STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI
Gaya Hun Haqeem sering tampil penuh stail bukan sahaja di acara penting, malah ketika percutian menjadikan gayanya boleh diikuti.
Bayangkan suasana santai tetapi tetap bergaya, itulah yang ditampilkan oleh Hun Haqeem setiap kali bercuti. Gaya percutiannya tidak sekadar tentang pakaian ringkas, tetapi bagaimana Hun menyatukan keselesaan dan fesyen dalam satu penampilan. Dengan pilihan busana kasual yang mudah digayakan, ditambah sentuhan peribadi yang membuatkan setiap look tampak effortless, Hun Haqeem membuktikan bahawa gaya bercuti juga boleh menjadi inspirasi untuk tampil segar, moden dan penuh keyakinan. GLAM Lelaki akan kongsikan 5 gaya percutian Hun Haqeem yang menjadi pilihan kami dan boleh menjadi inspirasi fesyen anda semua.
#1 Bangkok
Gabungan outerwear putih bersama baju tee dengan rona yang sama memberi gaya effortless lebih-lebih lagi ketika percutian. Ketika percutian Hun Haqeem di Bangkok, atau ketika penggambaran bersama GLAM Lelaki, Hun mengenakan pakaian yang santai dan masih bergaya. Outerwear sering menjadi pilihan peribadinya.
#2 Genting Highland
Walaupun sejuk di Genting Highland, cuaca Malaysia yang hangat masih membolehkan kita berpakaian selesa seperti baju tee hitam polo yang fit, simple dan serba boleh, dipadankan dengan seluar kargo warna beige yang mempunyai banyak poket, memberi vibe santai serta praktikal seperti Hun Haqeem. Lengkap dengan sneakers putih bercorak dan backpack hitam, gaya ini sesuai untuk kegunaan harian mahupun travel. Gaya ini menyerlahkan streetwear minimalis yang selesa dan effortless, sesuai untuk berjalan di bandar atau melancong.
#3 Korea Selatan
Gaya kasual tetapi kemas Hun Haqeem lengkap dengan jaket denim gelap berbutang depan yang memberi aura santai dan maskulin. Padanan bersama t-shirt hitam asas yang simple serta seluar jeans berona cerah untuk keseimbangan. Ditambah dengan beg silang kecil Saint Laurent (YSL), keseluruhan gaya membawa elemen mewah yang menaikkan penampilan smart casual dengan sentuhan street style.
#4 Korea Selatan
Hun Haqeem cukup sesuai dengan gaya yang kelihatan santai tetapi tetap kemas seperti t-shirt putih ringkas yang breathable dan selesa sebagai inner, dipadankan dengan overshirt hijau sage yang ringan. Stail ini amat sesuai untuk musim luruh atau awal musim bunga di Korea di mana cuaca agak sejuk pada malam hari tetapi masih nyaman di siang hari. Seluar panjang hitam berpotongan lurus pula memberi keseimbangan antara kasual dan smart sambil melindungi daripada angin sejuk. Pemilihan gaya percutian Hun Haqeem di Korea cukup simple, versatile, dan praktikal untuk berjalan-jalan.
#5 Jepun
Untuk percutian Hun Haqeem di Jepun, dia memakai jaket berwarna taupe yang ringan tetapi kelihatan tahan lasak. Ia cukup sesuai untuk aktiviti luar seperti mendaki atau menjelajah alam semula jadi. Demi melengkapkan gaya ini, Hun padankan dengan seluar kargo berwarna krim muda yang mempunyai poket besar di sisi. Cukup praktikal untuk menyimpan barangan kecil semasa perjalanan. Pakaian ini jelas direka untuk keselesaan dan fungsi, sesuai dipakai ketika berada di kawasan beriklim sejuk dan lembap seperti kawasan pergunungan atau hutan berhampiran air terjun di Jepun.
Pautan berkaitan:
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Berikut 6 drama lakonan Hun Haqeem yang cemerlang.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
SEBAB THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE WAJIB DITONTON
Thariq Ridzuan bawa gabungan aksi, emosi & bintang popular Malaysia. Jangan lepaskan drama eksklusif ini di Astro One dan SOOKA.
9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Pada tahun 2025 ini, paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
ZHARIF GHAZZI semakin menyerlah tahun 2025! Kenali wajah baharu industri lakonan tempatan yang berbakat dan berpotensi besar.
HUN HAQEEM VS IKMAL AMRY DI FURY CHAMPIONSHIP
Pertarungan paling dinanti-nantikan telah tiba! Hun Haqeem dan Ikmal Amry tampil luar biasa dalam Fury Championship 2025.