Skip to content

salman farish

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH

Kongsikan artikel ini

Temu bual, BATRISYIA FAISAL, Teks, SHAKIF MD NOOR

Salman Farish muncul sebagai content creator yang bukan sahaja kreatif, tetapi juga sangat aktif dalam dunia larian dan sukan. Bagi Salman, disiplin adalah kunci untuk mengekalkan kehidupan yang positif. Sama ada ketika bersenam, berkarya atau membina diri. 

Dalam masa yang sama, memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman salah satu inspirasi fesyen untuk generasinya, membuktikan bahawa kesihatan, disiplin dan stail boleh bergerak seiring dalam membentuk lelaki moden yang lebih seimbang.

salman farish

Jaket, kemeja & seluar denim, Levi’s® Men’s

BILAKAH SALMAN RASA PALING BERADA DALAM ELEMEN SENDIRI? Masa bekerja atau masa bersendirian?

Saya rasa diri saya mempunyai dua sisi yang berbeza. Ketika bekerja, saya sangat profesional dan fokus. Namun apabila bersendirian, saya lebih relaks dan benar-benar menjadi diri sendiri. Dua dunia yang berbeza ini penting untuk saya seimbangkan, kerana masing-masing membentuk siapa saya hari ini.

Bagaimanakah personaliti sebenar Salman?

Kalau di acara atau ketika bekerja, saya cuba untuk lebih terbuka dan berinteraksi, walaupun secara semula jadi saya seorang yang sangat introvert. Saya suka memuji gaya dan keyakinan orang lain. Itu cara saya berkomunikasi dan berhubung dengan mereka. Tetapi bila di rumah, saya lebih selesa menyendiri, menghabiskan masa mengemas, atau bermain dengan kucing. Dua sisi yang berbeza, namun kedua-duanya membuatkan saya seimbang.

Kalau diberi peluang untuk bekerjasama dengan sesiapa pun (hidup atau telah tiada), siapa pilihan Salman?

Saya sangat mengagumi dua figura ini iaitu Tyler, The Creator dan G-Dragon. Pada saya, mereka bukan sekadar artis, tetapi ikon fesyen yang berani menolak batas gaya. Saya ingin melihat dengan mata sendiri bagaimana mereka bekerja, berfikir dan mengekspresikan identiti melalui fesyen. Saya percaya, berada dalam ruang kreatif mereka pasti akan membuka perspektif baharu dan memberi inspirasi besar buat diri saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Apakah benda yang sedang anda obses dengan sekarang, misalnya lagu, trend, atau hobi baru?

Sekarang saya benar-benar obses dengan penjagaan kesihatan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya semakin sedar betapa pentingnya tubuh yang sihat untuk kehidupan yang panjang dan berkualiti. Saya aktif berlari dan tahun ini mula berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal. Siapa tahu, mungkin tahun depan saya berani menyertai Ironman Race. Bagi saya, stamina dan disiplin dalam sukan mencerminkan kekuatan diri yang sebenar.

Apa satu nasihat yang selalu anda pegang bila rasa hilang arah?

Saya selalu ingatkan diri bahawa tidak semua perkara dalam hidup akan berjalan seperti yang kita mahukan. Ada masanya kita jatuh dan itu tidak mengapa. Yang penting, kita bangkit semula. Rise, repeat. Hidup ini bukan tentang mengelak kegagalan, tetapi tentang bagaimana kita terus melangkah selepasnya.

Artikel berkaitan: THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut