TERAPI SELEPAS GIM: CARA ELAK BADAN LESU & KEKAL BERTENAGA
Rutin senaman yang konsisten adalah kunci tubuh yang sihat dan bertenaga. Namun ramai lelaki abaikan satu perkara penting iaitu pemulihan atau terapi selepas gim. Badan mudah rasa lenguh, lesu dan tidak bermaya jika tidak dijaga dengan betul selepas bersenam. Dengan beberapa terapi mudah, anda boleh bantu tubuh kembali segar dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Ini antara langkah berkesan yang boleh anda amalkan selepas sesi gim.
#1 Lakukan Regangan Ringan Selepas Senaman
Regangan adalah langkah penting yang sering dipandang ringan. Ia bantu redakan otot yang tegang selepas bersenam. Lakukan regangan ringan sejurus tamat sesi senaman. Fokus pada bahagian otot yang paling banyak digunakan. Jangan terburu-buru keluar gim tanpa beri masa pada badan untuk ‘cool down’. Regangan juga elak kecederaan dan mempercepat proses pemulihan otot.
#2 Mandi Air Suam Atau Gunakan Ais Sebagai Terapi Selepas Gim
Air suam membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga bantu otot lebih relaks dan kecutkan pembuluh darah yang tegang. Jika badan terlalu lenguh, cuba rendam kaki atau badan dalam air berais selama beberapa minit. Kaedah ini biasa digunakan oleh atlet profesional. Ia membantu kurangkan bengkak dan rasa sakit otot. Alternatif lain ialah gunakan ais pek pada kawasan otot yang rasa tegang.
#3 Minum Air dan Ambil Protein Cukup
Tubuh kehilangan banyak air dan elektrolit semasa bersenam. Jangan tunggu haus baru minum air. Minum sejurus selepas senaman untuk elakkan dehidrasi. Selain itu, pastikan anda ambil makanan atau minuman yang kaya protein. Ia penting untuk bina semula otot dan elakkan keletihan melampau. Pilih makanan sihat seperti telur rebus, smoothie protein atau susu coklat rendah lemak.
Terapi selepas gim bukan perkara remeh. Ia adalah kunci untuk tubuh kekal bertenaga dan cergas. Dengan langkah mudah seperti regangan, mandi dan pemakanan yang betul, anda boleh elakkan rasa badan lesu yang mengganggu aktiviti harian. Jaga tubuh selepas bersenam sebagaimana anda menjaganya sebelum dan semasa latihan. Badan anda pasti berterima kasih nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: VOLVO PADEL OPEN 2025: SUKAN PREMIUM, KOMUNITI AKTIF & GAYA TAK TERTANDING
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PETUA LELAKI BOLEH CUBA UNTUK MENGHINDAR BAU BADAN
Banyak kajian mendapati lelaki lebih mudah berpeluh dan kekerapannya dua kali ganda berbanding wanita. Namun ada cara mudah mengatasinya.
5 TIPS KESIHATAN MENINGKATKAN PRESTASI SEKS LELAKI
Temui tips kesihatan untuk meningkatkan prestasi seks dan kepuasan yang lebih medalam bagi pengalaman seks yang lebih memuaskan.
5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT
Lebih 70% golongan dewasa mengabaikan penjagaan kaki yang akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan apabila usia semakin meningkat nanti.
PUTERA HARRY DISAHKAN MENGHIDAP GANGGUAN MENTAL KALA WAWANCARA SECARA LANGSUNG
Strim langsung Putera Harry bersama pakar terapi Dr Gabor Mate baru-baru ini tanpa sengaja membongkar satu lagi masalah mental yang dihidapinya.
5 CARA MENDAPATKAN MOTIVASI UNTUK KE GIM
Ramai ingin ke gim tetapi tidak tahu cara untuk mendapatkan motivasi agar kekal komitmen dengan rutin senaman. Jadi, GLAM Lelaki mahu anda amalkan petua-petua ini.
5 TABIAT KEBERSIHAN YANG PERLU ANDA IKUTI SEBELUM DAN SELEPAS BERSENAM
Petua dan tabiat kebersihan yang diluluskan oleh pakar ini dapat melindungi diri anda daripada virus.