Skip to content

JOJO HADIAHKAN IBU JAM TANGAN MEWAH ROLEX

Kongsikan artikel ini

Kasih sayang yang tulus dan perhatian yang penuh makna, itulah yang dizahirkan oleh Johan Ghazali atau Jojo kepada ibunya yang tercinta.

Dalam satu momen yang tidak diduga, Jojo menghadiahkan ibunya sebuah jam tangan Rolex mewah, membuatkan ibunya menangis kegembiraan. Hadiah istimewa ini bukan sahaja simbol penghargaan tetapi juga tanda betapa besar rasa sayang Jojo kepada wanita yang telah membesarkannya dan senantiasa berada disisinya.

Momennya yang penuh emosi ini dirakam dan dikongsi di media sosial, di mana kelihatan ibu Jojo yang begitu terharu menerima hadiah tersebut. Air mata kegembiraan mengalir di pipinya ketika melihat jam tangan yang telah lama diidamkan. Begitulah pengorbanan seorang ibu yang tak ternilai, dan Jojo, dengan segala yang dimilikinya, ingin membalas jasa dan kasih sayang ibunya.

Instagram Johan Ghazali

Sungguh, kejutan ini bukan sekadar tentang sebuah hadiah yang berharga, tetapi tentang penghargaan yang mendalam kepada seorang ibu yang telah banyak berkorban. Jojo telah membuktikan bahawa kasih sayang sejati tidak terukur dengan wang ringgit, tetapi melalui perbuatan yang penuh dengan ketulusan dan perhatian.

Instagram Johan Ghazali

Tentang Rolex: Jam tangan Rolex Datejust 31 adalah gabungan elegan antara keluli tahan karat dan emas ros 18K, memberikan sentuhan mewah pada reka bentuknya. Dengan diameter 31mm dan ketebalan hanya 10mm, jam ini hadir dengan kesan yang klasik namun tetap moden. Dihiasi dengan dial berwarna merah jambu yang menawan, ia dipadankan dengan nombor Roman yang digarap dengan kemas dalam emas ros 18K, serta tangan yang juga diperbuat daripada emas ros, memberikan kontra yang anggun. Pergerakan automatik Rolex Caliber 2235 memastikan ketepatan waktu yang sempurna, manakala ciri COSC menjamin ketepatan lebih tinggi dengan status Swiss Official Chronometer. Dilengkapi dengan kerah berulir (screw-down crown) untuk ketahanan yang lebih baik dan kalis air, menjadikan jam tangan ini bukan sahaja bergaya tetapi juga praktikal.

Pautan Berkaitan: THE RISING STAR, JOHAN ‘JOJO’ GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
5 PENAMPILAN JOHAN GHAZALI TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI

5 PENAMPILAN JOHAN GHAZALI TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

TIMEPIECES OF SUCCESS: KOLEKSI JAM TANGAN JOHAN GHAZALI

Bacaan Lanjut

MIKI GHAZALI RANGKUL PINGAT EMAS PADA USIA 16 TAHUN

Bacaan Lanjut

ATLET SUKAN GENERASI BAHARU YANG SEMAKIN MENYERLAH

Bacaan Lanjut

THE ORDINARY MEMPERKENALKAN SET HADIAH MINI: RINGKAS, PRAKTIKAL & SIAP UNTUK DIRAIKAN

Bacaan Lanjut