OBSES BERSWAFOTO? ANDA SEBENARNYA ADA MASALAH MENTAL!
Adakah anda seorang yang suka berswafoto atau ‘selfie’? Jika ya, anda mungkin mengalami penyakit mental! Ya, itulah menurut pakar motivasi dan kaunselor Hushim Salleh. Biar betul! Apatah lagi jika anda seorang individu yang obses berswafoto sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri. Penilaian ini adalah berdasarkan pesakit di pusat kaunselingnya.

“Mereka sebenarnya kesunyian dan didorong untuk mencari liburan sendiri. Mereka ingin menonjol dalam masyarakat tetapi pada masa sama, mereka mempunyai masalah psikologi dan personaliti yang cukup berbeza,” katanya sambil menambah bahawa golongan ini juga adalah seorang introvert.
Hushim berkata pesakitnya juga mengakui bahawa mereka tidak kisah jika gambar mereka mendapat kritikan, selagi mereka memperoleh kepuasan dalam setiap gambar yang diambil mereka. Pakar psikiatri Universiti Malaya, Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata trend berswafoto masih belum dikelaskan sebagai penyakit mental yang kronik kerani ia telah mencapai tahap yang sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera. Malahan ahli psikiatri di seluruh dunia mengklasifikasikannya sebagai gangguan mental sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, “Satu kajian yang dijalankan di United Kingdom dan India ke atas 225 remaja menunjukkan bahawa 65% daripadanya mempunyai masalah Perilaku Selfitis Behavior (SBS),” katanya. SBS menyatakan bahawa mereka yang mengambil sekurang-kurangnya enam swafoto dan memuat naiknya di akaun media sosial mereka setiap hari diklasifikasikan di bawah selfitis kronik (obses mengambil gambar diri sendiri).
Dr Rusdi menambah bahawa perbuatan mengambil swafoto dikaitkan dengan personaliti narsisistik bagi mereka yang telah mengalami masalah psikiatri seperti gangguan kebimbangan dan ketagihan (anxiety and addiction disorder).
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?











