Skip to content

KEEP YOUR BODY IN CHECK! INI 8 TREND KECERGASAN 2020

Kongsikan artikel ini

Tahun 2020 menyaksikan kecergasan dan kesihatan menjadi antara aspek penting dalam kehidupan seharian, dan tahun hadapan pastinya tidak terkecuali. Oleh itu, Glam Lelaki senaraikan lapan trend kecergasan yang bakal popular tahun hadapan agar anda akan terus kekal fit, sihat dan bertenaga.

1) Teknologi boleh pakai (Wearable Technology)

Utiliti atau teknologi canggih yang boleh dipakai sebagai sebahagian daripada penentu kecergasan kekal menjadi trend utama untuk tahun 2020 malah ia sudah menjadi trend menberikan sebagai hadiah untuk sesorang. Bukan saja mudah dipakai, malah penggunaannya banyak memberikan faedah seperti membaca kadar denyutan jantung, mengesan jarak, peringatan serta hasil keputusan yang tepat. Garmin, Apple, dan Fitbit adalah antara pelopor teknologi kecergasan boleh pakai ini dan dijangkakan banyak lagi produk akan muncul.

alta

2. Latihan berat badan (Body Weight Training)

Klasik namun dijangka kekal menjadi trend utama dalam memastikan kecergasan seseorang terpelihara walaupun tanpa sebarang bantuan mahupun alatan di gim. Ia mudah untuk diajar dan belajar mengaplikasikannya, malah boleh boleh diubah mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan seseorang. Lagipun, latihan berat badan adalah cara paling berkesan untuk fit secara mudah dan percuma. Push-ups dan pull-ups mungkin biasa, namun banyak lagi latihan yang boleh dicuba seperti squats dan lunges.

hhdfh

Teknik Squat

3. Latihan berkumpulan (Group Training)

Latihan dalam bentuk berkumpulan menjadi trend yang dijangka semakin berkembang pada tahun 2017 nanti. Latihan berkumpulan seperti crossfit, Zumba, personal training dan lain-lain kian menjadi pilihan terutama sekali berikutan kos sara hidup yang semakin meninggi, maka ramai yang beralih untuk melatih kecergasan dalam kumpulan berskala tertentu.

©PHOTOPQR/LE PARISIEN/Philippe Lavieille ; PARIS 15/09/2016 COUR DE YOGA POUR LE PERSONNEL DE L'HOTEL LE BRISTOL A PARIS Yoga training for the employees of the famous Bristol hotel in Paris, France Photo via Newscom

4. Latihan kesejahteraan (Wellness Coacing)

Berbeza dengan latihan peribadi atau personal coaching, latihan kesejahteraan dan kesihatan lebih berat akan aspek-aspek seperti mental, emosi dan dan penetapan matlamat. Jurulatih akan memberikan sokongan serta galakan buat mereka yang ingin mencapai matlamat tertentu dalam aspek kehidupan dan kesihatan mereka.

wellness-coachingfff

Photo credit: coachestrainingblog.com

5. Promosi kesihatan di tempat kerja (Worksite Health Promotion)

Kebelakangan ini, para majikan sudah membuka mata akan pentingnya mereka mengaji pekerja-pekerja yang ceria dan sihat tubuh badan secara keseluruhan. Mengaji pekerja yang kerap jatuh sakit hanya akan memberi impak negatif dalam produktiviti sesebuah syarikat. Kini, banyak syarikat sudah mewajibkan pekerja mereka untuk menyertai kem kecergasan dan motivasi, latihan yang dijadualkan (kelas dan gim) serta pemerhatian berat badan. Malah, melakukan senaman ringan mahupun membawa peralatan gim dari rumah juga semakin digalakkan.

rsz_10813stayingactiveatwork_feature

(Photo credit: amazonaws.com)

6. Apikasi kecergasan telefon pintar (Fitness Apps)

Berikutan zaman teknologi yang kian bergerak pantas, sama juga dengan mereka yang inginkan informasi, keputusan dan hasil yang boleh diakses di hujung jari. Aplikasi kecergasan di telefon bimbin dilihat semakin berkembang dan tahun 2017. Sama ada kita ingin mencari tip perancangan diet seimbang mahupun rutin senaman ideal, semestinya aplikasi-aplikasi banyak membantu anda untuk terus kekal sihat dan cergas. Berikut adalah senarai lima aplikasi kecergasan yang popular untuk tahun sebelum ini:

i)MyFitnessPal

ii)PEAR

iii)SworkIT

iv)ActiveX

v)DietBet

myfitnesspal-2

Aplikasi kecergasan myfitnesspal

7. Latihan kekuatan (Strength Training)

Latihan mengangkat bebanan tetap menjadi trend yang menjadi pilihan. Selain kardio, latihan mengangkat bebanan menggunakan dumbbell dan lain-lain tidak semestinya akan membuat badan anda menjadi lebih besar (bulk), namun faedahnya lebih kepada membakar lebih banyak lemak, membina jisim otot, melindungi dari sakit belakang serta meningkatkan metabolisme seseorang.

studio215476gg

8. Jurulatih Kecergasan

Berdasarkan laporan dari Jabatan Statistik Buruh US menjangkakan kerjaya jurulatih peribadi meningkat sebanyak 8% di antara 2014 hinggalah 2024 di seluruh dunia. Bukan sahaja terdapat pertumbuhan dalam program-program kolej dan universiti, malah terdapat lebih daripada 250 organisasi pensijilan pihak ketiga komited untuk mengajar pelatih untuk menjadi jurulatih yang bertauliah, berpengalaman dan berpendidikan. Namun anda harus ingat, pastikan anda memilih jurulatih peribadi dengan pensijilan (certificatied) yang sah dan mengikut syarat ditetapkan.

re

Foto: Personaltrainerfanwood.com

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut