Skip to content

MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.

Kongsikan artikel ini

Mierul Aiman, nama yang kian bersinar dalam industri hiburan tanah air, bukan hanya dikenali kerana wajah unik dan lakonan yang mantap, tetapi juga kerana personalitinya yang disenangi dan rendah diri. Sempena hari ulang tahun ke-27 Mierul hari ini, ketahui 10 fakta menarik tentang bintang muda ini:

mierul aiman fakhri

Asal dari Putrajaya 

Nama sebenar Mierul ialah Mohammad Amirul Aiman Norazman. Mierul berasal dari Putrajaya dan membesar dalam suasana keluarga sederhana yang sentiasa menyokong minatnya dalam seni.

Permulaan Kerjaya Dalam Modelling 

Sebelum dikenali sebagai pelakon TV, Mierul bermula sebagai model dan pernah menyertai pertandingan pencarian model anjuran salah satu majalah lelaki terkemuka di Malaysia. 

Juara Hero Remaja 2021

Penyertaannya dalam program realiti Hero Remaja membuka pintu besar dalam industri hiburan. Mierul bukan sahaja menang, tetapi menonjol dengan karisma dan disiplin kerja tinggi.

Watak Ikonik Dalam ‘Projek: High Council’

Peranannya sebagai Fakhri dalam siri fenomena “Projek: High Council” memaparkan sisi emosi dan ketegangan yang mengangkat namanya sebagai pelakon versatil.

Debut Lakonan: Telefilem ‘Hierarki’

Percubaan lakonan pertama Mierul ialah dalam telefilem Hierarki (2021), arahan Boy Fareed Sharif- Mierul memegang watak sebagai Megat. Ia turut dibintangi oleh 12 finalis Hero Remaja 2021.

Drama Popular Lain

  • Dari Mata Turun Ke Hati : Memegang watak Jai Jerung, gangster jalanan yang penuh komedi.
  • Dr. Pontianak: Sebagai Dr. Adam, pegawai yang memantau Dr. Vivy dalam drama komedi seram.
  • W: Two Worlds (adaptasi drama Korea): Memegang watak Ghazi.

Anak-Anak Mafia (2025)

Sebuah drama aksi intensiti tinggi di Tonton, Mierul membawa watak Andra, pemuda wira dendam yang menyusup kumpulan mafia. Dalam drama genre aksi ini, Mierul banyak menonjolkan aksi lawan, selain emosi yang berat perlu ditonjolkan. 

GLAM Lelaki’s Favourite Boy!

Mierul pernah menghiasi cover depan GLAM Lelaki sebanyak dua kali. Yang paling recent adalah untuk cover ‘debut’ #NEWERA iaitu September 2024. 

Pencalonan

Pada 2023, Mierul pernah tercalon untuk kategori BBNU Lelaki Popular di ABPBH ke-35 dan pada tahun lepas tercalon untuk kategori Aktor Pembantu TV Popular, namun dimenangi oleh Shah Iskandar.

Inspirasi Generasi Baharu

Dengan sikap profesional, bijak berbicara dan sentiasa berusaha memperbaiki diri, Mierul menjadi idola baru yang memberi inspirasi kepada remaja Malaysia.

Dengan perjalanan seni yang berkembang baik sejak 2021, Mierul Aiman bukan sekadar aset bakat baru, tetapi pelakon berdimensi yang matang. Dari teater dan telefilem ke drama blockbuster serta pementasan antarabangsa, Mierul menunjukkan impian dan potensi yang menjanjikan untuk terus bersinar.

Artikel berkaitan: 5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

malaikat malam syafiq kyle

SYAFIQ KYLE BAWA WATAK ‘MAT MOTOR’ DALAM MALAIKAT MALAM

Bacaan Lanjut
shah jaszle

TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!

Bacaan Lanjut

THE DRAMA KING: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut
ustaz irfan

SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM

Bacaan Lanjut