15 LAGU RAYA 2025 TERBAIK UNTUK ANDA LAYAN MENJELANG SYAWAL
Dendangan lagu raya 2025 yang hangat berkumandang di corong radio dan platform muzik menandakan Aidilfitri semakin menghampiri.
Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kita menyambut Syawal mulia selepas sebulan menahan lapar dan dahaga. Pastinya umat Islam kini sedang sibuk membuat persiapan diri dan menghias kediaman. Semua ini demi menzahirkan hanya yang terbaik pada pagi raya.
Selain pakaian baru dan pertemuan dengan sanak saudara, lagu-lagu juga mampu menghangatkan suasana. Dahulu kita sering disajikan dengan lagu malar segar seperti dendangan Saloma, Sudirman, M. Nasir dan P. Ramlee.
Beberapa tahun kebelakangan ini kemunculan lagu moden semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ia memberi sentuhan berbeza pada industri hiburan tempatan.
Lagu-lagu moden tidak kurang hebatnya kerana mampu mengusik jiwa dan menyuntik kemeriahan pada hari lebaran. Tahun ini tidak terkecuali dengan pelbagai genre menarik termasuk hip hop yang pastinya memeriahkan sambutan anda di pagi Syawal.
Ayuh semarakkan hari lebaran dengan lagu raya 2025 menarik pilihan GL
1. Dam Dim Dum Raya
Penyanyi: Nadeera
2. Hari Lebaran
Penyanyi: Siti Nordiana
3. Hari Mulia
Penyanyi: Amir Jahari & Beto Kusyairy
4. Jodoh Hari Raya
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
5. Jom Raya
Penyanyi: Daiyan Trisha
6. Meriah Lain Macam
Penyanyi: Hael Husaini & Nadeera
7. Nyam Nyam Ketupat
Penyanyi: Wani Kayrie, Dinda Dania, Miss Alvy & Zizan Razak
8. Raya Nak Ke Mana?
Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza
9. Raya Pum Pang
Penyanyi: Fazura & Syasya Rizal
10. Raya Telah Tiba
Penyanyi: Wany Hasrita
11. Raya Ya Ya
Penyanyi: Iman Troye & Dato’ Sri Aliff Syukri
12. Serumpun
Penyanyi: Mimi Fly
13. Tak Balik Raya
Penyanyi: Umairah
14. Tum Tum Raya
Penyanyi: Shiha Zikir & Ieda Zikir
15. Zapin Raya
Penyanyi: Haziq Rosebi & Ezad Lazim
Pautan berkaitan: 5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI
Dari lagu “Alamak Raya Lagi” daripada kumpulan De Fam kepada “Ketipak Ketipung Raya” nyanyia duet Aisha Retno dan Aziz Harun, apakah lagu raya baharu 2024 pilihan anda lebaran ini?
10 LAGU RAYA MODEN TERBAIK SEBAGAI HALWA TELINGA DI PAGI SYAWAL
Semarakkan Aidilfitri tahun ini dengan dendangan lagu moden popular yang mampu mengusik jiwa dan menyuntik kemeriahan pada hari lebaran.
BUAH TANGAN AMIR MASDI SEMPENA AIDILFITRI
Dia berharap lagu Hari Ini Hari Raya mampu memeriahkan lagi sambutan raya tahun ini.