RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki memilih 10 best look yang menjadi pilihan kami pada hari acara GL The Man Awards 2025, bertemakan black & sleek.
Acara GL The Man Awards yang pertama telah berlangsung pada 30 Oktober 2025. Buat pertama kalinya, GLAM Lelaki meraikan individu-individu berpengaruh dalam dunia fesyen tempatan. Dengan bangganya, GLAM Lelaki mempersembahkan acara berprestij yang diadakan buat julung kalinya tahun ini. Anugerah ini menghargai lelaki yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya masing-masing, tetapi juga memiliki gaya, karisma dan pengaruh yang mampu mencetus inspirasi. Lebih istimewa, penyanyi dan ikon fesyen, Hael Husaini, turut dilantik sebagai Co-Chair bagi pemilihan para pemenang.
Edisi pertama ini menandakan permulaan kepada sebuah tradisi baharu, dengan 10 anugerah eksklusif bakal diberikan kepada individu yang menyerlah dalam pelbagai bidang. Tahun ini juga, pembaca GLAM Lelaki berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah apabila mereka boleh mengundi pemenang bagi kategori Style’s Choice. Daripada keseluruhan kategori, sembilan pemenang akan dipilih secara teliti oleh pihak editorial GLAM Lelaki bersama Hael Husaini, manakala satu anugerah khas, GL The Man Awards 2025 Style’s Choice telah ditentukan sepenuhnya melalui undian pembaca. ALPHA merupakan pemenang pertama Style’s Choice 2025. Bertemakan black & sleek, para tetamu hadir dengan penuh gaya dari setiap jenama pilihan masing-masing. GLAM Lelaki
#1 Broyawn

#2 ALPHA

#3 Jack Gohr
#4 Pipirazi

#5 Hazwan & Muzammil (ASAL Lelaki)
#6 Jansen

#7 Zic, Zac, Alif (Empty Page)

#8 Rafael
#9 Zhen Ning
#10 Daniel Fleischer

Pautan berkaitan: PENUH GAYA DAN KARISMA : ALPHA DINOBATKAN PENERIMA STYLE’S CHOICE AWARD DI GL THE MAN AWARDS 2025
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA
Sebagai penghias muka hadapan isu September 2026 GLAM Lelaki, ALPHA turut berkongsi wangian kegemaran mereka.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI
Antara sorotan utama pada hari pertama KLFW 2026 ialah kehadiran ALPHA dalam dua pertunjukkan fesyen dalam hari yang sama.















