5 WANGIAN WOODY UNTUK HARI BAPA PILIHAN GLAM LELAKI
Variasi pilihan wangian boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat hari bapa yang istimewa, seperti wangian berasaskan nota woody.
Sambutan Hari Bapa semakin hampir, dan inilah masa terbaik untuk meraikan insan istimewa yang sentiasa menjadi tulang belakang kita. Seorang bapa semestinya menghargai segala pemberian anak-anaknya. Pelbagai jenis hadiah hari bapa yang mampu menjadi pilihan seperti dompet, tali leher atau kasut. Akan tetapi, scent brings memeories.
Jika anda masih mencari hadiah buat hari bapa yang bermakna dan elegan, wangian berasaskan nota woody adalah pilihan klasik yang penuh karakter — maskulin, hangat, dan memikat. GLAM Lelaki menyenaraikan 5 wangian woody terbaik yang pasti menawan hati ayah anda tahun ini, sempena hari bapa serta membuatkannya teringat-ingat setiap kali menggunakan wangian itu.
#1 Jo Malone Wood Sage & Sea Salt Cologne
Haruman yang bawa anda lari dari rutin harian bersama bayu pantai yang menyegarkan. Ombak memecah putih, udara dipenuhi bau garam laut dan semburan air. Hidup dengan aroma mineral dari tebing yang gagah. Bersatu dengan kehangatan aroma kayu dan herba seperti sage. Segar, penuh semangat dan membawa kegembiraan, sesuai untuk seorang ayah yang berusaha demi keluarga.
#2 Diptyque Orphéon Eau De Parfum
Seperti kenangan akan suatu aroma, Orphéon menangkap suasana hangat sebuah bar kelab malam ikonik di kawasan Saint Germain, Paris. Dalam eau de parfum baharu ini yang berasaskan nota kayu, bunga dan rempah yang halus, kelembutan kayu yang telah matang berpadu dengan bayangan tembakau dan sisa bedak solekan yang masih terhidu.
#3 Aesop Marrakech Intense Eau de Parfum
Satu haruman tidak konvensional yang menonjol dengan nota kayu, rempah yang hangat serta bunga yang segar. Ia merupakan sebuah penghormatan yang mendalam, kaya dan memikat kepada kota yang menjadi ilham namanya. Cukup sesuai untuk dihadiahkan kepada bapa tersayang sempena hari bapa tahun ini.
#4 Chanel Allure Homme Sport
Tunjukkan betapa dalamnya kasih sayang kepada bapa anda dengan ALLURE HOMME SPORT Eau de Toilette. Haruman segar berasaskan kayu yang menampilkan nota akuatik, bertenaga dan sensual. Wangian untuk lelaki yang sentiasa mencabar batas dirinya.
#5 Tom Ford Oud Wood De Parfum
Cukup klasik untuk digunakan oleh seorang bapa. Haruman berasaskan elemen bumi dan kayu yang diilhamkan oleh kuil-kuil berasap penuh dengan aroma kemenyan dan kayu oud yang jarang serta bernilai tinggi. Gabungan kayu eksotik dan berasap seperti oud, sandalwood, rosewood, rempah Timur dan amber yang sensual menyerlahkan keindahan dan kekuatan memikat kayu oud.
Pautan Berkaitan: 8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z
GLAM Lelaki memperkenalkan wangian lelaki yang menjadi sebutan dalam kalangan lelaki Gen Z dengan keharuman mempesona.
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.
4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA
Meraikan kasih sayang seorang bapa, GLAM Lelaki menyenaraikan empat idea hadiah istimewa yang bakal memeriahkan lagi sambutan hari bapa.
KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Mile Phakphum berkongsi bersama GLAM Lelaki mengenai wangian kegemaran dan rutin penjagaan kulitnya bersempena acara pelancaran butik Guerlain di Kuala Lumpur.
H24 HERBES VIVES EAU DE PARFUM, WANGIAN BAHARU HERMES UNTUK LELAKI
Hermes memperkenalkan wangian baharu untuk lelaki, H24 Herbes Vives Eau de Parfum yang diinspirasikan daripada alam semulajadi dalam memberikan perspektif berbeza yang lebih segar dan natural.