga sangat menginspirasikan, selain dapat memberi idea berpakaian buat gadis-gadis generasinya. Kami tidak mengenali Mia Sara secara dekat, namun dapat merasakan dia memiliki personaliti yang cool dan easy to get along with. 

ANGEL (DOLLA)

girl crush

GLAM’s ultimate crush! Daripada pemuzik ke bintang fesyen, Angel memiliki segala aset yang diimpikan setiap lelaki. Don’t get us wrong! Kami bercakap mengenai rupa parasnya yang menawan, bijak, berbakat dan always looking on point. Angel ternyata sudah mencapai tahap yang tinggi pada usia mudanya dan ini semua hanyalah permulaan. Di sebalik semua kejayaan, bintang pop yang sedang berkembang ini, yang kami tahu adalah seorang wanita yang sangat mudah didekati dan pastinya, akan menjadi bintang yang lebih besar suatu hari nanti. 

Artikel berkaitan: HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”

Bacaan Lanjut

FRANK LEE, MODEL BARU MESTI KENALI

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”

Bacaan Lanjut
"I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT," ZACHARY PUUNG.

ZACHARY PUUNG, “I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT.”

Bacaan Lanjut

CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024

Bacaan Lanjut
FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”

FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”

Bacaan Lanjut