RICHARD MILLE RM 43-01 FERRARI 2025: JAM TANGAN PALING MEWAH KOLABORASI SUPERCAR & TEKNOLOGI SWISS
Legasi minat seumur hidup yang diolah menjadi simbol prestasi.
RM 43-01 Tourbillon Split-Seconds Chronograph Ferrari adalah hasil gabungan dua nama gergasi antara Richard Mille dan Ferrari. Richard Mille dan Ferrari berkongsi obsesi terhadap prestasi dan inovasi yang sama. Selepas kejayaan RM UP-01 pada 2022, edisi kedua ini tampil lebih berani dengan komplikasi horologi yang kompleks serta sentuhan rekaan automotif. Hasilnya, sebuah jam tangan mewah berteknologi tinggi yang sarat dengan DNA Ferrari, secara tak langsung memberi penghormatan kepada sejarah gemilang ‘Prancing Horse’ melalui reka bentuknya.

RM 43-01
RM 43-01 ditawarkan dalam dua edisi terhad yang berbeza. Dua versi ini mencerminkan dua personaliti berbeza. Pemandu bergaya yang berkelas dan pelumba yang dipacu adrenalin. Ferrari Centro Stile memainkan peranan penting dalam proses rekaan, menghasilkan butiran halus seperti bentuk crown, tali jam, dan plat titanium berlogo Prancing Horse. Rekaan dail terbuka jam ini diilhamkan daripada papan pemuka Ferrari. Dengan butiran seperti rangka bersudut, permukaan berlapis, dan skru emas yang menyerupai komponen seakan enjin Ferrari.

Di sebalik reka bentuk luarannya yang dramatik, tersembunyi sebuah pergerakan mekanikal yang mengambil masa tiga tahun untuk direka dari awal. Mekanikal ini direka bersama Audemars Piguet Le Locle. Kaliber RM43-01 dibina berasaskan plat asas titanium gred 5 skeleton sepenuhnya, diperkukuh dengan “rangka” kecil daripada titanium dan Carbon TPT®. Jam ini dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif seperti tourbillon yang terletak di bahagian tepi, dan paparan saat yang bergerak menggunakan bilah berputar. Mekanisme kronograf split-seconds ini turut dioptimumkan untuk kecekapan tenaga dan ketahanan melalui simulasi canggih dan reka bentuk komponen berprestasi tinggi.
Artikel berkaitan:JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
PIASTRI RAIH KEMENANGAN DRAMATIK DI GRAND PRIX BELANDA.
Oscar Piastri raih kemenangan dramatik di GP Belanda selepas Lando Norris tersingkir akibat masalah teknikal.
SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!
Kereta mewah selebriti Malaysia seperti Lamborghini, Audi & Range Rover jadi simbol status dan gaya hidup glamor mereka.











