Skip to content

6 WATAK LELAKI HANGAT DALAM DRAMA SEPERTI THARIQ RIDZUWAN

5 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN

Kongsikan artikel ini

Watak-watak lelaki dalam drama terbaru Malaysia kini cukup hangat dan menjadi perbualan ramai di media sosial. 

Dalam dunia drama tempatan sekarang, kehadiran watak lelaki sering kali menjadi nadi yang menggerakkan emosi dan jalan cerita. Sama ada mereka digambarkan sebagai hero berkarisma, kekasih penuh romantis, ataupun lelaki kompleks dengan konflik dalaman. Setiap karakter ini memberi warna tersendiri yang membuat penonton terpaku di hadapan skrin. Lakonan mantap pelakon muda berbakat seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, dan rakan seangkatan menjadikan watak-watak mereka bukan sahaja relevan, malah dekat di hati peminat. Nama seperti Thariq Ridzuwan dan Aldi Ibrahim kini semakin meniti di bibir penonton, membuktikan bahawa kekuatan sesebuah drama banyak terletak pada sejauh mana penonton jatuh cinta, benci, atau simpati kepada sosok lelaki yang ditampilkan. Inilah lima watak lelaki hangat yang sedang menjadi sebutan dalam dunia drama tempatan sekarang.

#1 Thariq Ridzuwan – Meerqeen

Dalam drama lakonan Meerqeen, Thariq Ridzuwan: His Treasure, dia memainkan watak Thariq Ridzuwan. Dia merupakan seorang ejen elit yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan Radwa (Qasrina Karim). Radwa merupakan bekas kekasihnya. Pertemuan semula menyatukan mereka, namun cinta itu tidak mudah. Mereka dihantui cemburu, luka lama, tekanan keluarga, dan tragedi yang hampir meragut segalanya. Saat Radwa disahkan hamil, cahaya harapan kembali hadir, tetapi kemunculan seorang lelaki misteri dari masa silam. Perkara ini sekali lagi menggoncang hubungan mereka. Dalam pertarungan antara ancaman lalu dan baharu, Thariq dan Radwa berpegang teguh pada cinta demi melindungi keluarga yang sedang mereka bina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

#2 Aldi Ibrahim – Hun Haqeem

Drama Mandul Bukan Pilihan yang sedang hangat di media sosial kerana watak green flag ini dilakonkan oleh Hun Haqeem. Aldi, lakonan Hun Haqeem merupakan seorang suami yang tidak berupaya untuk memiliki zuriat sendiri. Namun, dia menyimpan impian besar untuk menjadi seorang bapa. Keinginan itu begitu mendalam sehingga dia bersama isterinya, Billa (Mira Filzah), berusaha mencari jalan lain demi merealisasikan harapan mereka menimang cahaya mata. Walaupun perjalanan itu penuh cabaran dan menuntut pengorbanan, tekad serta cinta mereka mendorong pasangan ini untuk terus melangkah, yakin bahawa ada cara berbeza untuk membina keluarga impian mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

#3 Kerol – Mierul Aiman

Watak Kerol yang dilakonkan oleh Mierul Aiman dalam drama Seadanya Kita merupakan seorang bintang rock muda yang masih dibayangi masa silamnya. Secara perlahan, dia mula menemukan sisi dirinya yang berbeza apabila berkenalan dengan Alani (Emma Maembong) . Hubungan mereka yang pada awalnya sekadar kebetulan akhirnya berkembang menjadi ikatan yang lebih mendalam. Ini menjadikan Kerol satu kehadiran yang tidak pernah Alani bayangkan akan wujud dalam hidupnya dan anaknya. Namun, kedatangan Kerol membawa dilema besar buat Alani. Antara membuka ruang untuk Farouq, bekas suaminya, melindungi Iqi (Mikael Noah) daripada sebarang luka baru, atau memberi peluang kepada perasaan yang kian tumbuh bersama Kerol. Sementara itu, Kerol cuba untuk membuktikan bahawa dia mampu menjadi seseoran yang bermakna, bukan hanya buat Alani tetapi juga buat keluarga kecilnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @mierulaiman

Baca: 7 DRAMA ASIA TENTANG CINTA BERBEZA USIA, WANITA LEBIH TUA

#4 Nadim Eijaz – Jazmy Juma

Nadim Eijaz yang dilakonkan oleh Jazmy Juma ialah watak suami kepada Aira Nadira (Tracie Sinidol) dalam drama Hilang Dalam Rindu. Eijaz merupakan seorang lelaki yang dingin, penuh dendam, dan tidak pernah menunjukkan kasih sayang terhadap Aira walaupun mereka sudah berkahwin. Kehadirannya mencetuskan konflik utama apabila Aira terjaga daripada koma dengan memori 10 tahun yang hilang, lalu terperangkap dalam hubungan penuh misteri bersama Ejaz yang menyimpan rahsia besar masa lalu mereka. Ejaz menjadi figura kompleks. Antara cinta yang terpendam, dendam yang membara, dan kunci kepada teka-teki yang mengubah seluruh hidup Aira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jazmy juma (@jazmyjuma)

Baca: JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

#5 Hayden Hayyan – Nadhir Nasar

Di dalam drama yang bakal ditayangkan pada 1 September 2025, Nadhir Nasar memainkan watak Hayden Hayyan. Hayden merupakan watak yang kembali dari masa lalu Nik Kalsom (Erysha Emyra). Kehadirannya menjadi titik dramatik yang memisahkan Kalsom daripada peluang untuk sembuh dan berbahagia. Di masa silam mereka, Kalsom dihalau oleh Hayden akibat mempertahankan Rose yang menhidap penyakit Sindrom Down. Walaupun dia bukan lagi “Hayyan yang dulu”, kehadirannya tetap menggoncangkan hati Kalsom ketika dia cuba melangkah maju dengan kehidupan yang baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

#6 Zarul – Zarif Ghazzi

Zarul, lakonan Zarif Ghazali dalam drama Abang Imam Minah Skuter, ialah seorang pemuda yang nekad melarikan diri dari rumah demi mengelak daripada perkahwinan yang telah diatur keluarganya. Dalam usahanya mencari kebebasan, dia memilih untuk menumpang di kampung orang gajinya. Di situlah bermulanya satu babak baharu dalam hidupnya. Dengan wajah yang tampan serta pesona yang sukar disangkal, Zarul segera menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja gadis-gadis muda tetapi juga makcik-makcik kampung yang terpikat dengan kehadirannya. Namun, di sebalik kekecohan itu, muncul Mardhiah (Bella Dowanna), seorang gadis yang berjaya melihat sisi lain dalam diri Zarul. Perkenalan mereka bukan sekadar menambah warna dalam kehidupannya, tetapi juga mencetuskan konflik hati yang memaksa Zarul menilai semula makna cinta, pilihan, dan keberanian untuk menentukan jalannya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZARIFGHAZZI (@zarif_ghaz)

Pautan berkaitan: ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 DRAMA ASIA TENTANG CINTA BERBEZA USIA, WANITA LEBIH TUA

7 DRAMA ASIA TENTANG CINTA BERBEZA USIA, WANITA LEBIH TUA

Bacaan Lanjut
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT

PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT

Bacaan Lanjut
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

Bacaan Lanjut

MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.

Bacaan Lanjut
KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA

KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA

Bacaan Lanjut

RECAP GLAM LELAKI RESET: FESYEN TERBAIK SELEBRITI

Bacaan Lanjut