6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Dalam dunia serba pantas hari ini, lelaki moden tidak lagi melihat kejayaan hanya pada pangkat atau pencapaian kerjaya. Keseimbangan antara kesihatan fizikal, ketenangan mental dan disiplin diri kini menjadi ukuran baharu bagi lelaki berwawasan. Dari pelakon hingga juruterbang, 6 personaliti ini membuktikan bahawa gaya hidup sihat bukan sekadar trend, tetapi satu komitmen terhadap diri sendiri.
#1 DR. SAY SHAZRIL
Sebagai doktor perubatan, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say, memahami makna sebenar kesihatan. Namun, di sebalik jadual padat dan tanggungjawab sebagai figura kesihatan, dia tetap memperuntukkan masa untuk berlari dan bersenam. Baginya, setiap langkah larian bukan hanya untuk kecergasan, tetapi juga untuk keseimbangan mental.
#2 IKMAL AMRY
Sebagai pelakon dan model, Ikmal Amry mengekalkan bentuk badan dan tenaga dengan rutin larian serta latihan kekuatan. Di sebalik wajah tampan dan karisma di depan kamera, dia adalah individu yang sangat disiplin. Gaya hidup aktifnya membuktikan bahawa keyakinan sebenar datang daripada diri yang cergas dan minda yang fokus.
#3 HARIZ HAMDAN
Namanya semakin dikenali bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi juga sebagai duta jenama ASICS Malaysia. Bagi Hariz Hamdan, berlari bukan sekadar aktiviti kecergasan. Ia adalah ruang untuk refleksi diri. Di tengah kesibukan dunia lakonan, Hariz menjadikan larian sebagai terapi untuk menenangkan minda dan memperkukuh daya tahan diri.
#4 ADIB AIDIL
Kerjaya sebagai juruterbang memerlukan fokus tinggi, stamina dan disiplin masa yang tinggi. Tiga perkara yang turut juga diterapkan Adib dalam rutin kecergasannya. Walaupun kerap berada di langit, dia memastikan untuk terus aktif di darat dengan aktiviti larian dan senaman ringan. Bagi Adib, menjaga tubuh sama pentingnya dengan menjaga tanggungjawab di kokpit.
#5 MEERQEEN
Di usia muda, Meerqeen bukan sekadar pelakon berbakat tetapi juga individu yang aktif dalam dunia sukan. Dalam menempa nama di layar kaca, dia juga seorang pemain bola sepak kepada Maqnus FC. Semangat kompetitif itu masih mengalir dalam dirinya. Jadual kerja padat tidak menghalangnya untuk terus bersenam dan mengekalkan gaya hidup sihat.
#6 RAHIMIE AFFANDIE
Sebagai seorang consultant, model dan juga pempengaruh , Rahimie Affandie memilih larian sebagai cara untuk mengekalkan keseimbangan diri. Walaupun sibuk dengan urusan pejabat, Rahimie tetap konsisten berlari setiap minggu. Larian baginya bukan sekadar senaman, tetapi cara untuk menenangkan fikiran dan mencari inspirasi baharu dalam kerjayanya.
Dari doktor hingga pelakon, dari juruterbang hingga perunding kewangan mereka ini mewakili generasi lelaki moden yang tahu bahawa kejayaan sejati datang dari keseimbangan antara kerjaya dan kesihatan. Dalam dunia yang sentiasa menuntut lebih, mereka memilih untuk bergerak. Mdereka bukan sekadar ke hadapan dalam kerjaya yang diceburi, tetapi juga dalam diri sendiri.
Artikel Berkaitan: INSPIRASI LELAKI MODEN: KETAHANAN, DISIPLIN & GAYA HIDUP SIHAT
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.











