Skip to content

TUMI Musim Luruh 2025: Gaya Hidup Urban & Elegan New York

TUMI MUSIM LURUH 2025: GAYA URBAN & ELEGAN DARI NEW YORK

Kongsikan artikel ini

TUMI, jenama antarabangsa terkemuka gaya hidup dan aksesori, membuka tirai Musim Luruh 2025 dengan koleksi baharu yang diinspirasikan oleh New York City. koleksi TUMI kali ini meraikan legasi 50 tahun inovasi dan ketahanan dengan rekaan yang memberi penghormatan kepada individu kreatif, penggerak dan pencipta yang menjadi nadi kota metropolitan tersebut.

NEW YORK, BUT MAKE IT TUMI : KOLEKSI MUSIM LURUH PALING ‘ONZ’!

Koleksi Fall 2025 menampilkan cetakan yang terinspirasi daripada poster-poster jalanan ikonik yang menghiasi kota New York. Beberapa pilihan daripada koleksi Alpha, Alpha Bravo dan Voyageur tampil dengan corak “Poster Print”.

TUMI Musim Luruh 2025: Gaya Hidup Urban & Elegan New York

Alpha Bravo, koleksi terkenal dengan rekaan tahan lasak dan versatil. Koleksi ini tampil segar untuk Musim Luruh 2025 dengan warna baharu, Navy Coated Canvas, pilihan sofistikated yang moden menggantikan hitam klasik. Turut diperkenalkan ialah rona bermusim seperti Pavement dan Electric Blue yang diilhamkan daripada seni bina kota metropolitan. Koleksi kali ini juga menampilkan rekaan praktikal untuk si pengembara urban seperti Surveillance Flap Backpack dan Roadstead Messenger, sesuai untuk gaya hidup aktif dan bergerak pantas.

 

Gaya ‘Raw’ yang Menyatu dengan Nadi Urban New York

Diinspirasikan oleh seni grafiti yang berani, gaya popular TUMI Just In Case® hadir dengan rekaan unik semburan cat yang tampak moden dan artistik. Tote ikonik ini kini ditawarkan dalam tiga saiz berbeza dan boleh dilipat sepenuhnya, menjadikannya pilihan ideal untuk para pengembara. Warna baharu Mink, TUMI Red dan Wine menyempurnakan gaya Voyageur yang moden, elegan dan versatil.

 

Koleksi ikonik 19 Degree membuat kemunculan semula dengan nafas musim luruh yang elegan, diinspirasikan oleh suasana mendamaikan taman-taman kota. 19 Degree Lite menampilkan rona mendalam seperti Wine dan Pavement berinpirasikan pantulan visual dedaunan gugur dan laluan batu penuh karakter. Menambah dimensi mewah, rona Moonrock diperkenalkan dalam siri 19 Degree Polycarbonate. Rona warna ini menyerlahkan lagi keanggunan senyap koleksi ini yang terus mendefinisikan gaya pengembaraan moden.


Artikel Berkaitan: TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

By Shakif Md Noor
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALVN

ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”   

Bacaan Lanjut
Blink

“TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut

COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA

Bacaan Lanjut
mclaren

MCLAREN MELUNCUR LAJU DENGAN TUMI

Bacaan Lanjut

TUMI LENGKAPI PENJALANAN TIGA PENGARUH GLOBAL DENGAN ALPHA BRAVO 2018

Bacaan Lanjut