KRIS DAYANTI HADIAHKAN KONSERT BUAT PEMINAT SELEPAS LAPAN TAHUN
Berita baik buat peminat legenda muzik Indonesia, Kris Dayanti. Selepas hampir sedekad, penyanyi berusia 50 tahun ini bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia dengan Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti.
Konsert khas yang dibawakan oleh JBProduction itu bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2025 bermula jam 8.30 malam.
Menurut Isa A Rani yang merupakan Pegawai Kewangan Jaguh Baru Sdn Bhd, konsert itu akan menampilkan komposer tersohor Indonesia, Erwin Gutawa.
“Kami sangat berbangga untuk mempersembahkan diva dari Indonesia, Kris Dayanti yang terus mekar dan menjadi buah hati peminat di negara ini sejak sekian lama.
“Konsert ini juga pasti dinantikan ramai setelah lama Kris Dayanti tidak muncul dalam skala persembahan konsert di negara ini. Ia juga sebagai kesinambungan dan reportoire yang sangat dekat di hati penonton kedua-dua negara,” katanya.
Kris Dayanti Janjikan Malam Penuh Nostalgia
Konsert Kris Dayanti pasti akan membahagiakan para peminat setelah sekian lama penyanyi itu tidak membuat persembahan di Malaysia. Kali terakhir Kris menghiburkan peminatnya adalah pada 2017 menerusi Konsert Romansa Krisdayanti.
Malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti pasti akan menjadi kisah cinta agung dan kenangan terindah antara Kris dan para peminatnya.

Foto: Suara.TV
“Saya akan membawa penonton mendengar dan kembali mengingati lagu-lagu yang penuh nostalgia cinta diiringi pemuzik di bawah pengarah Erwin Gutawa.
“Sememangnya saya akui bertuah kerana terus disayangi dan diterima baik. Saya berharap terus mendapat sokongan anda semua hadir pada malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti nanti.
“Saya juga berharap bukan saja peminat daripada Malaysia hadir, malah peminat Indonesia yang berada di negara ini turut sama-sama memberi sokongan,” katanya.
Tiket konsert boleh didapati di UberTickets bermula 23 Februari 2025.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: ROSSA JANJIKAN KEJUTAN DALAM KONSERT MEGA ‘HERE I AM’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ROSSA JANJIKAN KEJUTAN DALAM KONSERT MEGA ‘HERE I AM’
Tanggal 14 Jun ini Ratu Pop Indonesia, Rossa bakal menjayakan konsert terbesar dalam kerjayanya di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.