MASYADI MANSOOR ‘REDEFINED’ MAKNA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA
Dari jaket puffer ke pentas couture — MSYD bukan sekadar jenama, tetapi bahasa fesyen baharu. Dalam dunia fesyen streetwear Malaysia yang semakin tepu dengan trend segera dan rekaan cliche, muncul satu nama yang menentang arus Masyadi Mansoor ; pengasas jenama MSYD. Pada pandangan Masyadi, streetwear bukan lagi sekadar tentang hoodie, sneakers, dan slogan ringkas, ia menjadi wadah yang menggambarkan ekspresi seni.
MENCABAR NORMA, MENGGUGAH STRUKTUR
MSYD mula menarik perhatian di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini apabila mempersembahkan koleksi berjudul Legend Dystophia. Satu gabungan unik antara fantasi, cerita tempatan, dan siluet moden. Rekaannya penuh dengan permainan tekstur, struktur dramatik, dan lapisan kompleks yang memberi makna baharu kepada “avant-garde streetwear”. Setiap helaian menggambarkan kekuatan naratif Masyadi, seolah-olah bercerita tentang dunia distopia yang megah, namun sarat simbolisme tentang identiti dan moderniti.
MASYADI MANSOOR (MSYD)
Namun perjalanan Masyadi bukan tanpa liku. Pernah menyertai AirAsia Runway Ready Designer Search 2018, namun nasib tidak berpihak kepada Masyadi. Namun begitu, dari situ muncul tekad untuk membina sesuatu yang lebih besar daripada sekadar nama. MSYD lahir daripada semangat itu, menjadikan MSYD yang tidak bergantung pada trend terkini, sebaliknya menjadi “Trendsetter”. Kini, kolaborasinya bersama Skechers, AKEMI, H&M, Levis dan banyak lagi membuktikan bagaimana identiti streetwear oleh Masyadi Mansoor (MSYD) mampu bersaing di peringkat global.

‘TRENDSETTER’
MSYD bukan sekadar jenama fesyen, ia adalah simbol generasi muda yang berani mencipta ruang sendiri. Dalam setiap potongan puffer jacket atau siluet berlapis, ada gaya kebebasan dan keinginan untuk diiktiraf bukan kerana mengikut trend, tetapi kerana mencipta trend. Masyadi Mansoor tidak hanya “membina” pakaian, dia membina naratif tentang keberanian, tentang menjadi diri sendiri dalam dunia yang sering mahu kita seragam.
Artikel Berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “CREATIVE VISIONARY”- MASYADI MANSOOR
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.














