Skip to content

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Kongsikan artikel ini

Ada sesuatu tentang Tom Hardy yang lebih daripada sekadar wajah garang dan rahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga yang tidak dapat diduga, dan aura maskulin tanpa kompromi.

Bagi lelaki moden yang menghargai cerita penuh aksi dan konflik dalaman, karya Hardy memang lain macam. Jika anda antara yang suka watak-watak penuh misteri, hidup dalam zon kelabu moral, sentiasa di ambang bahaya tetapi tetap tenang, Tom Hardy adalah pilihan tepat. Dan kalau anda sudah ulang tayang Venom dan Mad Max: Fury Road, inilah masa untuk luaskan senarai tontonan anda.

Berikut senarai pilihan wajib tonton khas untuk lelaki yang mahu menyelami dunia ‘gritty’ Tom Hardy di mana setiap babak terasa seperti satu keputusan buruk daripada bencana:

Taboo (2017)

Kalau anda suka drama sejarah yang gelap dan berbahaya. Dicipta sendiri oleh Hardy, Taboo ialah siri yang penuh dengan suasana kelam dan mendalam, berlatarbelakangkan London abad ke-19. Hardy sebagai James Delaney, seorang lelaki yang dianggap mati, pulang untuk membangunkan semula empayar perkapalan bapanya sambil merancang dendam. Sarat dengan permainan kuasa, rahsia keluarga, dan tenaga Hardy yang paling garang.

Peaky Blinders (2014–2022)

Selami dunia gengster pasca-Perang Dunia Pertama yang penuh gaya dan bahaya. Walaupun Hardy bukan watak utama, penampilannya sebagai Alfie Solomons ketua geng Yahudi yang licik dan tak terduga sentiasa mencuri tumpuan. Hardy membawa aura yang penuh humor gelap, gaya, dan bahaya dalam setiap adegan.

Legend (2015)

Dua kali ganda Hardy, dua kali ganda kekacauan. Kenapa pilih satu Tom Hardy kalau boleh dapat dua? Dalam Legend, Hardy memegang watak kembar Kray, Reggie dan Ronnie gangster terkenal London. Lakonan berganda Hardy di sini memang memukau, menggabungkan keganasan brutal dengan detik-detik emosi yang mengejutkan.

The Revenant (2015)

Kelangsungan hidup yang ekstrem. Walaupun Leonardo DiCaprio mengetuai filem ini, watak Hardy sebagai John Fitzgerald sangat berkesan kejam, licik dan penuh dendam. Dalam kisah epik survival ini, Hardy menambah kedalaman pada naratif keras berlatarbelakangkan hutan liar Amerika.

Locke (2013)

Thriller psikologi yang hanya perlukan seorang lelaki dan sebuah kereta. Sepanjang filem ini, anda hanya akan lihat Hardy di dalam kereta tetapi jangan pandang ringan. Locke adalah persembahan lakonan yang penuh ketegangan, membuktikan bahawa Hardy tidak perlukan letupan atau adegan lawan untuk membuatkan anda terpaku.

Bronson (2008)

Lepaskan sisi liar dalam diri. Ini filem yang melonjakkan nama Hardy di persada antarabangsa. Bronson diadaptasi daripada kisah benar Charles Bronson, banduan paling terkenal di Britain. Lakonan Hardy yang transformasi sepenuhnya dalam filem ini sangat berani, aneh dan benar-benar menakjubkan.

Apa yang membezakan Hardy ialah keberaniannya untuk menolak watak-watak klise. Beliau tertarik pada karakter yang kompleks lelaki yang bergelut dengan demon dalaman tetapi tetap tampil dengan kekuatan luaran yang membara. Lakonan Hardy menarik perhatian mereka yang menghargai sisi maskulin yang berlapis: kekuatan yang disulami dengan kelemahan, keyakinan yang disertai dengan kekacauan.

Pautan Berkaitan: SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?

Bacaan Lanjut

JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER

Bacaan Lanjut

5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE

Bacaan Lanjut

TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut

5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR

Bacaan Lanjut