MYSLF L’ABSOLU: AROMA MASKULIN DARI YSL BEAUTY
MYSLF L’ABSOLU
MYSLF L’ABSOLU hadir sebagai sebuah kenyataan berani tentang meraikan diri sendiri. Ia bukan sekadar wangian, tetapi simbol kebebasan, keseronokan, dan gaya hidup hedonistik. YSL Beauty mengangkat ikon maskulin ini ke tahap paling tinggi dengan interpretasi baharu yang lebih segar, lebih bertenaga, dan lebih bercahaya. Inilah “anti-boredom juice” yang menjadi antidot kepada rutin harian. Memberikan rasa puas yang serta-merta sebaik sahaja ia disembur. Ia adalah pati sikap edgy dan progresif Yves Saint Laurent yang diterjemahkan dalam jejak aroma penuh kilauan. Pada hari ini, sudah tiba masanya lelaki meraikan kehidupan dengan cara yang lebih ringan, penuh kegembiraan, dan bersinar dengan karisma tersendiri.

KEKUATAN AROMA MYSLF L’ABSOLU
Rahsia tarikan MYSLF L’ABSOLU terletak pada komposisi wangian yang menggabungkan intensiti dan keceriaan dalam satu semburan. Dirumus oleh trio pereka harum ternama seperti Daniela Andrier, Christophe Raynaud, dan Antoine Maisondieu. Wangian ini menolak tanggapan tipikal tentang “absolute” yang biasanya pekat dan sarat. Sebaliknya, ia dibentuk dengan sentuhan cahaya, menjadikannya lebih radiant dan luminous. Lapisan kayu dan bunga yang menjadi DNA asal MYSLF kini diperkuat dengan percikan halia yang segar, bersama akord pedas berkilau yang menambah dimensi moden serta energi baharu. Hasilnya adalah aroma yang membangkitkan mood, melengkapi gaya maskulin kontemporari yang tidak lagi sekadar mengejar trend kesihatan atau kecergasan, tetapi berani memilih keseronokan hidup sepenuhnya.
AUSTIN BUTLER SEBAGAI WAJAH MYSLF L’ABSOLU
Mengukuhkan lagi identiti wangian ini adalah kehadiran Austin Butler sebagai duta rasmi MYSLF L’ABSOLU. Pelakon Hollywood ini menjadi wajah sempurna untuk mewakili semangat YSL Beauty. Butler bukan sahaja melambangkan sisi maskulin yang segar dan moden. Memperlihatkan bagaimana lelaki hari ini tidak takut untuk meraikan individualiti mereka. Sama ada di pentas, di layar perak, atau dalam kehidupan nyata, aura bintangnya menggambarkan “Absolutely MYSLF”. Dengan MYSLF L’ABSOLU, YSL Beauty bukan sekadar mencipta wangian, tetapi satu manifestasi gaya hidup yang mengajak lelaki untuk benar-benar menikmati setiap detik dengan penuh keyakinan dan rasa puas.

Artikel Berkaitan: DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











