Skip to content

GENERASI DIRAJA MALAYSIA BAHARU: 7 PUTERA YANG JADI IKON LELAKI

GENERASI DIRAJA MALAYSIA BAHARU: 7 PUTERA YANG JADI IKON LELAKI

Kongsikan artikel ini

Di sebalik warisan dan tradisi diraja, putera generasi baharu negeri-negeri di Malaysia tampil dengan pesona tersendiri.

Putera-putera generasi baharu Malaysia ini bukan sekadar simbol kesinambungan monarki, malah mencerminkan wajah baharu kepimpinan yang berilmu, berwibawa dan dekat dengan rakyat. Dari bidang akademik, ketenteraan hingga sukan bertaraf antarabangsa, tujuh putera diraja ini menonjolkan keperibadian moden yang seimbang dengan nilai tradisi. Bukan sahaja dikenali kerana darah keturunan, tetapi juga kerana daya kepimpinan, pencapaian serta gaya hidup yang menjadi inspirasi. Inilah barisan putera diraja Malaysia baharu yang menyerlah sebagai ikon lelaki, mewarnai masa depan institusi diraja dan negara.

#1 Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim (Johor)

Pada 5 Februari 1993 , YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim dilahirkan di Johor Bahru. Baginda ialah Tunku Panglima Johor serta putera keempat Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah. Baginda aktif dalam dunia sukan, khususnya sebagai pelumba kereta profesional yang sering mewakili Malaysia di pentas antarabangsa bersama adindanya, Tunku Abu Bakar. Selain permotoran, Tunku Abdul Rahman juga mempunyai minat mendalam terhadap golf. Baginda merupakan Penaung Diraja Persatuan Golf Pelancongan Johor (JGTA) dan pada tahun 2017 mengilhamkan Piala Cabaran Tunku Panglima Johor. Usaha ini memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan sukan, selain memperlihatkan dedikasi baginda memajukan sukan tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tunku_abdul_rahman

#2 Tunku Abu Bakar (Johor)

YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, diputerakan pada 30 Mei 2001 di Johor Bahru, ialah Tunku Putera Johor serta putera bongsu kepada DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah. Baginda dikenali sebagai seorang pelumba kereta profesional yang aktif di pentas antarabangsa. Bersama kekandanya, Tunku Abdul Rahman, Tunku Abu Bakar sering mewakili Malaysia, khususnya negeri Johor, dalam pelbagai kejohanan permotoran. Pada 24 September 2023, baginda mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul Naib Juara Kejuaraan Pemandu GT3 dalam perlumbaan GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Bakar Ibrahim (@tunku.abu.bakar)

Baca: KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

#3 Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Bin Tengku Abdullah (Pahang)

Dilahirkan pada 11 September 2000, YAM Tengku Panglima Perang Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah ialah putera ketiga Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang. Beliau merupakan pewaris ketiga takhta Pahang. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah merupakan pasangan kembarnya. Anakanda ketiga daripada lima beradik ini memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuantan. Selepas itu, baginda melanjutkan pelajaran ke United Kingdom di Caldicott Preparatory School, Haileybury School, dan Epsom College. Tunku Ahmad memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Kriminologi dan Sosiologi di Royal Holloway, University of London serta ditauliahkan Pegawai Kadet ATM selepas tamat latihan di Royal Military Academy Sandhurst pada 2023.

#4 Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Pahang)

Antara putera generasi baharu, YAM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah  antara yang terkenal. Diputerakan pada 17 September 1995 di Kuantan, YAM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah ialah Tengku Mahkota Pahang. Baginda merupakan putera kedua kepada Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Bagina juga cucunda kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Sultan Iskandar Johor. Pendidikan awalnya di Kuantan sebelum meneruskan pelajaran ke United Kingdom, seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa di Geneva School of Diplomacy pada 2018. Baginda menamatkan latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst dan kini melanjutkan pengajian pascasiswazah di NUS. Dilantik Tengku Mahkota Pahang pada Januari 2019.

Baca: RAJA AZLAN MUZZAFFAR SHAH PEWARIS DIRAJA PERAK YANG MENCURI PERHATIAN

#5 Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (Pahang)

YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah, diputerakan pada 3 Ogos 1997, ialah putera kedua kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda merupakan pewaris kedua dalam susur galur takhta kerajaan negeri Pahang selepas kekandanya, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah. Pada 24 Oktober 2024, Tengku Muhammad Iskandar melangsungkan perkahwinan dengan YHM Tengku Natasya Puteri, puteri kepada Tengku Adnan bin Tengku Mansor, dalam sebuah istiadat diraja yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan.

#6 Tengku Muhammad Ismail (Terengganu)

Tengku Muhammad Ismail diputerakan pada 1 Mac 1998 sebagai putera sulung Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah. Baginda mendapat pendidikan awal di Garden International School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Pada 12 Januari 2006, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda Terengganu. Ketika ayahandanya menjadi Yang di-Pertuan Agong, baginda yang berusia lapan tahun diisytiharkan sebagai Pemangku Raja. Majlis Penasihat Pemangku Raja ditubuhkan bagi melaksanakan tugas rasmi baginda. Kini, baginda menjalani latihan pentadbiran di beberapa jabatan kerajaan negeri Terengganu dari 2025 hingga 2027. Ini semua sebagai sebahagian daripada persediaan untuk peranan masa depannya.

putera generasi baharu

#7 Raja Azlan Muzzaffar Shah (Perak)

Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, diputerakan pada 14 Mac 2008 di Hospital Pakar Damansara, Selangor. Baginda merupakan Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan. Baginda merupakan anakanda sulung Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Sebagai salah seorang Raja Bergelar dalam institusi Kesultanan Perak, baginda berada pada kedudukan ketiga dalam hierarki pewarisan takhta negeri. Dari segi pendidikan, Raja Azlan Muzzaffar Shah memulakan persekolahan awalnya di Alice Smith School, Kuala Lumpur pada tahun 2011, dan sehingga kini masih meneruskan pengajian di sekolah tersebut.

putera generasi baharu

Pautan berkaitan: KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOTO ISTIADAT PERSANDINGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

FOTO ISTIADAT PERSANDINGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

Bacaan Lanjut
FOTO ISTIADAT BERINAI PASANGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

FOTO ISTIADAT BERINAI PASANGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

Bacaan Lanjut
FOTO ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

FOTO ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI

Bacaan Lanjut
TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI DIRAI DALAM ISTIADAT PERKAHWINAN TIGA HARI

TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI DIRAI DALAM ISTIADAT PERKAHWINAN TIGA HARI

Bacaan Lanjut
King Frederik Denmark

5 FAKTA MENARIK MENGENAI RAJA DENMARK BAHARU, KING FREDERIK X

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY INGIN RAJA CHARLES & PUTERA WILLIAM KEMBALI DALAM HIDUPNYA

PUTERA HARRY INGIN RAJA CHARLES & PUTERA WILLIAM KEMBALI DALAM HIDUPNYA

Bacaan Lanjut