INSPIRASI LELAKI MODEN: KETAHANAN, DISIPLIN & GAYA HIDUP SIHAT
Dalam dunia lelaki moden hari ini, kesihatan dan keseimbangan bukan lagi pilihan malah ia merupakan satu keutamaan bagi mereka. Lelaki kini lebih terbuka untuk bercakap tentang kesihatan fizikal, mental dan gaya hidup yang menyeluruh. Mereka bukan sahaja mahu “kelihatan sihat”, tetapi mahu kesihatan yang menyeluruh dari dalam dan luar. Sempena meraikan Hari Lelaki Sedunia tak lama lagi, GLAM Lelaki menyorot beberapa figura yang menjadi inspirasi yang masing-masing membawa definisi tersendiri tentang apa ertinya menjadi lelaki moden: berkarisma, berdisiplin, dan berprinsip.
#1 Mierul Aiman
Pelakon muda ini membuktikan bahawa kecergasan dan fokus tidak hanya penting untuk watak di layar, tetapi juga untuk kehidupan sebenar. Melalui latihan kickboxing, Mierul Aiman menyalurkan energinya untuk membina kekuatan mental dan fizikal. Sukan ini bukan sekadar seni mempertahankan diri bagi Mierul, ia cara untuk melatih disiplin diri, kawalan diri dan ketenangan minda.
#2 Hakiminoordin
Sebagai seorang model yang aktif, Hakiminoordin menjadikan larian sebagai bentuk meditasi. Setiap langkah di jalanan kota menjadi ruang untuk refleksi dan pelepasan tekanan. Bagi Hakiminoordin, kesihatan bukan hanya tentang tubuh yang fit, tetapi juga fikiran yang tenang.
#3 Hairul Azreen
Ikon aksi tempatan ini sudah sinonim dengan kecergasan. Namun bagi Hairul Azreen, kekuatan sebenar datang daripada konsistensi dan semangat yang tidak pernah padam. Latihan intensif, pemakanan sihat dan jadual teratur menjadi sebahagian daripada rutin hidupnya.
#4 Syed Saddiq
Sebagai figura politik muda yang aktif bersukan, Syed Saddiq memandang kesihatan sebagai tanggungjawab besar kepada dirinya sendiri. Dari gym hingga acara larian amal, Syed Saddiq juga menunjukkan bahawa kesihatan fizikal dan kepimpinan saling berkait. Dalam dunia yang menuntut ketahanan mental dan emosi, dia membuktikan bahawa kecergasan adalah asas kepada fokus dan produktiviti.
#5 Nik Rifaie
Pelari maraton ini melambangkan semangat “urban athlete” yang mengimbangi karier dan kecergasan tanpa mengorbankan satu pun. Nik Rifaie sering berkongsi bahawa setiap kilometer yang dilalui adalah simbol ketahanan diri.Bagi Nik, berlari bukan tentang kelajuan, tetapi tentang ketahanan untuk terus bergerak. Walaupon perlahan, yang penting tidak berhenti.
#6 Salman Farish
Sama ada di atas jalan dengan basikalnya atau di trek larian, Salman Farish menjadikan pergerakan sebagai terapi. Aktiviti sukan menjadi cara untuk kekal fokus, sambil membina stamina dan disiplin diri. Dalam dunia digital yang penuh tekanan, Salman membuktikan bahawa keseimbangan hidup boleh dicapai melalui gaya hidup aktif dan hubungan sihat dengan alam.
#7 Fazziq Muqris
Sebagai peluncur ombak muda yang mencintai laut, Fazziq Muqris membawa inspirasi bahawa kesihatan juga datang daripada ketenangan jiwa. Bagi Fazziq, sukan surfing bukan hanya tentang gaya atau keberanian, tetapi juga tentang mendengar ritma alam dan menghormati tenaga semula jadi.
Daripada gelanggang kickboxing hingga ke laut, setiap individu ini mencerminkan sisi berbeza lelaki moden. Kuat tetapi lembut, fokus tetapi tenang. Mereka membuktikan bahawa inspirasi lelaki hari ini tidak diukur pada kekar tubuh semata, tetapi pada cara mereka menjaga diri dan terus berkembang. Kerana menjadi lelaki moden adalah tentang menjaga keseimbangan antara gaya hidup sihat, berdisiplin, dan menyayangi diri sendiri.
Artikel Berkaitan: NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











