ROYAL ROMANCE: TENGKU AMIR SHAH RAI CINTA DALAM ISTIADAT OKTOBER INI
Peribadi Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah
Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dilahirkan pada 12 Disember 1990, adalah Raja Muda Selangor yang sejak muda sudah menjadi simbol kepimpinan dalam belia dan komuniti. Beliau menerima pendidikan awal di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Beliau kemudian ke Wellington College di UK. Seterusnya menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekologi & Biologi Alam Sekitar di Universiti Leeds. Di sisi lain, pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, adalah seorang graduan King’s College London dalam Sustainable Cities. Cik Afzaa Fadini juga mencerminkan kecemerlangan akademik dan minat pada pembangunan lestari.
Detik Diraja Oktober
Tarikh yang ditunggu telah diumumkan. Pernikahan diraja Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini akan berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis persandingan dan santapan diraja diatur di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja pada 22 Oktober. Bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan serentak di masjid-masjid seluruh Selangor. Sultan Sharafuddin sendiri serta jawatankuasa istana turut bersiap sedia dengan protokol diraja dan adat Melayu penuh keanggunan.
Majlis Doa Selamat Sultan Selangor, tanda doa dan restu rakyat
Artikel Berkaitan: RAJA AZLAN MUZZAFFAR SHAH PEWARIS DIRAJA PERAK YANG MENCURI PERHATIAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.











