DI SEBALIK SUARA ERA FM, FAZZIQ MUQRIS KINI BERGELAR SUAMI
Dalam langkah yang penuh makna, penyampai radio Era FM, Fazziq Muqris 25, mengorak bab baharu dalam hidupnya apabila sah bergelar suami kepada, Sharifah Areeqa. Lafaz akad yang terucap hanya sekali sahaja. Tenang, yakin dan penuh perasaan yang menyatukan dua hati dalam ikatan suci yang menjadi permulaan kisah mereka pada pagi Sabtu lalu.
SEDERHANA TAPI PENUH MAKNA
Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana menjadi saksi Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, memikul amanah sebagai seorang suami. Beliau menyerahkan mas kahwin RM300, bukan sekadar memenuhi adat, tetapi sebagai simbol kasih sayang dan tanggungjawab yang jujur dari hati.
Dalam era di mana momen indah sering terakam melalui lensa, pasangan ini turut mengabadikan detik bahagia mereka di Instagram. Potret cinta yang tulus, mencerminkan getar kegembiraan dan harapan untuk masa depan mereka berdua. Setiap senyuman, setiap genggaman tangan, seolah menuturkan kisah bahawa cinta yang satu itu sentiasa cukup.
Bagi Fazziq, yang sering kita dengari suaranya menceriakan pagi pendengar Era FM. Hari itu menjadi titik perubahan yang lebih besar daripada apa yang dapat disampaikan melalui radio. Ia adalah perjalanan baru bagi Fazziq yang lebih intim, lebih bermakna, dan lebih peribadi.
Dengan langkah pertama sebagai suami, kita pasti menantikan bagaimana Fazziq membawa lembaran baharu ini dalam kehidupan dan kerjayanya yang menginspirasi ramai. GLAM Lelaki mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Fazziq dan juga Areeqa.
Artikel Berkaitan: FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Untuk isu September 2025, GLAM Lelaki bawakan 10 individu terpilih sebagai cool kids untuk menggambarkan youth and trend GLAM Lelaki.
SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR
Menjadi inspirasi buat gadis-gadis di media sosial untuk menghargai natural curl, Sharifah Areeqa rajin berkongsi tips kecantikkan rambutnya.
5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI
Filem Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh pelakon-pelakon yang sangat berbakat dan bakal menjayakan filem ini.
FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)
Fazziq Muqris terbukti berjaya mengubah diri dengan bentuk badan fit dan ideal. Perubahan tersebut telah membawa dirinya ke fasa baharu. Fazziq berkongsi beberapa tips sihat kepada GLAM Lelaki.











