Skip to content

KOH SAMUI: PERCUTIAN MEWAH TOMMY HILFIGER DI ASIA

Kongsikan artikel ini

Pantai tropika Koh Samui menjadi saksi apabila Tommy Hilfiger membawa pengalaman eksklusif The Hilfiger Resort ke Asia buat pertama kalinya. Diadakan di Hyatt Regency Koh Samui dari 4 hingga 6 September 2025. Percutian tiga hari ini meraikan pelancaran koleksi Summer 2025, menggabungkan gaya musim panas yang santai dengan sentuhan mewah yang menjadi identiti Tommy Hilfiger.

“Prep with a Twist”

Koh Samui, tetamu dihidangkan dengan dunia penuh warna berinspirasikan gaya “Prep with a Twist” yang sinonim dengan Tommy Hilfiger. Acara ini bukan sekadar percutian glamor, tetapi juga sebuah pentas ekspresi diri di mana fesyen, hiburan dan gaya hidup bertemu dalam suasana penuh eksklusif. Dengan penghasilan kandungan istimewa sepanjang acara, momen ini turut memberi inspirasi kepada komuniti tempatan dan khalayak global.

Barisan Tetamu Global

Barisan jemputan membuktikan pengaruh global Tommy Hilfiger yang merentasi budaya. Turut hadir duta Tommy Hilfiger seperti Pond, Phuwin, Gemini dan Fourth, pelakon terkenal Jung Hae In, Kevin Tan dan Yang Yan, serta Catriona Gray, Miss Universe 2018. Model Tieu Vy dan pencipta kandungan digital seperti Alvin Tiew, Iyzdham Ang dan Elizabeth Rahajeng menambah gaya tersendiri. Nama besar dari India, Anupam Tripathi, yang dikenali menerusi Squid Game, juga kembali selepas penglibatan beliau di edisi pertama di Canouan Island, St. Vincent.

Gaya Amerika di Pentas Global

Edisi Asia The Hilfiger Resort ini mengukuhkan lagi visi jenama dalam mengangkat gaya hidup inklusif. Dengan adanya semangat all-American classic yang diberi nafas baharu untuk pentas antarabangsa. Koh Samui berjaya ditransformasikan menjadi destinasi fesyen yang bukan sahaja meraikan koleksi musim panas, tetapi juga merangkai sebuah komuniti global.
Artikel Berkaitan: TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER

Bacaan Lanjut

ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

Bacaan Lanjut
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Bacaan Lanjut
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

Bacaan Lanjut
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

Bacaan Lanjut