Skip to content

RAY-BAN X JEFF SATUR: IKON UNTUK LELAKI MODEN KINI

Kongsikan artikel ini

Ray-Ban kembali mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kaca mata paling ikonik di dunia dengan kempen terbaharu, “Worn by Visionaries, Loved by Generations”. Menampilkan artis sensasi Asia, Jeff Satur, untuk tahun kedua berturut-turut. Melalui kolaborasi ini, Ray-Ban X Jeff Satur bukan hanya meraikan gaya tetapi ia  meraikan individu, keberanian berekspresi dan evolusi identiti lelaki moden.

Kempen ini mencipta naratif visual yang menggabungkan reka bentuk kekal (timeless) dengan sentuhan kontemporari, menampilkan garisan bersih, gaya berkarakter, serta elemen tailoring berinspirasi Asia yang memberi definisi baharu kepada sofistikasi moden.

KOLEKSI KACA MATA TERBAHARU RAY-BAN X JEFF SATUR

Sebagai figura yang berkembang dalam dunia fesyen, muzik dan lakonan, Jeff Satur membawa aura yang tepat: elegan, penuh emosi dan tidak takut mencuba sesuatu yang baharu. Ray-Ban melambangkan individualiti, keyakinan dan nilai yang sangat dekat dengan diri pemakai nya. Kempen ini menggabungkan elemen elegan klasik dengan sentuhan moden, dan mengekspresikan diri tanpa kompromi.

Ray-Ban memperkenalkan empat gaya utama yang menampilkan inovasi teknologi, perincian metalik dan keselesaan yang direka khusus untuk struktur wajah Asia.

1. CONTEMPORARY STYLE METAL (RB3774D)

Model metalik moden dengan bentuk “edgy” serta kemasan berkilat yang memberi keseimbangan antara aura vintage dan sofistikasi kontemporari. Rekaan metal premium, pilihan warna lens pelbagai dan padanan selesa untuk low-bridge fit. Gaya ini ideal untuk lelaki yang mahukan sentuhan maskulin dengan karakter minimal yang tajam.

2. SEAMLESS (RB4466D)

Model “shield lens” satu keping yang futuristik dan berani. Antara pilihan statement untuk mereka yang mahukan sisi avant-garde tanpa berlebihan. Ini adalah kaca mata untuk lelaki yang gemar melangkaui trend dan mencipta gaya sendiri. Rekaan monolens, Siluet moden dan sporty serta rekaannya yang lebih sleek & bold.

3. RIMLESS TITANIUM (RX8783D)

Ray-Ban memberi nafas baharu kepada trend rimless dengan rekaan titanium ringan, premium dan versatile. Dengan pemggunaan titanium ultra ringan, rekaan minimalis dan elegan sesuai untuk gaya formal & kasual. Sangat sesuai bagi lelaki sofistikated yang mengutamakan fungsi dan keanggunan ringkas.

4. COPPER-TITANIUM COLLECTION (RX7550)

Diperbuat daripada aloi Copper Titanium NKT322, direka untuk mereka yang mahukan ketahanan, gaya dan sains dalam satu bingkai. Hypoallergenic. Rekaannya yang ringan tetapi kuat serta teknikal sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Model ini mencerminkan komitmen Ray-Ban terhadap inovasi dan kelestarian melalui penggunaan bahan yang lebih mampan.

Dengan kempen ini, Ray-Ban membuktikan satu perkara penting iaitu gaya tidak pernah ketinggalan zaman. Malah ia berevolusi bersama mereka yang memakainya. Jeff Satur menjadi wajah generasi baharu yang tidak takut tampil unik, versatile dan penuh personaliti. Dan Ray-Ban kekal menjadi bahasa universal untuk ekspresi diri.

Artikel Berkaitan: THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH 

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LELAKI ASIA PARIS FASHION WEEK SS26

BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025

10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025

Bacaan Lanjut

TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS

Bacaan Lanjut

JEFF SATUR: BINTANG THAILAND YANG MENAWAN RAMAI HATI

Bacaan Lanjut

ERA BAHARU RAY-BAN BERSAMA JEFF SATUR

Bacaan Lanjut

RAY-BAN KINI MEMBUKA STOR TERBESARNYA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut