Skip to content

THE ORDINARY MEMPERKENALKAN SET HADIAH MINI: RINGKAS, PRAKTIKAL & SIAP UNTUK DIRAIKAN

Kongsikan artikel ini

Musim perayaan 2025 membawa cabaran dan tekanan tersendiri. Tetapi ramai kini memilih untuk mencari kebahagiaan melalui momen kecil yang sederhana. Memahami keperluan ini, The Ordinary memperkenalkan koleksi Holiday Sets yang direka untuk mencetuskan rasa gembira tanpa membebankan. Hadiah yang mudah, thoughtful, dan penuh makna. The Ordinary mengambil pendekatan “All Joy, No Stress”. Hadiah yang siap dibungkus, mudah dipilih dan sesuai untuk semua jenis kulit. Enam set baharu direka khas untuk memudahkan rutin perayaan anda.

BOOST ON-THE-GO: THE SOOTHING & BARRIER SUPPORT SERUM SET

Set ini ialah pilihan universal untuk pemulihan kulit, tampil dalam saiz mini bersama pouch keychain dan pelekat khusus kepada para pengguna The Ordinary. Hero Product: Soothing & Barrier Support Serum 15ml.  Formulasi multi-aktif yang membantu memulihkan skin barrier, meredakan ketidakselesaan, dan mengurangkan kemerahan akibat iritasi sambil memberi hidrasi segera. Sesuai untuk semua jenis kulit, ia memberikan tekstur kulit lebih halus dan berseri.

THE MINI ICONS SET: TRIO IKONIK UNTUK GLOW SEPANJANG MUSIM

Set ini menghimpunkan tiga produk paling laris The Ordinary, kini dalam saiz mini yang comel dan mudah dibawa.

  • Glycolic Acid 7% Toner 100ml: toner eksfoliasi yang membantu menanggalkan sel kulit mati, meratakan tona dan memberi sinar semula jadi.

  • Niacinamide 10% + Zinc 1% 15ml:  serum universal untuk mengawal minyak dan mengurangkan penampilan cela.

  • Hyaluronic Acid 2% + B5 (with Ceramides) 15ml: serum hidrasi ringan dengan lima bentuk HA untuk plumping segera sambil menguatkan moisture barrier.
    Termasuk pad kapas boleh guna semula untuk aplikasi yang lebih mesra alam.

THE LIP & LASH SET

Set duo ini menggabungkan rawatan bibir dan serum bulu mata/kening dalam saiz penuh dan kombo yang mudah tetapi memberi impak ketara.

  • Multi-Peptide Lash & Brow Serum 15ml : diformulasi dengan 11 bahan aktif untuk bulu mata dan kening lebih tebal, penuh dan sihat.

  • Squalane + Amino Acids Lip Balm 5ml:  balm pertama The Ordinary dengan tekstur emolien yang melembapkan serta merta dan mengekalkan kelembapan lebih lama.
    Hadir bersama keychain supaya balm sentiasa dalam jangkauan bila diperlukan.

Tahun ini, The Ordinary mengingatkan kita bahawa hadiah terbaik bukan semestinya yang paling besar — tetapi yang paling berfikir, paling praktikal, dan paling menggembirakan. Enam set mini ini menyerlahkan keindahan dalam kesederhanaan, membawakan rutin penjagaan diri yang mudah, ringkas dan siap untuk diberi.

Artikel Berkaitan: KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

Bacaan Lanjut
THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA

THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

JOJO HADIAHKAN IBU JAM TANGAN MEWAH ROLEX

Bacaan Lanjut

12 HADIAH UNTUK SANG JEJAKA

Bacaan Lanjut

4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

Bacaan Lanjut

PERTUNJUKAN 3D INTERAKTIF SEPHORA MALAYSIA YANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut