HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI
Gabungan unik dari Aesop menghasilkan wangian penuh intensiti dengan sisi lembut demi melengkapkan wangian harian.
Aurner Eau de Parfum daripada Aesop merupakan gabungan antara ketegasan dan kelembutan dalam satu haruman wangian floral. Dengan gabungan rempah yang membangkitkan deria, nota logam yang unik, serta lapisan herba yang mendalam, Aurner mempersoalkan batasan kategori wangian tradisional. Wangian yang berani berakar dalam kayuan mewah, menghasilkan karakter yang berlawan dengan persepsi wangian floral.
Magnolia: Tafsiran Semula yang Resonan
Aurner Eau de Parfum dicipta dengan kerjasama Céline Barel, rakan jangka panjang Aesop yang juga merupakan pencipta Tacit Eau de Parfum. Ia merupakan wangian segar dan moden. Menurut Barel, Aurner direka sebagai evolusi dalam dunia aromatik Aesop. Ia adalah bunga yang berani, memberikan perspektif baru kepada haruman floral.
Perubahan perspektif ini dicapai melalui penggunaan daun Magnolia, untuk menyampaikan ekspresi unik bunga ini. Aroma herba yang berpanjangan dari daun Magnolia berpadu dengan nota utama Roman Chamomile dan Cedar Heart, mencipta bau yang mendalam dan provokatif. Ia menolak tanggapan bahawa haruman floral semestinya lembut dan anggun.
Kisah Kontra dan Intense Aesop
Nama Aurner berasal daripada kata kerja dalam bahasa Norse Lama yang bermaksud dihiasi, diperindah dengan bunga. Ia mencerminkan bagaimana wangian ini membaluti kulit dengan campuran aroma yang berani. Aurner bermula dengan kecerahan yang bersinar. Nota sitrus bercahaya disertai rempah hijau segar seperti Cardamom dan Pink Pepper, serta kelembutan Roman Chamomile yang membangkitkan ketajaman floral dengan sentuhan logam yang tidak dijangka.
Kesegaran awal ini kemudian berkembang menjadi hati floral yang mendalam. Daun Magnolia digabungkan dengan Geranium, manakala kehangatan rempah Cardamom membayangkan kehadiran unsur kayuan yang akan muncul. Dasar wangian ini mengukuhkan intensitinya dengan gabungan tekstur kaya dan bersahaja. Antaranya Sandalwood, Cypriol Heart dan Cedar Heart memberikan asas yang kukuh, membumikan aroma floral yang megah ini.
Sebagai sebahagian daripada koleksi Eau de Parfum Aesop, Aurner melambangkan pendekatan tidak akur dalam penciptaan wangian, mencabar klasifikasi mudah dan ilham konvensional. Ia seistimewa dan sepelbagai individu yang melangkah ke dalam butik Aesop, menjadikannya satu pengalaman yang penuh karakter dan keunikan.
Pautan Berkaitan: INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI
GLAM Lelaki menyenaraikan wangian terbaik daripada aroma berasaskan kayu pilihan Justin Bieber hingga bau vanila kegemaran Tom Brady.
INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA
Tahun ini, Aesop merangkumi tawaran hadiah yang melimpah dengan koleksi baru kit hadiah edisi terhad yang terinspirasi daripada sinema.
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE
Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.