Skip to content

GL PLAYLIST: 10 LAGU IQIE BERSAMA INSOMNIACKS & DISTORTED PILIHAN GLAM LELAKI

GL PLAYLIST: 10 LAGU IQIE BERSAMA INSOMNIACKS & DISTORTED PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Gabungan Iqie bersama ahli kumpulan Insomniacks dan DISTORTED menghasilkan lagu yang menjadi karya hebat tempatan. 

Dikenali sebagai vokalis utama dan guitarist kumpulan Insomniacks dan juga salah seorang ahli trio DISTORTED, Iqie bukan sekadar penyanyi. Dia adalah antara suara muda yang membentuk landskap muzik alternatif tempatan hari ini. Dengan vokal unik, gaya santai dan karisma yang tulen, penerima Best Style GL The Man Awards 2025 ini berjaya menyeimbangkan dua dunia muzik yang berbeza: pop rock yang penuh emosi dan hip-hop eksperimental yang berani. Sempena GL The Man Awards 2025, GLAM Lelaki tampilkan GL Playlist, pendapat peribadi penulis GLAM Lelaki sendiri. Gabungan karya ikonik dan terbaru yang mencerminkan perjalanan seni, kematangan, serta semangat “kepala batu” yang menjadikan Iqie antara figura paling menarik untuk diperhatikan dalam industri muzik tempatan.

#1 Igauan Malam – Insomniacks

Lagu yang telah mencecah hampir 4 juta tontonan di YouTube ini merupakan hadiah dari Insomniacks buat peminat mereka, Maniacks. Cukup istimewa, peminat mereka turut mengambil bahagian dalam proses penulisan lirik Igauan Malam. Bersama Iskandar dan Danial, Iqie melancarkan Igauan Malam  pada tahun 2024 di dalam album TEMAN EP.

Terulang lagi perasaan iniMemori kubenci selalu kembaliTetap menghantui walau belum pejam mata

#2 Reminisensi – Insomniacks

Dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2020, Remininsensi semestinya menjadi salah satu lagu pilihan GLAM Lelaki. Dicipta oleh ahli Insomniacks sendiri, lagu ini cukup bermakna buat Insomniacks dan peminat mereka. Reminisensi yang membawa maksud mengenang masa lampau, seperti lirik lagu ini yang menyentuh hati. Reminisensi merupakan lagu pertama yang ditulis oleh Insomniacks bersama sebagai sebuah kugiran.

Indahnya sungguh cerita cintaWaktu kita gembiraWaktu tiada masalah

Undi: GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE

#3 SWITCH – DISTORTED

Selain daripada Insomniacks, Iqie juga berkait rapat dengan trio DISTORTED sebagai salah seorang ahli mereka. Berada di bawah nama Balo, Iqie disertai oleh Eneyeqay dan Sino dalam setiap lagu yang dilancarkan oleh DISTORTED. Lagu sulung mereka, SWITCH dipenuhi dengan rentak unik dan bahasa yang pelbagai seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Bahasa Korea. Ini membuktikan bakat kumpulan ini yang pelbagai.

Don’t mind me
I got too much soul
Matter fact i might switch up the flow like
알았어
어서 내게 보여줘
What you got to offer

#4 Kepala Batu – Insomniacks

Lagu bergenri pop rock dari Insomniacks semestinya menjadi kegemaran GLAM Lelaki. Ditulis dan compose oleh ahli Insomniacks sendiri, lagu ini disampaikan dengan lirik yang cukup berani dan bersemangat. Pertama kali mendengar lagu ini secara langsung membuatkan saya terfikir, “Lagu ini semestinya untuk konsert,”. Sinonim dengan perkataan ‘degil’, Kepala Batu turut membawa makna yang sama. Namun, dalam konteks yang lebih positif seperti mempercayai diri sendiri dalam membuat keoutusan dalam industri.

Biarku ikut nada suara hatiku
Tanpa rasa ragu
Ku yakin pada diriku
Tak nak keliru

#5 Pulang – Insomniacks

Lagu yang dikait rapat dengan Insomniacks sendiri, Pulang semestinya berada di dalam GL Playlist. Lagu sulung mereka ini semestinya mengubah hidup Insomniacks sebagai satu kugiran di Malaysia, menempah populariti. Berdasarkan perbualan bersama Iqie, Pulang asalnya ditolak daripada pelancaran. Oleh kerana kepala batu Insomniacks, mereka berkeras untuk melancarkan lagu ikonik ini. Kini, bukan hanya di Malaysia, malah penyanyi di luar negara seperti Jacob dari THE BOYZ turut menyanyikan lagu ini. Cukup ikonik, muzik video Pulang turut mencecah 40 juta tontotnan di YouTube.

Kenangan yang telah berlaluTakkan ku lupaHanya engkau yang aku mahuSudah tentu

#6 BUSSDOWN – DISTORTED & JOEK

Dengan beat berat dan lirik penuh gaya, BUSSDOWN memperlihatkan sisi eksperimental trio DISTORTED, kolaborasi bersama JOEK. Lagu ini menggabungkan elemen hip-hop moden dengan produksi yang tajam. Menerusi lagu ini, ia menunjukkan kemampuan Iqie dan kumpulannya untuk bereksperimen di luar genre asal mereka. BUSSDOWN juga menjadi antara lagu yang paling digemari oleh peminat kumpulan ini kerana energinya yang “fresh” dan berani.

Causing a commotion
Chat to me about a bigger motivation
Imma need just a little conversation
If you don’t mind a little sensation

#7 Overdrive – Insomniacks & Killa Driz

Kerjasama antara Insomniacks dan Killa Driz dalam Overdrive memberikan nafas baharu kepada muzik mereka. Gabungan melodi metal dan r&b menjadikan lagu ini penuh tenaga dan bertenaga. Bagi saya, Overdrive adalah antara kolaborasi yang paling menyeronokkan kerana mereka dapat bereksperimen dengan gaya masing-masing tanpa kehilangan identiti asal.

I’ll be on the way (you’ll see me)Tired of playing games (believe me)You and I will never beStuck in overdrive

#8 Temani Hati – Insomniacks

Sebuah lagu yang lembut dan penuh perasaan, Temani Hati memperlihatkan sisi lebih matang dalam penulisan lirik serta arah muzik Insomniacks. Dikeluarkan pada tahun 2024, lagu ini merupakan sebahagian daripada TEMAN EP, projek yang menampilkan sisi lebih jujur dan peribadi buat kugiran tersebut. Dari segi melodi, Temani Hati tampil dengan susunan muzik yang tenang dan mendalam, menonjolkan kekuatan vokal Iqie yang penuh emosi. Lagu ini turut menjadi lagu kegemaran peribadi penulis GLAM Lelaki.

Masih ingatkah dengan ku?Tunggu aku ‘tuk kembaliNanti ku kembali

#9 Seperti Dulu – Insomniacks

Dilancarkan pada tahun ini, Ogos 2025, Seperti Dulu merupakan single terkini dari Insomniacks. Lagu ini merupakan surat cinta dari Insomniacks buat Maniacks, peminat mereka. Lagu ini turut membawa pendengar menyusuri rasa rindu dan nostalgia terhadap masa lalu. Dengan melodi sentimental dan susunan muzik yang perlahan tetapi sarat emosi, Seperti Dulu mempamerkan sisi lebih reflektif kumpulan ini. Liriknya yang jujur dan tulus membuatkan ramai pendengar dapat merasai kedekatan dengan mesej yang disampaikan. Rasa kehilangan, keikhlasan, dan kerinduan untuk kembali ke masa yang tidak mungkin berulang.

Yakin ku takkan meninggalkanmuHingga ke hujung waktu ku genggam tanganmuHanya ini yang aku mahuJika ku bisa putar ke masa lalu

#10 TELL EM – DISTORTED. Asyraf Nasir & Yonnyboii

Menutup senarai, TELL EM merupakan kolaborasi mantap antara trio DISTORTED bersama Asyraf Nasir dan Yonnyboii. Dilancarkan pada 2024, lagu ini menggabungkan elemen hip-hop dan trap moden dengan gaya produksi yang tajam serta beat yang bertenaga. Dari segi mesej, TELL EM membawa semangat keyakinan diri dan keteguhan dalam mengejar impian. Ia mencerminkan personaliti berani setiap artis yang terlibat, terutama Iqie (atau Balo dalam DISTORTED).

I must confessGotta take it off my chestAll the talk it’s time to walkBoutta teach these fools just how we do

Pautan berkaitan: THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

Bacaan Lanjut
RUFFEDGE HADIAHKAN KONSERT RUFFERA ‘THAT MOMENT IN TIME’ BUAT PEMINAT

RUFFEDGE HADIAHKAN KONSERT RUFFERA ‘THAT MOMENT IN TIME’ BUAT PEMINAT

Bacaan Lanjut

“KAMI AKAN KEMBALI DAN MENGADAKAN KONSERT JELAJAH PADA MASA HADAPAN.” – NEW HOPE CLUB

Bacaan Lanjut