FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
“Saya mencintai kamu kerana Tuhan, dan hanya Dia yang tahu sedalam mana cinta ini.”
Pelakon dan penyanyi terkenal Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian apabila menzahirkan ucapan penuh kasih buat isterinya, Amira Othman, sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-32.
Dalam hantaran di Instagram, Fattah menulis mesej yang sarat dengan rasa syukur dan cinta. Hantaran itu menggambarkan Amira sebagai “anugerah dari syurga” serta sumber kekuatannya dalam kehidupan berumah tangga.
“Selamat hari lahir kepada isteriku, Nadia Amira binti Othman — anugerah dari syurga. Semoga tahun baharu ini, bersama rumah yang baru kita bina, menjadikan kamu kuat menghadapi hari-hari mendatang, sama ada hujan atau panas,” tulis Fattah.
“Suamimu sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu — semoga hidupmu diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki, dan terus menjadi inspirasi kepada semua yang mengenalimu. Saya mencintai kamu kerana Tuhan, dan hanya Dia yang tahu sedalam mana cinta ini,” tambahnya lagi.
Ucapan tersebut segera menarik perhatian peminat dan pengikut media sosial, dengan ramai yang tersentuh melihat keakraban pasangan ini. Amira turut membalas mesej suaminya dengan penuh kasih, menyifatkan Fattah sebagai “suami dari syurga” sambil mendoakan segala kebaikan buatnya.
Pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada 14 September lalu di sebuah resort mewah di Sepang. Pasangan ini kembali diraikan dalam satu majlis resepsi istimewa di Melawati Convention Centre, Hulu Klang, malam tadi. Majlis resepsi kali ini lebih meriah dengan kehadiran barisan selebriti seperti Chakra Khan, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, MK K-Clique, dan juga biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza. Para peminat bertuah juga hadir untuk turut berkongsi detik bahagia mereka.
Momen romantik antara Fattah dan Amira ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, tetapi lambang kematangan cinta dua figura seni yang kini melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan penuh ketenangan dan doa.
Artikel Berkaitan: FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN: PESONA BUSANA “SETULUS TAKDIR”
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR
Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.











