Skip to content

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

Kongsikan artikel ini

Pelakon-pelakon siri terbaru Netflix, Bet bukanlah biasa. Wajah mereka juga sering dilihat di dalam siri atau filem Netflix yang lain. 

Diadaptasikan dari manga berjudul Kakegurui, Bet merupakan adaptasi ketiga dari Netflix. Siri Netflix ini berpusat di St. Dominic’s, sebuah sekolah swasta elit di mana perjudian secara tersembunyi menguasai dunia sosial pelajar. Apabila seorang pelajar baru yang misteri dengan kemahiran hebat dan dendam yang ingin dibalas muncul, seluruh sistem mula goyah. Perjudian, pergaduhan, kegilaan dan kebangkitan semuanya digambarkan melalu siri terbaru Netflix, Bet. Sebelum anda mula menonton, mari kenali tujuh pelakon siri Netflix Bet.

pelakon siri netflix bet

#1 Miku Martineau (Yumeko)

Memegang watak utama Yumeko, Miku Martineau berasal dari Kanada dan baru berusia 20 tahun. Lakonannya yang cukup agresif menjadikannya antara yang terbaik memegang watak Yumeko, antara semua adaptasi manga ini. Bet bukanlah lakonan pertamanya. Miku juga terkenal dengan wataknya di dalam siri Kate, filem Star Trek: Section 31 dan Honor Society.

pelakon siri netflix bet

#2 Clara Alexandrova (Kira)

Bukan sahaja pelakon, Clara Alexandrova yang memegang watak Kira, ketua ahli tertinggi pelajar di St. Dominic juga seorang artis dan penghibur. Lahir pada tahun 2002, Clara juga dikenali dengan watak Mogan di dalam siri televisyen Million Little Things.

pelakon siri netflix bet

#3 Eve Edwards (Mary)

Satu watak yang cukup menarik perhatian di dalam siri ini, Mary dipegang oleh Eve Edwards. Eve berusia 24 tahun dan berasal dari Kanada. Peminat filem triller mungkin mengenalinya sebagai Rhiannon di dalam filem The Bad Orphan.

pelakon siri netflix bet

#4 Ayo Solanke (Ryan)

Baru berusia 22 tahun dan berasal dari Nigeria, Ayo Solanke memegang watak Ryan, yang berada cukup dekat bersama Yumeko. Selain daripada siri Netflix Bet, Ayo juga telah membuat kemunculan di dalam beberapa filem seperti Clown in a Cornfield and Sniper: Rogue Mission.

glam lelaki bet

#5 Hunter Cardinal (Michael)

Salah seorang rakan yang banyak membantu Yumeko, walaupun ada plot twistnya, Hunter Cardinal memegang watak Michael di dalam siri Netflix Bet. Berasal dari Kanada, Hunter merupakan antara pelakon yang tua di dalam siri ini, walaupun baru berusia 28 tahun. Sebelum ini, Hunter pernah membuat kemunculan di dalam siri komedi Scout.

glam lelaki bet

#6 Anwen O’Driscoll (Riri)

Memegang watak adik tiri kepada Kira, yang sering mengikutnya, Anwen O’Driscoll melakonkan watak Riri. Berasal dari Kanada dan berusia 25 tahun, watak Anwen masih penting walaupun sukar difahami di dalam siri ini. kepada peminat siri Netflix October Faction, Anwen mungkin lebih dikenai sebagai Cathy MacDonald.

glam lelaki bet

#7 Aviva Mongillo (Dori)

Sebagai salah seorang ahli tertinggi pelajar, watak Dori cukup gila dibandingkan dengan yang lain. Watak Dori yang gila ini dilakonkan oleh Aviva Mongillo, atau nama pentasnya, Carys. Aviva cukup dikenali dengan watak Alya Knedrick di dalam drama bersiri Backstage serta Juniper dari Workin’ Moms.

glam lelaki bet

Adakah musim kedua untuk siri Netflix Bet akan keluar tidak lama lagi? Apa yang terjadi di pengakhiran musim pertama? Semua tanda tanya boleh dijawab jika anda saksikan siri terbaru ini di Netflix.

Pautan Berkaitan: 8 FILEM BULAN MEI 2025 UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

cerita menarik di Netflix mesti tonton

CERITA MENARIK DI NETFLIX TERKINI MESTI TONTON

Bacaan Lanjut
10 SIRI DAN FILEM NETFLIX PALING MENAKUTKAN WAJIB ANDA TONTON

NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

Bacaan Lanjut
PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

Bacaan Lanjut