Skip to content

6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025

6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025

Kongsikan artikel ini

Barisan selebriti wanita pada tahun 2025 masing-masing menyerlah dengan cara tersendiri dari segi lakonan, nyanyian, perniagaan serta fesyen.

Tahun 2025 memperlihatkan gelombang baharu dalam dunia hiburan Malaysia. Satu era yang dipenuhi bakat segar, pencapaian gemilang dan kehadiran bintang yang semakin bersinar di pentas arus perdana. Dari layar kaca ke pentas fesyen, daripada projek mega hingga detik-detik viral yang menjadi bualan seluruh negara, selebriti wanita tanah air terus mempamerkan pesona tersendiri, masing-masing membawa karakter, gaya dan aura yang membezakan mereka dalam industri yang kian kompetitif. Kali ini, GLAM Lelaki menampilkan 6 selebriti wanita paling menyerlah sepanjang tahun 2025. Nama-nama ini bukan sahaja memukau dari segi bakat, tetapi turut mencorak landskap hiburan dengan keperibadian, konsistensi dan daya tarikan yang sukar ditandingi.

#1 Mira Filzah

Mira Filzah terus membuktikan statusnya sebagai “Malaysia’s Sweetheart” melalui deretan projek , termasuk drama berskala besar yang mencatat rekod tontonan serta kolaborasi jenama mewah yang memperkukuh pengaruhnya.  Lakonannya dalam drama Curang Tanpa Niat dan Mandul Bukan Pilihan cukup memberi impak hingga drama itu menjadi drama terhangat tahun ini. Selain itu, Mira juga membintangi drama Gadis Masa dan menjadi naskhah Malaysia pertama yang tercalon dalam kategori Best OTT Original di Global OTT Awards 2025. Bukan sahaja berjaya di layar, Mira turut menyerlah dalam dunia bisnes dan gaya hidup, memperlihatkan sisi seorang wanita moden yang serba boleh. Baru-baru ini, jenama Mira Filzah berkolaborasi bersama SHALS sempena pertunjukkan fesyen Fashionably Modest Asia 2025.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

#2 Amira Othman

Tahun 2025 menjadi titik lonjakan baharu buat Amira Othman. Dengan vokal versatil dan kehadiran pentas yang semakin matang, Amira bukan sekadar penyanyi tetapi juga figura fesyen yang semakin menyerlah di karpet merah. Projek muzik terbaharu bersama Irfan Haris, adiknya mendapat pujian dan mencapaian hebat dalam industri muzik Malaysia tahun ini. Rasa & Takdir menjadi salah satu bukti dia masih antara suara paling kuat di industri. Amira turut mengambil langkah besar apabila menamatkan zaman bujangnya bersama Hero Malaya, Fattah Amin tahun ini.

Baca: KENALI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025

#3 Anna Jobling

Anna Jobling meneruskan momentum bintangnya dengan projek antarabangsa yang membuka lebih banyak peluang untuk bakat tempatan bersaing di luar negara. Dengan lakonan penuh emosi dan persona elegan, Anna menjadi antara wajah paling dicari oleh jenama global. Tahun ini, beliau membintangi Hai Cinta, Dengarkanlah! di TV3 sebagai Cahaya, seorang ibu tunggal. Lakonannya membawa pulang kemenangan besar apabila Anna merangkul anugerah Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2025. Ini merupakan satu pencapaian penting yang mengangkat namanya serta membuktikan kemampuan pelakon Malaysia di pentas Asia dan global.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

#4 Arena Wan

Nama yang sebelum ini dilihat sebagai “pendatang baharu” kini berkembang menjadi salah satu wajah paling berpengaruh dalam dunia lakonan. Arena Wan tampil dengan keaslian dalam setiap naskhah, menjadikannya dekat di hati penonton. Dalam siri Generasi: Perfect 10 (2025), yang mengetengahkan gimnastik sebagai tema jarang dilihat dalam drama tempatan, Arena memegang watak utama Ezrina Ezie Riyad. Demi memastikan persembahannya sebagai atlet kelihatan autentik, beliau menjalani latihan intensif selama sebulan sebelum penggambaran. Ini merupakan satu bukti dedikasinya terhadap seni lakonan. Arena Wan merupakan salah seorang pelakon wanita muda yang menyerlah pada tahun 2025 dengan lakonannya.

Baca: IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025

#5 Sweet Qismina

Sentiasa manis pada nama dan peribadi, tetapi tegas dalam kerjaya. Sweet Qismina terus membuktikan dirinya sebagai pelakon berkaliber. Tahun 2025 menyaksikan transformasi lakonannya yang lebih matang. Dengan watak-watak mendalam, ia menunjukkan evolusi seni seorang selebriti muda yang tidak pernah berhenti bertumbuh. Sweet Qismina membintangi filem Babah, dan lakonannya sebagai Maya, seorang anak yang menghadapi pelbagai dugaan mendapat pujian hebat. Babah dianugerahkan Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34). Manakala Sweet membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk wataknya. Kesungguhan Sweet dalam mempersiapkan watak tersebut,  termasuk turun berat badan dan mendalami watak secara emosional  membuahkan hasil apabila beliau mengalahkan pelakon veteran lain dalam kategori sama. Kejayaan dalam Babah bukan sahaja memperkukuh reputasinya, tetapi juga menandakan titik penting dalam kerjayanya selepas hampir dua dekad berlakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SWEET QISMINA ( SQ ) (@sweetqismina)

#6 Tracie Sinidol

Dari Sabah ke seluruh Malaysia dan kini mendapat perhatian serantau, Tracie Sinidol menutup senarai dengan sorotan yang tidak kurang hebat. Kejelitaannya menjadi buah mulut, namun bakat dan profesionalismenyalah yang mengangkat namanya. Tracie semakin diyakini sebagai wajah masa depan industri hiburan, penuh potensi untuk meletup lebih besar. Tahun ini, Tracie turut membintangi drama Gadis Masa sebagai versi masa lalu watak utama, berkongsi karakter dengan Mira Filzah dalam konsep “time travel”. Kehadirannya dalam projek ini menarik perhatian ramai apabila netizen memuji persamaan wajah antara Tracie dan Mira. Tracie turut muncul sebagai watak utama dalam drama Hilang Dalam Rindu, bergandingan dengan Jazmy Juma. Ini merupakan sebuah langkah besar yang mengukuhkan statusnya sebagai pelakon muda yang semakin mendapat kepercayaan penerbit.

Tahun 2025 adalah milik wanita. Buat wanita yang kuat, berbakat, dan berpengaruh. Enam selebriti ini bukan sahaja mendominasi carta populariti, tetapi menjadikan tahun ini lebih bermakna dengan karya, semangat, dan aura mereka yang tersendiri.

Pautan berkaitan: 5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

"TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN." - HAJJAR

“TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN.” – HAJJAR

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SENARAIKAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-34

GLAM LELAKI SENARAIKAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-34

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN

Bacaan Lanjut
hun haqeem pelakon wanita

LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM

Bacaan Lanjut
fattah amin kahwin

FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN SAH BERNIKAH 14 SEPTEMBER INI

Bacaan Lanjut
KENALI AMIRA OTHMAN, WANITA YANG DIPIKAT OLEH FATTAH AMIN

KENALI AMIRA OTHMAN, WANITA YANG DIPIKAT OLEH FATTAH AMIN

Bacaan Lanjut