Skip to content

5 DRAMA & FILEM JAMES JIRAYU YANG HARUS MASUK ‘WATCHLIST’ ANDA

Kongsikan artikel ini

James Jirayu Tangsrisuk atau lebih dikenali sebagai James Jirayu merupakan salah satu nama paling kukuh dalam industri hiburan Thailand. Bermula sebagai pelakon muda yang terkenal dengan wajah “boy-next-door”.  

James kini menjadi aktor versatil yang mampu membawa pelbagai genre seperti romantik, komedi, keluarga, sehingga ke drama berat dan lakonan matang. Dengan populariti besar di Malaysia, Singapura, China dan Korea Selatan, karya-karyanya terus membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelakon kacak, tetapi seorang bintang Asia yang mempunyai daya tarikan global. Ini adalah 5 drama & filem terbaik lakonan James Jirayu yang wajib anda tonton.

1. Suphapburut Juthathep: Khun Chai Puttipat (2013)

Inilah drama yang melonjakkan nama James Jirayu menjadi fenomena Asia. Wataknya sebagai Khun Chai Puttipat, seorang doktor muda yang berdedikasi. James berjaya memikat penonton dengan kombinasi lakonan penuh jiwa, romantik dan aura gentleman. Siri ini juga mencipta gelombang besar di Thailand, menjadikan James bintang baharu paling bersinar pada tahun tersebut.

2. Padiwaradda (A Woman’s Loyalty) (2016)

Dalam drama romantik ini, James memegang watak Tor, seorang lelaki yang terperangkap antara tanggungjawab keluarga dan rasa cinta yang tumbuh perlahan-lahan. Chemistry-nya bersama pelakon utama, Taew Natapohn, menjadi antara pairing paling ikonik dalam drama moden yang penuh emosi, konflik, dan storytelling yang lebih matang.

3. Game Sanaeha (The Game of Love) (2018)

Game Sanaeha menampilkan James Jirayu dalam salah satu watak paling emosional dan intens sepanjang kariernya. James sebagai Luckanai (Nai), lelaki penyabar yang terperangkap dalam permainan manipulatif Muenchanok (Nok), seorang pewaris kaya yang emosi akibat penceraian ibu bapanya. Drama ini mengisahkan hubungan penuh konflik antara pasangan “enemies-to-lovers”, di mana Nok menyasarkan Nai sebagai mangsa permainan dan dendamnya. Namun di sebalik kekejaman Nok, Nai benar-benar mencintainya. Kisah ini mengikut perubahan karakter Nok daripada gadis manja dan penuh kemarahan kepada wanita yang belajar mencintai menjadikan penamatnya sangat memuaskan. Popularitinya didorong oleh chemistry kuat antara James Jirayu dan Taew Natapohn, karakter duo paling “compelling”

4. To the Moon and Back (2024) 

To the Moon and Back (Matalada) ialah drama 2023 Thai yang menjadi hit terbesar (termasuk carta Netflix Thailand). Menampilkan James Jirayu sebagai salah satu watak utama dalam sebuah kisah romantik yang hangat dipuji kerana visual dan penceritaannya. Seterusnya, pada 2024 James kembali dengan drama Loke Moon Rob Ter (Around the Moon) sebuah coming-of-age yang mengikuti perjalanan tiga anak yatim yang membesar di sempadan Thailand-Laos. Drama ini juga dibintangi oleh James (sebagai Mana) bersama Maylada Susri dan Paris Intarakomalyasut, dan mendapat liputan luas siri penting tahun itu.

5. Tha Rae: The Exorcist (2025)

Tha Rae: The Exorcist, James Jirayu Tangsrisuk membawa dimensi baharu dalam kerjayanya apabila memegang watak Father Paolo. Seorang paderi muda yang tegas, patuh pada kitab, dan dilatih sebagai pengusir syaitan profesional. Dihantar ke sebuah perkampungan Katolik terpencil Tha Rae, komuniti Katolik terbesar dan tertua di Thailand. Father Paolo berdepan gangguan iblis yang kembali menghantui penduduk selepas 40 tahun. Apabila seorang bekas paderi, Ming, menunjukkan kelakuan mengerikan sehingga menakutkan seluruh kampung. Pihak gereja memanggil Paolo untuk menguruskan ritual eksorsisme. Namun keadaan menjadi lebih rumit apabila penduduk turut memanggil Sopha, seorang yao (bomoh tradisi Isan) yang mengamalkan perubatan animisme. Pertembungan dua kepercayaan dogma Katolik Barat melawan spiritualisme Isan memuncak apabila iblis itu akhirnya merasuk anak perempuan Ming. Akhirnya, Father Paolo dan Sopha terpaksa mengetepikan ego, falsafah serta kepercayaan masing-masing untuk menentang kejahatan purba yang tidak tunduk kepada satu agama atau tradisi.

Jika anda peminat drama Thailand atau ingin mula mengikuti karya lakonan Thailand, lima pilihan ini antara drama dan filem terbaik James Jirayu yang memaparkan evolusi seorang aktor yang bukan sahaja berbakat, tetapi mempunyai karisma dan aura yang berbeza.

Artikel Berkaitan: KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

Bacaan Lanjut
STAYBRIDGE SUITES BANGKOK SUKHUMVIT: RUMAH KEDUA DI TENGAH KOTA RAYA

STAYBRIDGE SUITES BANGKOK SUKHUMVIT: RUMAH KEDUA DI TENGAH KOTA RAYA

Bacaan Lanjut

5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE

Bacaan Lanjut

TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS

Bacaan Lanjut

ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI

Bacaan Lanjut

7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ

Bacaan Lanjut