HUN HAQEEM: PELAKON VERSATILE & PESONA GLOBAL
Nama Hun Haqeem muncul sebagai antara bintang muda yang pantas mencuri perhatian. Bukan sekadar kerana wajahnya yang manis dan kacak, tetapi juga kerana keupayaannya menjiwai pelbagai watak dengan penuh keyakinan. Sejak kemunculannya dalam drama dan filem popular, Hun membuktikan dirinya bukan sekadar pelakon baharu, tetapi seorang bakat versatile yang mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai genre.
Sejak kemunculannya, Hun telah membintangi pelbagai drama dan filem yang membuktikan versatilitinya sebagai seorang pelakon. Antaranya termasuklah Cari Aku Di Syurga (2019), Kampung People (2019–2020), Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020), Angkara Cinta (2020), W: Two Worlds (Malaysia) (2023–2024), serta filem terbarunya Soloz: Game of Life (2025). Deretan karya ini tidak hanya menonjolkan kehebatan bakatnya, malah meletakkannya sebagai salah seorang pelakon muda paling menonjol dalam generasinya.
Sebagai wajah generasi muda yang penuh karisma, Hun Haqeem juga merupakah wajah kepada YSL Beauty. Hun berani menonjolkan keaslian diri, elegan serta penuh keyakinan. Personalitinya yang segar dan versatil menjadikannya figura yang ideal untuk menghidupkan semangat jenama mewah ini, di mana fesyen dan kecantikan bertemu dengan keberanian serta ekspresi diri yang tiada batasan.
Lebih menarik, pesona Hun Haqeem tidak hanya terhad dalam radar tempatan. Gaya dan personalitinya yang segar menjadikan beliau mudah diterima oleh audiens lebih luas, sekaligus membuka potensi untuk menembusi pasaran serantau. Ditambah dengan sikap profesional dan aura antarabangsa yang dibawanya, Hun dilihat berpotensi menjadi antara ikon generasi baharu yang membawa nama Malaysia ke pentas global.
Hun Haqeem bukan sahaja hadir dengan bakat semula jadi, tetapi juga disiplin kerja yang tinggi serta keinginan untuk terus berkembang. Dengan projek-projek baharu yang sentiasa dinantikan peminat, tidak mustahil pesonanya akan terus menyerlah melangkaui sempadan. Menjadikan Hun salah satu figura paling menjanjikan dalam industri hiburan moden.
Artikel Berkaitan: 6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi terbaharu mereka buat Autumn-Winter 2027.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.











