GAYA FESYEN SELEBRITI LELAKI THAILAND TERMASUK PP KRIT, APO NATTTAWIN
Gaya fesyen selebriti lelaki Thailand menjadikan mereka figura berimpak besar. Nama-nama ini turut memikat hati jenama fesyen antarabangsa.
Industri hiburan Thailand bukan sahaja dipenuhi dengan bakat-bakat luar biasa, malah turut melahirkan ramai selebriti lelaki yang menjadi ikon fesyen serantau. Dari karpet merah ke jalanan, penampilan mereka sering menjadi tumpuan lensa kamera dan perbualan peminat. Setiap selebriti tampil dengan identiti gaya tersendiri. Ada yang gemar bereksperimen dengan siluet avant-garde, ada juga yang memilih pendekatan minimalis dan maskulin. Apa jua pilihan mereka, yang pastu selebriti lelaki Thailand kini berdiri gah sebagai figura berpengaruh dalam dunia fesyen Asia. Jadi, GLAM Lelaki akan berkongsi gaya fesyen tujuh selebriti lelaki Thailand yang menjadi pilihan kami.
#1 PP Krit
PP Krit, seorang model, penyanyi dan pelakon dari Thailand ini lebih dikenali dalam dunia fesyen dengan gelarannya sebagai duta jenama Thailand Balenciaga yang pertama. Gayanya sering menonjolkan sentuhan high fashion, elegan dan berani. Beliau sering tampil dengan silhouette moden, padanan unik dan permainan warna yang gelap. Gaya PP mencerminkan keberanian dalam mengekspresikan diri.
#2 PP Naravit
Duta jenama wangian Versace serta pelakon ini membawa gaya yang lebih kasual namun edgy, sering dilihat dalam padanan streetwear dan oversized pieces. Jaket bomber, sneakers tebal, dan warna-warna neutral menjadi pilihan PP Naravit. Namun, beliau juga tidak takut untuk bergaya formal dengan twist moden.
#3 Ohm Pawat
Ohm Pawat, pelakon darii Thailand ini memiliki gaya yang serba versatil. Dia boleh bergaya santai dengan jeans dan tee, tetapi juga selesa dalam suit tailored. Dia cenderung ke arah minimalis maskulin, dengan pemilihan potongan yang clean dan sleek.
#4 Tawan Vihokratana
Tawan atau mesra dikenali sebagai Tay merupakan duta jenama Loewe. Tay terkenal dengan gaya yang moden dan santai. Sering tampil dalam padanan suit eksklusif, aksesori mewah atau baju tee yang sempurna untuk musim panas. Kadangkala, dia juga berani bermain dengan tekstur seperti satin, kulit dan denim berstruktur. Tay bijak menggabungkan gaya klasik dan santai.
#5 Anthony Buisseret
Pelakon muda Anthony Buisseret seringkali membawa gaya yang lebih segar, youthful dan preppy. Penampilannya sering diwarnai dengan baju tee, kemeja bercorak, seluar tailored dan loafers. Gaya beliau menyerlahkan aura boy-next-door yang bergaya serta effortless.
#6 Tawanwad Wanavit
Sebagai seorang jurugambar dan rapper, estetika Tawanwad sepadan dengan gaya hariannya. Tawanwad lebih kepada esetetika yang artistik dan indie. Beliau sering memilih potongan oversized, lapisan baju (layering), dan aksesori seperti kaca mata hitam atau sling bag. Gaya ini memberi kesan laidback tetapi tetap curated dan penuh karakter.
#7 Apo Nattawin
Apo Nattawin membawa aura chic, bold dan elegan. Sesuai dengan posisinya sebagai duta jenama fesyen Dior serta jam tangan Piaget. Sering terlihat dalam padanan monochrome, statement pieces, dan jenama-jenama mewah, Apo juga gemar bereksperimen dengan gaya unisex dan potongan avant-garde.
Pautan Berkaitan: ISAAC VOO, HAN JISUNG DAN 5 LAGI BINTANG KOREA INI BERKAIT DENGAN MALAYSIA!
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Lihatkan lima kereta lumba F1 yang termahal pernah dijual di auction sementara menanti jualan 1996 McLaren F1 GTR yang bakal mengukir sejarah di Monterey Sabtu ini.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
SITI NURHALIZA DAN NORANIZA IDRIS BAKAL BERGANDING DI KONSERT GEMA BUMANTARA
Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, bakal berkongsi pentas dengannya pada persembahan mega itu.
GIORGIO ARMANI I WILL, WANGIAN YANG MERAIKAN KEKUATAN TEKAD DAN KEAZAMAN BERSAMA JONATHAN BAILEY
Giorgio Armani hadir dengan wangian baharu, I WILL dengan kempen bersama pelakon antarabangsa, Jonathan Bailey.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.
KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?
Pelakon-pelakon utama filem Kudrat 1968 telah didedahkan, dan menjadikan penantian peminat siri High Council yang kian menanti.











