BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
Selepas Milan Fashion Week, Paris Fashion Week mengambil alih minggu fesyen musim ini. Dipenuhi dengan koleksi-koleksi sulung pengarah kreatif baharu, musim ini semestinya menjadi satu penantian. Setiap satu koleksi dicipta dengan teliti, membawa identiti jenama masing-masing. Namun, jenama-jenama ini tidak ketinggalan dengan tetamu-tetamu jemputan mereka. Dari duta jenama hingga rakan jenama, setiap satunya ikonik. Lebih ikonik lagi, wajah-wajah Asia menghiasi minggu fesyen ini dan semestinya memberi impak yang cukup besar buat Paris Fashion Week.
#1 Stray Kids Felix (Louis Vuitton)
Sebagai duta jenama dan kesukaan Nicolas Ghesquière, Felix semestinya menjadi salah seorang yang menghadiri pertunjukkan fesyen musim bunga musim panas Louis Vuitton. Lebih menarik lagi, disebabkan kengkangan waktu Felix dan jadualnya, Louis Vuitton turut menghantar kapal terbang peribadi buatnya. Hubungan di antara Felix dan Louis Vuitton semestinya amat baik. Felix juga dilihat berinteraksi bersama rakan duta bersama, Lisa dari BLACKPINK sepanjang acara itu. Our favourite duo!
#2 Kento Yamazaki (Yves Saint Laurent)
Selepas kejayaan siri ketiga Alice In Borderland, nama Kento Yamazaki terus meniti di bibir penggemar fesyen global. Penampilannya di pertunjukan Yves Saint Laurent menjadi perbualan ramai, menandakan hubungan akrabnya dengan jenama tersebut yang telah lama memandang Jepun sebagai pasaran berpengaruh dalam dunia gaya hidup mewah.
#3 Joong Archen (Yves Saint Laurent)
Bintang dari Thailand ini semakin mengukuhkan langkahnya di pentas antarabangsa. Kehadiran Joong di pertunjukan Yves Saint Laurent menambah warna pada barisan tetamu Asia yang kian kuat di acara global. Keanggunan dan karismanya menjadikannya antara wajah baharu yang diperhatikan ramai pemerhati fesyen. Kehadirannya di minggu fesyen musim ini membuktikan pengaruhnya dalam dunia fesyen antarabangsa.

Gambar: Getty Images
#4 BTS Jimin (Christian Dior)
Sebagai duta global Dior, Jimin kembali menjadi tumpuan di pertunjukan jenama tersebut. Popularitinya yang melangkaui sempadan menjadikan kehadirannya bukan sekadar simbol kerjasama fesyen, tetapi juga lambang bagaimana K-pop kini berperanan besar dalam membentuk naratif gaya moden.
#5 Deng Wei (Christian Dior)
Pelakon dan personaliti China ini terus mencuri perhatian dunia fesyen. Kehadirannya di acara Dior kali ini menambah dimensi antarabangsa kepada barisan tetamu Asia. Ini mengukuhkan lagi kedudukan selebriti dari China sebagai antara wajah penting dalam pasaran global jenama mewah.

Gambar: Getty Images
#6 PP Krit (Balenciaga)
Nama PP Krit semakin dikenali bukan sahaja di Thailand, tetapi di seluruh dunia. Hubungannya bersama Balenciaga sebagai duta jenama membawanya ke barisan hadapan Paris Fashion Week kali ini. Ini menjadi petanda bahawa Balenciaga mempercayai bintang muda Asia seperti PP Krit untuk mewakili jenama mereka di mata dunia.
#7 SEVENTEEN Joshua (Givenchy)
Selepas kemunculannya di Milan Fashion Week buat Onitsuka Tiger, Joshua membuat kemunculan sulungnya di Paris Fashion Week. Ahli kumpulan SEVENTEEN ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat antarabangsa. Karismanya di pertunjukkan fesyen Givenchy ini menjadikannya antara tetamu yang sentiasa dinantikan, buat Carats dan penggemar fesyen.
#8 EXO Kai (Lacoste)
Untuk musim ini, Kai kembali ke Paris sebagai salah seorang tetamu kehormat Lacoste. Dikenali dengan kehadiran yang sentiasa menarik perhatian media global, Kai membuktikan bahawa bintang K-pop kini menjadi antara penggerak utama dalam menonjolkan gaya kontemporari Asia di mata dunia. Sebagai it boy dan antara K-Pop boy yang terkenal di mata antarabangsa, Kai sememangnya menjadi rebutan dalam dunia fesyen.
#9 BTS V (Celine)
Setiap kali V dari BTS melangkah ke pertunjukan Celine, dunia fesyen pasti memberi tumpuan. Karisma dan aura duta globalnya selari dengan visi Michael Rider, menjadikan kehadiran V sesuatu yang dinantikan saban musim. Namanya bersama dan Celine kini hampir sinonim dalam konteks pengaruh budaya pop dan fesyen mewah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran koleksi sulung Michael Rider di Celine.
#10 TWS (Celine)
Turut menyertai V, TWS yang berada di bawah naungan yang sama iaitu HYBE turut hadir sebagai duta jenama Celine. TWS membuktikan bahawa potensi generasi muda dalam dunia fesyen cukup tinggi. Kehadiran mereka di pertunjukan Celine menandakan permulaan baharu bagi kerjasama antara jenama mewah dan artis muda Korea Selatan yang semakin menonjol di peringkat antarabangsa, tidak kira dalam dunia muzik mahupun fesyen.
#11 Chen Zhe Yuan (Celine)
Kemunculan pelakon popular China ini merupakan kemunculan sulungnya di Paris Fashion Week. Walaupun hadir buat pertama kali, kehadirannya di pentas antarabangsa cukup membuktikan impaknya. Pelakon drama hangat Hidden Love ini hadir dengan penuh kacak, kasual, tetapi masih bergaya.

Gambar: Getty Images
#12 TXT Soobin (Valentino)
Sebagai salah seorang artis muda yang berpengaruh dari Korea Selatan, Soobin hadir di pertunjukan Valentino, membawa nilai keaslian dan daya tarikan semula jadi. Nama TXT kini menjadi sinonim dengan gaya dan kelas, dan Soobin mewakili imej itu dengan sempurna.
#13 Jeff Satur (Valentino)
Salah seorang selebriti Asia di Paris Fashion Week SS26, Jeff Satur terus mencipta ruangnya sendiri dalam dunia fesyen global. Dari muzik ke fesyen, dia berjaya membina jenama peribadi yang kukuh. Kehadirannya di Valentino sebagai duta jenama itu memenangi hati ramai. Tidak terkejut, kerana Jeff Satur semestinya salah seorang selebriti Thailand yang cukup disayangi peminatnya. Baju turtleneck bercorak jalur yang digabungkan bersama t-shirt dan sut Valentino semestinya menyerlah!

Gambar: Getty Images
#14 BUS Peemwasu (Valentino)
Turut hadir di pertunjukan Valentino ialah penyanyi dari kumpulan lelaki Thailand, Peemwasu dari BUS. Setiap ahli BUS memberi impak masing-masing dalam dunia fesyen. Wajah mereka tidak asing lagi berada di acara-acara fesyen serata dunia. Peemwasu semestinya menjadi salah satu kesukaan Valentino.
#15 TXT Yeonjun (Miu Miu)
The it boy, Yeonjun dari TXT turut hadir ke minggu fesyen kali ini. Kemunculannya di acara Miu Miu semestinya menggegarkan seluruh dunia fesyen. Yeonjun mencuri perhatian ramai apabila menjadi antara selebriti lelaki yang diundang khas oleh Miu Miu, jenama yang biasanya sinonim dengan barisan wanita. Langkah ini memperlihatkan keterbukaan dunia fesyen moden yang semakin merentasi sempadan gender dan geografi.
Pautan berkaitan: DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26
Milan dan Paris Fashion Week SS26 kali ini membuka tirainya dengan penuh glamor, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wajah tempatan.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
PARIS COUTURE WEEK 2025: KEHADIRAN TETAMU BERPRESTIJ
Paris Couture Week 2025 baru sahaja menutup tirai dengan koleksi-koleksi adibusana yang cukup hebat di mata fesyen.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men's SS26.