Skip to content

DARI INSTAGRAM KE TOM CRUISE, KENALI CONTENT CREATOR SOFYANK

DARI INSTAGRAM KE TOM CRUISE, KENALI CONTENT CREATOR SOFYANK

Kongsikan artikel ini

Sofyank melebarkan sayapnya dengan lebih luas sebagai seorang pencipta kandungan selepas berjumpa dengan pelakon lagenda, Tom Cruise.

Pencipta kandungan terkenal, Sofyank bersua bersama pelakon terkenal Tom Cruise untuk berkolaborasi ketika premier filem Mission: Impossible – The Final Reckoning di Jepun. Sofyank sememangnya terkenal dengan video efek VFXnya. Dia dipanggil oleh United International Pictures Malaysia (UIP) dan Paramount Pictures untuk merakam video di situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Dalam satu hantaran di Instagram, Sofyank meluahkan rasa syukur dan terharu kerana diberi peluang untuk bertemu dengan pelakon lagenda itu. “Hai @tomcruise! Saya telah menonton filem-filem anda sejak kecil lagi, dan hasil kerja anda memberi inspirasi kepada ramai pembikin filem di seluruh dunia. “Kami rakyat Malaysia benar-benar mengagumi hasil kerja anda. Aksi-aksi lagak ngeri anda, dan usaha yang anda curahkan dalam setiap filem,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Sofyank mula mencipta kandungan sejak tahun 2015, melalui akaun Instagramnya. Dia mendapat perhatian oleh sebab video-videonya yang disunting dengan sangat hebat. Pada tahun 2023, dia memenangi Ultimate VFX Challenge yang disampaikan oleh idolanya sendiri, Zach King di Los Angeles.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Ketika zaman remajanya, dia akan membelanjakan duit belanja RM2 di kafe siber untuk memuat turun tutorial YouTube. Pada 25 Mac 2015, Sofyank memuat naik video pertamanya di Instagram dan mula meraih pengikut. Lebih-lebih lagi apabila dia terus berkongsi kandungan video yang unik walaupun tidak pernah menerima latihan rasmi. “Sejak saya mula belajar suntingan video, Zach King menjadi idola saya dan impian saya adalah untuk bertemu dengannya secara bersemuka suatu hari nanti,” katanya.

Pertemuan secara kebetulan Sofyank bersama Zach King di Jakarta akhirnya membuka lebih banyak peluang buatnya. Ia termasuk kerjasama dengan selebriti terkenal seperti Will Smith, John Cena, Ryan Reynolds dan Paul Rudd, sekali gus melonjakkan nama pencipta VFX yang berbakat ini ke puncak populariti.

sofyank

Pautan Berkaitan: KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN

FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

Bacaan Lanjut
retro

GAYA FESYEN RETRO LELAKI: INSPIRASI KLASIK UNTUK PENAMPILAN MODEN

Bacaan Lanjut
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
wimbledon 2024

20 GAYA SELEBRITI TERBAIK DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2024

Bacaan Lanjut
5 PELAKON YANG HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN

5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN

Bacaan Lanjut