RISIKO PEMAKAIAN KASUT TANPA STOKIN: WHEN & HOW
Fashion is all about experiment. Ya, dalam dunia fesyen terkini, lelaki khususnya perlu bijak bereksperimen dan mencuba kepelbagaian trend kerana sekiranya ia kena dengan gaya, anda akan dilihat stand out tanpa perlu berusaha lebih. Dan kini, trend pemakaian kasut tanpa stokin dilihat semakin diterima ramai. Like a statement, gaya kasut tanpa stokin ini akan memberikan penampilan gaya moden yang berkeyakinan untuk anda yang berani.

Namun, sebelum ingin mencubanya, tanya pada diri adakah anda bersedia untuk mendedahkan pergelangaan kaki untuk tatapan umum?
Dan kedua, tahukah anda pemakaian kasut tanpa stokin ada kalanya membuatkan anda tidak selesa sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh. Ya, kaki akan berpeluh dan secara automatik ia akan meninggalkan bau yang kurang enak apabila anda menanggalkan kasut. So are you ready for this? Sekiranya ya, bila dan bagaimana kesesuaian trend ini.
DI MANA KESESUAIANNYA?
1- Majlis tidak formal
Ya, tepat sekali anggapan anda. Its all about courtesy. Penggayaan kasut tanpa stokin sebenarnya lebih sesuai digayakan sewaktu acara tidak formal sama ada sewaktu pergi makan malam bersama keluarga, acara minum petang ataupun ke parti dan ia boleh diterima jika anda tertinggal stokin di rumah. Untuk acara formal, kami tegaskan trend ini agak tidak sesuai kerana majlis formal memerlukan anda untuk tampil lengkap berstokin.
2- Gaya Santai
Gaya ini tentunya sesuai bersama pakaian kasual ataupun gaya santai seperti pergi membeli belah, staycation atau berkelah. Jika ia tidak cukup untuk meyakinkan anda untuk mencuba gaya ini, fikirkannya sebagai sesuatu praktikal dan padankan dengan pakaian yang ringan dengan warna-warna yang in.

APAKAH JENIS KASUT YANG BERSESUAIAN?
Ya, ingin kami tekankan di sini bahawa tidak semua kasut sesuai dipakai tanpa stokin. Antaranya sneakers dan kasut but. Ini kerana bukan saja ia akan merosakkan kasut, malah kaki dan tumit juga mudah melecet sekiranya anda banyak berjalan. Kasut yang dilihat bersesuaian mengenakan trend berkasut tanpa stokin adalah kasut seperti;
1- Loafers
2. Brogue
GUNAKAN STOKIN LOAFER
Ya, kami memahami ada kala tuntutan fesyen terkini berat untuk anda pikul. Pemakaian kasut tanpa stokin adakala menyusahkan terutama sekali yang masih berjinak-jinak. Kaki mudah melecet, berpeluh, berbau dan sebagainya. Well, that is the function of stockings in a first place right? Namun, anda punya alternatif lain. Anda masih boleh kelihatan memakai kasut tanpa stokin dengan memakai stokin loafer sekiranya masih berminat dengan trend ini. Ia tidak panjang sampai ke betis, malah mudah untuk dipakai dan senang untuk dibasuh. Ya, anda masih mengaplikasikan trend ini dan bergaya.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN
Onitsuka Tiger menggabungkan warisan, minimalisme dan fungsi dalam rekaan TAI-CHI OG yang relevan untuk gaya masa kini.
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.














