Skip to content

TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Kongsikan artikel ini

Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah  melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

Majlis pernikahan berlangsung jam 9.00 pagi di Enderong Resort, Janda Baik. Siti Saleha menerima mas kahwin bernilai RM1,000. Di Lebih Istimewa, persalinan serba putih yang disarungkan oleh pasangan ini telah direka sendiri oleh Joshua Fitton. Jurusolek selebriti, Khir Khalid menjadi pilihan Siti Saleha dan dandanannya disempurnakan oleh Yusof Ruzaimi. Untuk majlis pernikahan ini Saleha menerima lima dulang hantaran dan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. Paparan eksklusif ini telah di muat naik oleh pendandan rambut.

Tentang Sally & Joshua Fitton 

Sudah menjalin hubungan hampir 2 tahun kini Siti Saleha mengejutkan hadirin KLFA 2024 dengan pengumuman pertunangannya bersama pereka fesyen tersohor, Joshua Fitton. Momen penuh kejutan itu berlaku secara spontan tanpa pengetahuan bakal suaminya, menambahkan lagi seri dan kehangatan malam fesyen tersebut. Berita gembira itu tercetus apabila hos majlis bertanya tentang perjalanan hidup Siti Saleha sepanjang tahun 2024. Pertanyaan tersebut disambut dengan pengumuman manis daripada Siti, mengungkap pertunangannya yang mengejutkan ramai.

Siti Saleha di Mata Joshua: 

“Saya rasa dari awal lagi, kami membenarkan satu sama lain menjadi diri sendiri tanpa cuba mengubah atau membetulkan apa-apa. Kami benar-benar mengambil masa untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Setiap orang datang dari latar belakang dan pengalaman hidup yang berbeza. Oleh itu, pada awal hubungan kami, kami banyak belajar tentang satu sama lain dan memahami apa yang kami harapkan daripada hubungan ini. Mempunyai fikiran yang terbuka adalah kunci dalam membina asas hubungan.”

Pautan Berkaitan: CINTANYA BUKAN LAGI RAHSIA! GLAM LELAKI SELAMI HATI JOSHUA FITTON

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MENGENANG ASHRAF SINCLAIR: HENING RINDU NOAH AIDAN SINCLAIR

Bacaan Lanjut

JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN

Bacaan Lanjut

12 HADIAH UNTUK SANG JEJAKA

Bacaan Lanjut

CINTANYA BUKAN LAGI RAHSIA! GLAM LELAKI SELAMI HATI JOSHUA FITTON

Bacaan Lanjut

VALENTINE HAMPIR TIBA, LELAKI GROOMING PLEASE!

Bacaan Lanjut
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN

5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN

Bacaan Lanjut