5 FILEM LAKONAN QI RAZALI YANG WAJIB DITONTON SEMULA
Nama Qi Razali bukan asing dalam industri hiburan tempatan. Dia dikenali sebagai hos, pelakon dan juga pengarah yang sentiasa tampil dengan karisma tersendiri. Dari watak serius hingga komedi santai, Qi membuktikan versatiliti yang menjadikan setiap lakonannya meninggalkan kesan. Berikut lima filem lakonannya yang wajib anda tonton semula.
#1 Anak Jantan (2013)
Dibintangi oleh pelakon A-list tempatan seperti Bront Palarae, Nora Danish, Farid Kamil, Dato’ Rahim Razali, Pablo Amirul, Qi Razali dan Azhan Rani. Anak jantan berkisar tentang kisah hidup Darin yang dibayangi masa silamnya. Gaya hidupnya berubah apabila dia jatuh hati terhadap gadis desa bernama Nora. Filem aksi arahan Aziz M. Osman ini memperlihatkan sisi maskulin Qi sebagai seorang anggota tentera yang berdepan konflik antara tanggungjawab dan perasaan. Anak Jantan menonjolkan Qi dalam watak penuh disiplin dan emosi, menjadikannya antara peranan paling kuat dalam kerjayanya.
#2 War on Terror: KL Anarki (2018)
Dalam filem aksi futuristik ini, Qi membawakan watak penuh intensiti di tengah-tengah kekacauan dan pergolakan ibu kota. Dengan adegan pertarungan yang mendebarkan dan sinematografi bergaya neo-noir, KL Anarki menjadi bukti kemampuan Qi untuk menyesuaikan diri dalam genre aksi yang moden dan berani.
#3 Babah (2023)
Filem ini memaparkan sisi lebih matang dan emosional Qi Razali. Ia mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa dalam menghadapi cabaran kehidupan. Babah turut mempertemukan Qi dengan pelakon Sweet Qismina yang menyerlah dengan kehadiran semula jadinya di layar. Sweet Qismina melengkapkan dinamik emosi antara watak-watak utama. Gabungan mereka berdua menjadikan Babah sebuah naskhah yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan nilai kasih sayang yang menyentuh hati.
#4 Reversi (2011)
Reversi merupakan sebuah filem romantik cereka sains Malaysia 2024 arahan Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Hasnul Rahmat, Vanida Imran, Azhan Rani, Zahiril Adzim dan Qi Razali. Ia mengisahkan tentang cinta seorang suami yang tidak berkesudahan kepada isteri dan anak lelakinya, yang berusaha sehabis baik untuk membetulkan kesalahannya pada masa lalu untuk masa depan yang lebih baik. Sebagai filem psikologi-thriller, Reversi menonjolkan Qi dalam karakter yang kompleks dan misteri. Jalan cerita yang mind-blowing serta gaya penceritaan tidak linear memberi ruang kepada Qi untuk memperlihatkan kedalaman emosinya sebagai pelakon yang berani mencabar diri.
#5 Anak Mami Nasi Kandaq (2008)
Sedikit berbeza daripada watak-watak seriusnya, filem komedi romantik ini menampilkan sisi ringan Qi Razali bersama pelakon popular era itu. Anak Mami Nasi Kandaq menjadi antara filem yang memperkenalkan Qi kepada khalayak umum. Filem ini menyerlahkan lagi pesonanya sebagai pelakon yang versatil dan disukai ramai.
Artikel Berkaitan: GLAM LELAKI SENARAIKAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-34
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi terbaharu mereka buat Autumn-Winter 2027.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.











