THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
Temu bual, BATRISYIA FAISAL, Teks, SHAKIF MD NOOR
Bermula sebagai remaja berbakat yang berani mencuba nasib dalam dunia muzik, Ismail Izzani kini berkembang menjadi penyanyi penuh karisma dengan identiti seni yang semakin matang. Dari vokal unik hingga gaya personal yang menjadi inspirasi, perjalanan Ismail membuktikan bahawa bakat, disiplin dan evolusi diri mampu membentuk seorang ikon generasi kini.

Jaket, baju panas berkolar & seluar, Levi’s® Blue Tab™
BILAKAH ISMAIL RASA PALING BERADA DALAM ELEMEN SENDIRI? Masa bekerja atau masa bersendirian?
Saya rasa saya paling berada dalam elemen sebenar ketika bersendirian. Sejujurnya, kebelakangan ini saya banyak meluangkan masa untuk diri sendiri ‘me time’. Pada awal saya menceburi industri, jadual terlalu padat hingga hampir tiada ruang untuk berhenti seketika dan bernafas.
Sekarang, saya belajar membahagikan masa antara kerja dan kehidupan peribadi. Saat bersendirian, saya dapat merenung diri, berfikir dengan tenang dan mengembalikan tenaga. Namun, apabila berada di atas pentas, itu pula sisi diri yang lain. Ruang di mana saya benar-benar hidup, bebas dan sepenuhnya dalam zon saya. Kedua-duanya memberi tenaga berbeza, tetapi kedua-duanya penting buat saya.
Bagaimanakah personaliti sebenar Ismail?
Secara jujur, dalam industri ini kita memang tak boleh tunjuk 100% siapa diri sebenar kita. Kadang-kadang orang tak faham, atau mungkin tak boleh terima. Jadi saya belajar untuk membezakan antara diri saya di hadapan umum dan diri saya ketika bersama orang yang saya benar-benar selesa. Seperti keluarga, kawan rapat atau orang tersayang.
Dengan merekalah saya boleh jadi diri sendiri sepenuhnya. Saya rasa itu sangat penting, kerana dalam dunia hiburan, kita perlu tahu batas antara apa yang patut dikongsi dan apa yang perlu disimpan untuk diri sendiri.
Kalau diberi peluang untuk bekerjasama dengan sesiapa pun (hidup atau telah tiada), siapa pilihan Ismail?
Kalau diberi peluang, impian saya sudah tentu untuk bekerjasama dengan Chris Brown dan Justin Bieber. Dua nama besar yang banyak membentuk dan mempengaruhi gaya muzik saya. Untuk artis tempatan pula, saya pilih Zynakal. Dia antara insan yang ada sejak hari pertama saya melangkah dalam industri ini. Kami sudah kenal sejak usia 15 tahun, pernah tinggal bersama dan hubungan kami memang seperti adik-beradik. Ironinya, walaupun begitu rapat, kami jarang menghasilkan lagu bersama.
Banyak idea, banyak lagu yang sudah tercipta, tetapi semuanya masih belum dilancarkan. Mungkin suatu hari nanti, bila tiba masa yang betul, kami akan kongsi karya itu dengan para peminat saya dan juga peminat Zynakal.

Apakah benda yang sedang anda obses dengan sekarang, misalnya lagu, trend, atau hobi baru?
Sekarang ini saya memang obses dengan album terbaru Justin Bieber (bertajuk SWAG). Selain itu, saya baru jatuh cinta dengan satu sukan baharu iaitu pickleball. Sukan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga menjadi ruang sosial yang sihat untuk saya. Saya dapat berkenalan dengan ramai kawan baharu, dan saya suka melihat bagaimana komuniti sukan ini begitu positif dan sangat supportive.
Apa satu nasihat yang selalu anda pegang bila rasa hilang arah?
Setiap kali saya rasa hilang arah, saya selalu ingatkan diri bahawa ada ramai orang di luar sana yang sedang melalui ujian yang jauh lebih berat. Itu membuatkan saya lebih bersyukur. Saya juga percaya bahawa untuk terus melangkah ke hadapan, kita perlu belajar menerima kesilapan sendiri. Kadang-kadang kita rasa sudah cukup mengenali diri, tetapi sebenarnya masih banyak sisi yang belum kita temui. Saya berpegang pada satu prinsip mudah: ‘kita hanya hidup sekali, jadi hiduplah sepenuhnya.’
Artikel berkaitan: THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











