SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA
LahLahLand 2025: Bersatunya budaya, komuniti serta gaya hidup anak muda di Malaysia di satu tempat yang sama!
Bersiap sedia untuk acara gaya hidup paling epik tahun ini apabila konvensyen kasut dan streetwear terbesar di Malaysia melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran LahLahLand 2025. Festival pelbagai hari ini bakal berlangsung pada 1 dan 2 November 2025 di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Menandakan ulang tahun ke-10 SneakerLAH, edisi kali ini menjadi evolusi semula jadi ke arah sebuah perayaan budaya kontemporari yang lebih besar. Acara kali ini menggabungkan dunia fesyen, muzik, permainan video, makanan, sukan dan seni di bawah satu bumbung.
LahLahLand 2025 mengekalkan roh asal SneakerLAH sambil memperluas skopnya kepada pelbagai segmen baharu di bawah payung “LAH”. Ini menjadikannya sebuah perhimpunan besar yang menyatukan komuniti, jenama dan pencipta dalam suasana penuh tenaga dan kreativiti. Pengunjung bakal menikmati gabungan pengalaman imersif yang merangkumi pelancaran produk eksklusif. Antaranya ialah kolaborasi SneakerLAH x Undefeated dan showmatch permainan Honor of Kings. Serta, deretan hidangan menarik di MakanLAH. Turut menampilkan jenama makanan popular seperti Chef Kecik, Genki Sushi, Lissette’s, Tim Hortons, Lim Fried Chicken, BHC Chicken, Super Saigon dan HWC Coffee.
Baca: 7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Persembahan Istimewa Di ConcertLAH
Suasana festival turut dipanaskan lagi dengan ConcertLAH, yang menyaksikan kolektif hip hop tempatan RTB (Raising The Bar). Ulang tahun ke-15 mereka diraikan dengan barisan artis seperti 53 Universe, ABANGSAPAU dan Hullera. Selain itu, Moongekk, Sicarios, Adam Imanullah, PFTD dan DJ Vin turut ada di hari pertama. Hari kedua pula menampilkan persembahan penuh tenaga daripada Noh Salleh, No Good, Lunadira, Empty Page. Serta set DJ oleh Emo Night KL, Karpet Terbang dan Disko Santan, memastikan dua hari yang sarat dengan muzik dan budaya jalanan.
Bagi penggemar sukan dan gaya hidup aktif, SkateLAH yang dikuasai oleh New Balance menampilkan mini skatepark oleh Showroom untuk peminat papan selaju. Manakala PickleLAH oleh ON3 x Hundred memperkenalkan sukan pickleball dengan perlawanan jemputan dan aktiviti santai untuk pengunjung. Dalam masa yang sama, MainMainLAH bakal memikat penggemar seni dan koleksi. Pameran mainan pereka edisi terhad seperti Bearbricks dan Labubus turut ada. Untuk peminat automotif pula, CarsLAH dibawakan oleh OMODA JAECOO selaku rakan automotif rasmi. Turut meneyrtai mereka, Venturi Motors dan tuner Porsche terkenal RWB, menjadikan ia tarikan utama buat pencinta kereta.
Baca: GL PLAYLIST: 10 LAGU IQIE BERSAMA INSOMNIACKS & DISTORTED PILIHAN GLAM LELAKI
Jenama-Jenama Terlibat Dalam Anjuran LahLahLand
Ruang eksklusif RekaLAH VIP Lounge turut disediakan sebagai tempat pertemuan dan pertukaran idea bagi pencinta reka bentuk dan pemegang tiket VIP. Selain jenama-jenama kegemaran seperti Against Lab, Hikari Riders, Futuremade Studio, Stoned & Co., Peak KL, Water The Plant dan Hundred Percent, festival ini turut menampilkan nama-nama besar antarabangsa seperti Casio, G-Shock, Hoka, Montigo, Anaabu, Headers dan Suunto.
Tidak ketinggalan, LahLahLand Marketplace menjanjikan deretan vendor yang menawarkan pelbagai barangan. Dari sneakers, pakaian vintaj, koleksi seni, dekorasi rumah hingga ke aksesori dan barangan terpakai selebriti. Sepanjang hujung minggu, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk kolaborasi eksklusif, cabutan bertuah, pameran interaktif, panel perbincangan, permainan percuma serta persembahan langsung yang menghidupkan suasana festival sepanjang dua hari.
Menurut pengasas SneakerLAH, Bryan Chin, LahLahLand merupakan langkah seterusnya dalam perjalanan yang bermula sedekad lalu. “Kami mahu SneakerLAH berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar. Sesuatu yang bukan hanya tentang sneakers, tetapi juga tentang semangat komuniti kami. LahLahLand ialah bab seterusnya, satu perayaan terhadap segala yang kami cintai, dihimpunkan di bawah satu bumbung besar,” jelasnya.
LahLahLand 2025 turut mendapat sokongan daripada rangkaian rakan kongsi dan penaja termasuk Mountain Dew, Grab Dine Out, OMODA JAECOO, Undefeated, New Balance, Main-Main, ON3 x Hundred, dan #iamReka, bersama rakan media rasmi HITZ, ERA, Tonton, World of Buzz, Lobak Merah, dan Noodou. Acara ini juga diadakan dengan kerjasama Ploom. Dengan gabungan budaya, komuniti dan gaya hidup yang tiada tandingan, LahLahLand 2025 bersedia untuk menjadi acara paling dinantikan tahun ini. Ia menjadi satu perayaan besar yang meraikan segala bentuk ekspresi kreatif di Malaysia.
Pautan Berkaitan: KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025
GL The Man Awards 2025 buat pertama kalinya meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.
KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE
Band pop rock hangat Malaysia, empty page. membawa nama mereka ke seluruh negara dengan bakat mereka yang tersendiri.
CASETIFY LANCAR KOLABORASI BERSAMA JENAMA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA, PESTLE & MORTAR CLOTHING
Buat julung kali, CASETiFY mengumumkan kolaborasi pertama bersama jenama fesyen streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing untuk menampilkan koleksi aksesori teknologi terkini.
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI
Lebih empat bulan mengikat tali pertunangan, Noh Salleh kini sah menjadi milik wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapha.
SUPERSUNDAY BUKTIKAN MASIH BERBISA DI KLFW2023
Jenama streetwear tempatan, SUPERSUNDAY mempersembahkan koleksi ‘The Runway’ yang turut sama memperkenalkan Raffiq Corbin sebagai Pengarah Kreatif Bersama baharu.