BOLA SEPAK SUKAN PILIHAN MAYA LETISHA
Selain dari gaya fesyen yang unik, Maya Letisha juga seorang gadis yang menggemari sukan, lebih-lebih lagi bola sepak.
Gadis full on accesories, Maya Letisha cukup senang apabila dikaitkan bersama fesyen, dan penggayaan. Gaya fesyennya yang unik membuatkan orang ramai mengenalinya sebagai seorang ikon fesyen di media sosial. Sering menggabungkan elemen kesukanan dan elegan, Maya mempunyai gaya fesyennya yang tersendiri. Keunikkannya menarik hati GLAM Lelaki untuk menemubual anak gadis ini tentang dirinya.
1. Maya Letisha dalam 3 patah perkataan?
Berwawasan.
Saya seorang yang sentiasa memandang jauh ke hadapan. Apa sahaja yang saya lakukan, sama ada dalam fesyen, bisnes atau projek kreatif, saya suka merancang dengan visi yang jelas dan besar.
Bergaya.
Gaya bagi saya bukan sahaja tentang pakaian, tapi cara kita membawakan diri, cara kita berfikir, dan bagaimana kita persembahkan diri dalam kehidupan seharian.
Berprinsip.
Setiap keputusan yang saya buat sangat berlandaskan nilai dan prinsip yang saya pegang. Saya suka lakukan sesuatu dengan niat yang betul dan penuh kesedaran.
2.Apakah perkembangan terkini Maya Letisha?
Sejak pulang dari London, saya banyak mencuba perkara sebagai pengalaman baru untuk memperbaiki diri sebagai individu, sambil memahami budaya dan pasaran di sini. Banyak perkara yang saya ingin ceburi, dan dengan masa serta usaha, insyaAllah saya akan capai satu persatu. Setakat ini, saya sangat bangga dengan diri saya kerana berjaya sampai ke tahap ini dan terus percaya dengan versi diri saya hari ini. Bersukan juga saya aktif, mula meneroka industri lain, mencari pelbagai sumber pendapatan, dan sentiasa berusaha menjadi seorang yang lebih baik dan lebih bijak.
3. Ramai mengenali Maya Letisha sebagai seorang content creator. Apa lagi yang dilakukan oleh Maya, yang orang ramai perlu tahu?
Sebenarnya, saya sangat semangat dalam dunia sukan. Sejak kecil, saya membesar dengan bola sepak dan apa sahaja sukan yang saya ceburi, saya akan pastikan saya berlatih sehingga mahir. Kini, saya sedang seronok mencuba pickleball yang semakin popular. Selain itu, saya juga sangat menitikberatkan kesihatan mental. Saya ada rutin sendiri seperti meditasi, journaling, dan meluangkan masa untuk menyusun fikiran. Sebagai seseorang yang kadangkala berdepan dengan keresahan, ini adalah ruang yang sangat penting untuk saya kekalkan. Lebih-lebih lagi dalam industri yang kompetitif.
4. Siapakah girl crush and boy crush Maya Letisha?
Girl crush saya sekarang ialah Tate McRae. Saya memang kagum dengan ramai ikon fesyen, tetapi saya selalu tertarik dengan performers, mereka yang bukan sahaja bergaya tetapi berbakat besar. Tate McRae antara yang paling menginspirasikan saya. Bermula sebagai penari dan kini berkembang menjadi penyanyi hebat. Kadang-kadang saya sendiri keliru, sama ada saya nak jadi seperti dia… atau sebenarnya mahukan dia.
Boy crush saya pula ialah David Brunson. Saya suka lelaki yang ada gaya effortless, ada keaslian dan selesa jadi diri sendiri. Saya mula ikuti dia kerana content fesyen. Tetapi, semakin lama saya semakin tertarik dengan caranya menguruskan jenama kecil miliknya. Serta cara dia kongsi kehidupannya di media sosial. Termasuklah perhubungannya sekarang. I love seeing people in love and happy- it’s very refreshing.
5. Siapakah inspirasi Maya Letisha dalam hidup?
Inspirasi saya dalam hidup adalah ibu saya. Mungkin ia jawapan yang cliche, tetapi ketika membesar, saya benar-benar sedar betapa sukarnya untuk mengharungi kehidupan. Sebagai seorang ibu tunggal yang menguruskan segala-galanya. Menjaga saya dan abang, nenek saya, sepupu-sepupu kecil, dan masih dapat menguruskan jadual kerja yang sibuk tanpa henti, ia sangat luar biasa. Saya hanya boleh berharap untuk menjadi sehebat dia suatu hari nanti.
6. Red flags ketika temu janji pertama?
Kalau dia berjalan terlalu laju di hadapan saya, red flag.
Jika sepanjang masa dia cuma cakap tentang diri sendiri, red flag.
Dia tiada tata tertib dengan pelayan atau orang sekeliling, im outta here.
7. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?
Saya rasa, cabaran terbesar mungkin datang daripada membesar dalam perhatian umum. Dari kecil lagi, saya dah biasa dengan pandangan orang atau expectation tertentu. Tapi sebenarnya, saya masih manusia biasa yang ada hari baik dan hari kurang baik. Kadang-kadang orang nampak apa yang saya kongsikan di media sosial, yang selalunya benda-benda menggembirakan atau momen tertentu. Tetapi, mereka tak nampak keseluruhan perjalanan hidup saya. Saya belajar untuk lebih jujur dengan diri sendiri dan terima yang it’s okay to not have it all together all the time. At the end of the day, saya pun sedang belajar dan membesar seperti orang lain juga.
8. Gambarkan lelaki idaman Maya Letisha?
Lelaki idaman saya adalah seseorang yang bijak dan mempunyai pemikiran yang matang. Saya suka berbual dan bertukar idea dengan orang yang boleh cabar cara saya berfikir. Tapi dalam masa yang sama, tahu cara untuk sokong dan raikan minat serta kekuatan saya. Saya kurang gemar perbualan kosong, saya lebih tertarik dengan perbualan yang ada isi dan buat saya berfikir. Saya juga suka lelaki yang tahu jaga penampilan, ada adab, tahu hormat orang sekeliling dan ada prinsip dalam hidup. Tapi paling penting, dia bukan jenis lelaki yang terlalu bergantung atau nak jadi ‘anak manja’ dalam perhubungan. Saya suka lelaki yang ada cara tersendiri, tahu berdikari, dan yakin dengan diri sendiri.
9. Satu fakta underrated mengenai penggayaan fesyen?
Pada pendapat saya, kita kini sering terlepas aspek penting dalam memiliki gaya peribadi. Ada sesuatu yang saya sedari, terutamanya di KL. Jika terdapat gaya atau item yang trending, semua orang, termasuk saudara mara mereka, akan mengikutinya. Memiliki gaya peribadi tidak bermakna kita tidak boleh membeli item trending, ia lebih kepada cara kita menyusun pakaian yang benar-benar menggambarkan diri kita tanpa rasa takut, secara unapologetically you. Apabila orang datang kepada saya dan memuji pakaian saya, saya sangat sukakannya terutama apabila mereka mengatakan “this is so you!” kerana memang betul. Saya bangga dengan identiti peribadi saya yang semakin kukuh, terutamanya dalam gaya saya, yang kini orang ramai kenali saya dengannya. Saya sangat menghargainya.
10. Kamu rasa lelaki itu seksi bila…
Bila dia buat sesuatu tanpa perlu saya minta. Dah siap, dah selesai, itu paling menarik perhatian saya. Usaha yang datang secara semulajadi itu memang seksi. Lagi-lagi kalau dia jenis yang suka merancang janji temu, ambil berat benda kecil dan sentiasa ada inisiatif sendiri. itu memang top tier bagi saya.
Pautan Berkaitan: SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BINTANG TENIS COCO GAUFF TAMPIL MENGANCAM DENGAN NEW BALANCE X MIU MIU 2025!
Bintang tenis dunia Coco Gauff tampil memikat dengan koleksi New Balance X Miu Miu sepanjang kejohanan besar 2025. Ketahui butiran menarik di sini!
ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE
Onitsuka Tiger terus mempersembahkan koleksi Yellow yang menggabungkan fesyen dengan sukan, bersama MOMO dari TWICE.
JANGAN TERPERANGKAP! 7 TANDA LELAKI KAKI DERA YANG WANITA WAJIB TAHU
Ramai wanita tidak sedar mereka sedang bersama lelaki yang berpotensi menjadi kaki dera. Kenali tanda-tanda ini sekarang!
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
DI SEBALIK LELAKI AGRESIF: REALITI YANG PERLU LELAKI HADAM
Ramai antara kita dibesarkan dalam budaya yang menormalisasikan dominasi lelaki dalam hubungan. Ayuh selami...
BROTOX: SUNTIKAN BOTOX EVOLUSI PENJAGAAN DIRI LELAKI MODEN
Lelaki kini mengambil langkah tambahan dalam menjaga wajah Salah satu trend adalah penggunaan Botox, atau lebih dikenali sebagai "Brotox".