OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
Oskar Lee akui dirinya kini semakin matang. Baik dalam pemilihan gaya juga menjalani kehidupan. Oskar Lee ternyata mendefinisikan gaya moden dan aspirasi. Menekankan evolusi serta perkembangan diri dan cita rasa.
Bagaimana perjalanan anda dalam dunia kecergasan dan penciptaan kandungan bermula?
Saya memang aktif dalam sukan sejak kecil. Ketika bersekolah di asrama di UK dan US, saya bermain bola sepak, skuasy, golf dan juga menyertai acara trek. Saya bertuah kerana dapat berlatih dengan antara yang terbaik, jadi secara semula jadi, kecergasan sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Dari situlah minat terhadap penciptaan kandungan muncul. Dunia kini gemar melihat perjalanan seseorang, dan saya rasa seronok berkongsi sedikit kisah serta perkembangan diri saya.
Bagaimana anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah ia berubah dari masa ke masa?
Gaya saya memang banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, dan kini ia berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang dan tersusun. Saya bermula dengan jenama seperti Off-White dan Supreme, kemudian beralih ke Chrome Hearts, sebelum mendalami gaya Prada dan YSL. Kalau dulu gaya saya lebih ‘garang’ dan menonjol, kini saya lebih menghargai keselesaan, kualiti dan keabadian sesuatu rekaan. Bukan sekadar berbelanja RM3–6k untuk sehelai T-shirt demi ‘posting’ di Instagram. Sekarang saya membeli lebih sedikit, tetapi setiap helaian yang saya miliki ada nilai dan tujuannya tersendiri.
Bagaimana anda kekal mengikuti perkembangan gaya lelaki semasa?
Saya suka mengikuti ikon fesyen, pemain bola dan penyanyi rap. Individu yang benar-benar punya gaya dan kreativiti tersendiri. Mereka inilah yang mencetuskan trend kerana mereka berani menonjolkan keperibadian melalui gaya berpakaian.
Saya tidak pernah tertarik dengan gaya “Lululemon + Polo” . Ia terlalu selamat bagi saya. Anda takkan nampak saya memakai baju polo atau kemeja kerja. Saya suka tampil berbeza. Bagi saya, gaya seharusnya mencerminkan keyakinan, bukan sekadar ikut kebiasaan.
Adakah terdapat trend atau aksesori tertentu yang anda minati ketika ini?
Ketika ini, gaya santai dan potongan “oversized” sedang mendominasi. Kita boleh lihat di mana-mana. Baju longgar, crocs, dan gaya kasual semakin menjadi pilihan. Namun, mudah juga untuk membezakan siapa yang berpakaian dengan niat dan personaliti, berbanding mereka yang sekadar mengikut arus trend. Saya sendiri lebih tertarik kepada aksesori dan barang kemas yang punya cerita dan nilai abadi, bukannya fesyen sementara yang cepat dilupakan.
Projek paling diingati dalam ingatan anda setakat ini?
Tahun ini benar-benar luar biasa. Trip media sentiasa menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terutamanya apabila berpeluang melalui detik luar biasa seperti melihat David Beckham hanya lima tapak di hadapan saya. Itu adalah untuk kempen Chanel, dan ia sememangnya pengalaman yang menakjubkan.
Nasihat untuk mereka yang baru memulakan perjalanan kecergasan?
Cuba semuanya. Kelas spin, pilates, yoga, latihan kekuatan, larian. Kenal pasti apa yang anda benar-benar gemari dan lakukan secara konsisten. Kecergasan hanya mampu mengubah hidup apabila ia menjadi rutin, bukan sekadar aktiviti seminggu sekali. Konsistensi itulah rahsia sebenar kejayaan.
Siapakah yang menjadi sumber inspirasi anda?
Ia sentiasa berubah mengikut masa. Ikon sepanjang zaman saya ialah River Phoenix, Brad Pitt dan Leonardo DiCaprio. Lelaki dengan gaya abadi dan karisma tersendiri. Namun kebelakangan ini saya banyak terinspirasi oleh Central Cee dan A$AP Rocky. Mereka berjaya menggabungkan gaya streetwear dan kemewahan dengan begitu natural. Lantang tetapi tetap bergaya. Banyak penampilan saya diinspirasikan oleh keseimbangan antara keaslian dan ketajaman seperti mereka.
Projek akan datang?
Tahun 2025 benar-benar membawa tuah. Saya berpeluang menjadi sebahagian daripada pasukan impian saya, dan saya tidak sabar untuk mempersembahkan lebih banyak kandungan daripadanya! Petunjuk sedikit untuk anda. Ia melibatkan buah kegemaran semua orang, dan besar kemungkinan anda sedang menggunakan sistem operasinya sekarang.
Apa yang ingin anda capai sebelum mencecah usia 35 tahun?
Kebebasan kewangan. Supaya saya dapat mengembara dengan selesa dan menjalani kehidupan dengan tujuan yang jelas. Saya baru sahaja memulakan kerjaya sepenuh masa dalam bidang Jualan Korporat, dan ia terasa seperti satu perubahan yang menyegarkan daripada kebisingan dunia media sosial.
Saya berharap agar saya masih terus berkembang dan masih teruja terhadap kehidupan. Dunia hari ini bergerak pantas dan penuh persaingan. Kita tidak mampu mengawal segalanya tetapi kita boleh kekal konsisten dan autentik. Saya mahu suatu hari nanti, apabila saya menoleh ke belakang, saya tahu saya telah hidup dengan niat, bukan ketakutan.
Artikel berkaitan: MUQH MAZELAN, “MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOUR CHARACTER AND YOUR PERSONALITY.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.











