Skip to content

ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE

ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE

Kongsikan artikel ini

Onitsuka Tiger terus mempersembahkan koleksi Yellow yang menggabungkan fesyen dengan sukan, bersama MOMO dari TWICE.

Onitsuka Tiger memperkenalkan visual Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 edisi Yellow yang menampilkan duta jenama, MOMO dari TWICE. Tema koleksi ini adalah Urban Beats. Diilhamkan oleh semangat remaja yang mengembara dalam perjalanan menerokai dunia mengikut rentak degupan bandar global, ia menggambarkan potret tumbesaran yang jujur di mana kerentanan dan kekuatan, keintiman dan ekspresi diri wujud bersama.

onitsuka tiger

Gaun yang dipakai oleh MOMO mentafsir semula item harian seperti pakaian dalam dan pakaian rajut melalui estetika minimalis. Ia juga menyerlahkan kehalusan dalam setiap perincian. Gaya ini dipadankan dengan pilihan kasut seperti clog bertabur bulu tiruan, pam, serta sandal musim panas, mewujudkan penampilan yang anggun namun tetap selesa. Koleksi ini direka untuk pelbagai acara, sesuai untuk majlis rasmi mahupun pemakaian harian.

onitsuka tiger
Onitsuka Tiger menghasilkan fesyen berinspirasikan sukan dalam usaha mencari keselesaan mutlak dan rekaan inovatif. Gaya ini melambangkan penghormatan terhadap warisan kami dan kekaguman kami terhadap gaya kreatif yang halus dan kontemporari. Teknologi inovatif dalam produk kami tersembunyi di tempat yang tidak kelihatan oleh mata kasar. Keseluruhan rangkaian produk mereka, dari hujung rambut ke hujung kaki, adalah unik. Ia dihidupkan melalui ketukangan yang amat menitikberatkan kualiti dan perincian. Mereka memenuhi keinginan mereka yang mencari kemewahan baharu.

onitsuka tiger

Sejarah Mengenai Onitsuka Tiger

Pada tahun 1949, Kihachiro Onitsuka menubuhkan Onitsuka Co., Ltd., pelopor kepada ASICS. Jenama ini bermula dengan komitmen untuk mempromosikan kesihatan remaja, dan sejak itu, Jalur Harimau Onitsuka telah menjadi sinonim dengan salah satu jenama atletik yang paling terkenal di dunia.

onitsuka tiger

Lagenda ini terus hidup hingga hari ini melalui gabungan warisan Jepun dan gaya moden. Dengan rekaan yang merangkumi siluet klasik yang dikemas kini hingga gaya baharu yang segar, serta kolaborasi bersama artis dan penggiat budaya yang berkongsi aspirasi yang sama, semangat Jepun bergema dalam setiap koleksi kasut, pakaian, dan aksesori Onitsuka Tiger.

Pautan Berkaitan: ADIDAS X ZALORA POP-UP: MELANGKAH KE THE ORIGINALS

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI

ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI

Bacaan Lanjut
NYK glam lelaki

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK

Bacaan Lanjut

AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING

Bacaan Lanjut

KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
fashion week menswear

60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut