Skip to content

ALIF – ENTERTAINER OF THE YEAR

Kongsikan artikel ini

Setiap karya terlaksana memang ‘A’. Rekod single demi single nukilannya terus meraih sukses. Menggalas tanggungjawab sebagai rapper, penulis, penggubah muzik serta produser rakaman, Alif merencanakan imej jenama buat rakan artis tanpa berkira air liur. Komitmen serta keikhlasan Alif dalam berkarya selayaknya dijulang sebagai Man Of The Year saat GL menutup tirai tahun 2019.

Inti sari muzik hip-hop kalau tidak diselit dengan berhubungan badan, wang dan harta juga gengsterisme tidak sah. Namun, budaya orang Timur agak terbatas kerana bahasa eksplisit atau lucah ini masih dianggap tabu. Menterjemahkan konteks negatif ini dengan laras bahasa yang lembut terus didengarkan tidak keterlaluan aku kira, keduanya bijak mengolah kata lalu menyusun bicara. Bintang rap merangkap produser rakaman, ALIF dan SonaOne mahu terus memperjuangkan kejujuran dalam menyampaikan baris rap masing-masing. Namun, masih menjaga sensitiviti tempatan. Bagi aku tidak ada salahnya untuk berlaku jujur. Akan tetapi, dalam kita menjadi brutally honest atau berterus-terang dalam bicara. Kadangkala bakal mencetuskan ketidakpuasan hati kerana sesetengah individu ini terjerumus menginterpretasikan kekejaman mesej itu daripada kejujuran yang hendak disampaikan.

Album kolaborasi sulung Detail sepenuh garapan ALIF dan SonaOne menciptakan 40 buah lagu. Pembikinan yang mengambil masa dua tahun ini memperdengarkan 15 buah lagu hit dan empat daripadanya berbahasa Melayu. Menunjangi hasil kolaborasi yang sukses, Detail mengeluarkan tiga single bermula lagu debut Obvious pada Oktober 2018. Manakala, Januari 2019 memperdengarkan Pun Boleh yang hadir bertenaga sebagai single kedua. Kemudian, Look Around tampil April lalu dengan video muzik arahan Zulamran Hilmi yang juga mengarahkan video muzik Sampai Jadi di samping Joe Flizzow. Berbicara akan sukses album ini seperti tiada penghujungnya, lalu ALIF muncul buat pertama kali di pentas Good Vibes Festival 2019 bersama SonaOne. Sekali gus, merupakan penampilan kedua SonaOne setelah membuat persembahan bagi edisi pertama GVF.

Tidak menoktahi perjuangan untuk tahun ini, ALIF menggegarkan lapangan muzik hip-hop tempatan dengan single Mimpi kolaborasi bersama kumpulan rap negara K-Clique yang semakin mendapat perhatian meluas di kalangan anak muda tanah air. K-Clique memulakan kembara muzik menerusi laman independen hip-hop. Video muzik yang ditayangkan awal Julai lalu kini menerima 23 juta tontonan hanya dalam tempoh empat bulan. Kedengaran baik kata ‘Magic Potions in the Compound’ di awal lagu tutur ALIF mengidentifikasikan dirinya sebagai pengubah serta produser rakaman buat naskhah ini. “Sebenarnya Mimpi merupakan lagu kedua hasil gabungan ALIF bersama K-Clique. Lagu sebelumnya itu seperti tidak punya jiwa kalau hendak dibandingkan dengan Mimpi. Pertama kali saya lihat K-Clique, kesemuanya punya pesona yang tersendiri lalu menjadikannya unik. Tapi, keagresifan mereka dalam membuat persembahan di panggung utama bakal membingkis isu. Saya fikir saya tahu bagaimana untuk membawa muzik K-Clique ke arus perdana kerana lagu-lagu yang diperdengarkan berkualiti,” terang anak sulung daripada empat beradik ini.

TEKS: ZUHAIRIE SAHROM

PENYELARAS DAN PENATA GAYA : JOHAN KASSIM DIBANTU OLEH ARIE SAMPORNAK

ARAHAN SENI : MAHIRAH NADZLIM DIBANTU OLEH AFIQ BAKIRI

GAMBAR : EDMUND LEE

GROOMING : FENDI SANI

RAMBUT : JUNO KO

Untuk bacaan seterusnya, dapatkan edisi Disember 2019 yang kini sudah berada di pasaran….

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI

Bacaan Lanjut