Skip to content

KOSPET TANK T4 & M4: GAYA MASKULIN YANG DITEMPA UNTUK KETAHANAN

Kongsikan artikel ini

KOSPET TANK T4 dan TANK M4. Dihasilkan untuk mereka yang hidup dengan gaya aktif dan lasak.  Dua model ini bukan sekadar peranti pintar, tetapi simbol kecekalan dan gaya hidup aktif moden.

Dengan reka bentuk yang diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui Anugerah Reka Bentuk MUSE 2025 dan Anugerah Reka Bentuk London, siri TANK hadir di bawah tema “Trust Anchored, Horizons Ignited”. Diperkuat oleh Cole Hocker, pemenang pingat emas Olimpik 2024 sebagai duta rasmi jam tangan ini.

MIL-STD-810H 

Diperakui mengikut piawaian ketenteraan MIL-STD-810H dan rintangan air 10ATM/IP69K, kedua-dua model direka untuk menempuh cabaran ekstrem dari gunung ke dasar laut. Rangka titanium ringan, paparan AMOLED Corning® Gorilla® Glass, serta bateri kobalt tulen 500mAh yang mampu bertahan sehingga 15 hari, menjadikan KOSPET T4 dan M4 antara jam tangan paling tahan di kelasnya.

TEKNOLOGI UNTUK PENGEMBARA MODEN

KOSPET menaik taraf fungsi navigasi dengan GNSS dwi-jalur dan enam sistem satelit global. Disertakan peta luar talian dan import laluan GPX/KML. Ia memastikan ketepatan lokasi walaupun di kawasan terpencil. Tidak ketinggalan, mod selaman profesional membolehkan pengguna menjejak kedalaman, suhu dan masa menyelam sehingga 45 meter. Menjadikan KOSPAT ini teman ideal buat penyelam dan pengembara tegar.

GAYA HIDUP, KESIHATAN DAN KONEKTIVITI

Melangkaui kecergasan, TANK T4 dan M4 turut dilengkapi 160 mod latihan melalui aplikasi Apexmove. Selain penjejakan kesihatan komprehensif dari segi kadar nadi, oksigen darah, tekanan dan tidur. Tambahan fungsi seperti panggilan Bluetooth, notifikasi pintar, dan taklimat pagi automatik menjadikan peranti ini bukan sekadar jam tangan, tetapi pelengkap gaya hidup lelaki moden.

Artikel Berkaitan: BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENAMPILAN SELEBRITI PENUH GAYA DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

Bacaan Lanjut