TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP
Gaya rambut memainkan peranan besar buat lelaki. Setiap gaya rambut atau warna mampu mengubah aura yang ingin ditonjolkan.
Tahun 2025 banyak memberi kejutan walaupun baru sahaja dua bulan pertama. Dari kemunculan semula daripada idola-idola generasi terdahulu, hingga konsep dan gaya peribadi mereka. Idola k-pop lelaki kini gemar tampil lebih berani dengan gaya fesyen dan rambut yang menonjol. Setiap gaya rambut yang dilakukan berkait dengan konsep mahupun kehidupan seharian mereka. GLAM Lelaki akan senaraikan enam gaya baru yang ikonik dari idola-idola k-pop ini.
#1 G-Dragon
G-Dragon sememangnya ikonik apabila dikaitkan dengan gaya rambut. Dari warna kuning hingga merah, dia telah mencuba pelbagai warna rambut sepanjang kariernya. Untuk kemunculan semulanya selepas tujuh tahun menyepi, G-Dragon kembali dengan rambut berwarna jingga kemerahan, dipotong pendek. Warna rambutnya juga sempat ditukar ke warna hijau mint ketika persembahannya di konsert encore Taeyang di Seoul.

#2 Hyunjin
Terkenal dengan gaya rambutnya yang panjang dan cantik, Hyunjin memberi kejutan tahun baru buat peminatnya dengan mencukur rambutnya sendiri, menjadikan gaya buzz cut. Impak Hyunjin yang membuatkan ramai lelaki menyimpan rambut panjang, kini membuatkan ramai lelaki yang mengenakan gaya buzz cut. Selepas gaya buzz cut perangnya, Hyunjin menukar rambutnya ke warna merah jambu sempena fanmeeting Stray Kids yang lalu.

#3 Mingyu
Mingyu telah mengejutkan peminatnya sebanyak tiga kali pada tahun 2025. Duta jenama L’Occitane ini mula memberi kejutan dengan rambut perangnya yang pendek. Selepas itu, Mingyu mewarnakan rambutnya ke warna biru kekelabuan dan kini sekali lagi mengejutkan peminatnya di konsert dengan gaya rambut merahnya. Gaya rambut pendek dan kemas ini menjadikan Mingyu tampil lebih segak dan tampan.

#4 Felix
Selepas hampir empat tahun berambut perang dan panjang, Felix akhirnya kembali kepada warna asal rambutnya iaitu hitam. Selepas membuat undian kepada peminatnya, Felix bersetuju untuk mengikut majoriti ramai yang inginkan rambut hitamnya. Transformasi Felix bukan sahaja mengejutkan peminatnya, tetapi ahli Stray Kids sendiri. Bagi Felix, rambut hitamnya membuatkan dirinya kelihatan lebih dingin berbanding rambut perang. Tetapi, Felix kelihatan hebat tak kira apa jua warna rambutnya!

#5 Jun Han
Mendapat perhatian dengan rambut panjangnya, Jun Han, gitaris band Xdinary Heroes mengejutkan peminatnya lagi dengan rambut lurus berwarna merah. Penampilan barunya membuat kemunculan ketika persembahan mereka di JOY Concert pada 1 Februari 2025 yang lalu. Warna merah yang terang bersama rambut lurus Jun Han menaikkan lagi aura rockernya!
#6 Yoshi
Mungkin merah jambu merupakan warna pilihan tahun ini. Selain dari Hyunjin, Yoshi dari Treasure juga tidak ketinggalan dengan gaya rambut barunya. Memberi kejutan kepada peminatnya di aplikasi X, Yoshi muncul dengan rambut berwarna merah jambu dan coklat yang menaikkan dari tona kuitnya, bak watak anime!

#7 Juyeon
Selepas beberapa tahun bersama rambut pendek dan hitam, wajah Balenciaga ini akhirnya kembali dengan rambut berwarna perang. Kejutan dari Juyeon buat peminatnya ini diu
Pautan Berkaitan: GAYA BUZZ CUT HYUNJIN JADI BUALAN HANGAT DI X
Tags
Artikel Yang Berkaitan
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026
Pada bulan Januari 2026 ini, Stadium Merdeka yang diberi nafas baharu akan bersinar dengan konsert-konsert yang menjadi tumpuan.
KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026
2026 menjadi tahun yang direbuti oleh kumpulan K-Pop untuk mengadakan comeback yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT
Kini K-Pop sudah menyerang dunia muzik, tetapi terdapat lagu-lagu K-Pop yang amat popular dan menjadi bukti populariti K-Pop sepanjang zaman.











