TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY
Susulan kejayaan personaliti lagenda, David Beckham menerusi kempen celana dalam Boss, dunia digegarkan lagi dengan satu pernyataan berani tentang maskulin moden dan keyakinan diri, BOSS membawakan kempen pakaian dalam terbaharu dengan menampilkan tiga figura terkenal dunia: Loris Karius, Matteo Berrettini, dan Miles Chamley-Watson.
Trio dinamik ini melambangkan semangat kekuatan, gaya, dan keberanian masing-masing mencerminkan sisi berbeza lelaki moden masa kini. Dengan penggambaran bergaya minimalis yang menonjolkan fokus kepada potongan dan keselesaan, kempen ini menyingkap keindahan kesederhanaan yang elegan. Dari rekaan seluar dalam berpotongan kemas sehinggalah kepada keselesaan yang tiada tandingan, BOSS terus menetapkan standard baharu dalam gabungan fesyen dan fungsi harian.
Loris Karius, penjaga gol tersohor yang terkenal dengan keberanian di atas padang, membawa intensiti atletik dan aura memikat.
Matteo Berrettini, bintang tenis dari Itali, menyuntik tenaga luar biasa dengan fizikal yang gagah, sangat serasi dengan keanggunan atletik BOSS.
Miles Chamley-Watson, atlet lawan pedang Olimpik yang juga ikon fesyen, membawa gaya berani dan karisma tanpa kompromi, mencerminkan era baharu ekspresi diri.
Kempen ini juga menandakan babak seterusnya dalam naratif evolusi BOSS, membina momentum luar biasa yang telah diasaskan oleh ikon global, David Beckham. Era keemasan Beckham bersama BOSS telah mentakrifkan semula maksud lelaki moden, menggabungkan kehebatan sukan, gaya peribadi, dan impak budaya secara sempurna. Pengaruhnya terus dirasai sehingga hari ini, menjadi penanda aras untuk generasi baharu duta BOSS.
Kini, Loris, Matteo, dan Miles meneruskan legasi tersebut, masing-masing membawa tenaga unik mereka sambil menghormati pesona dan karisma Beckham yang diiktiraf di seluruh dunia. Sama ada di bawah sorotan lampu atau di sebalik tabir, mesejnya jelas: keyakinan sebenar bermula dengan rasa selesa dalam diri sendiri dan ia bermula dengan apa yang anda pakai paling hampir dengan kulit anda.
Pautan berkaitan: DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











