5 HADIAH MENARIK SEMPENA ‘GIFTING SEASON’
Musim perayaan dan hujung tahun sering jadi masa terbaik untuk memberi hadiah. Pemberian hadiah bukan sekadar token, tetapi simbol penghargaan dan gaya hidup individu. Jika anda mahu hadiah yang premium, elegan dan sesuai untuk lelaki atau wanita bergaya moden, lima pilihan berikut patut berada dalam radar anda tahun ini.
#1 Armani Stronger With You Intensely
Parfum ini sejak dilancarkan terkenal dengan wangian maskulin yang sensual dan moden. Gabungan bauan rempah manis, vanila dan notes kayu, menjadikannya antara pilihan utama lelaki masa kini. Edisi “Holiday Gift Set” biasanya datang dengan botol utama dan set mini atau bergaya premium. Menjadikannya hadiah ideal untuk lelaki urban. Wangian yang tahan lama dan profil versatile bagi siang atau malam membuatkannya hadiah paling “selamat” dan elegan.

#2 Lancôme Absolue Eye Cream Collection
Bagi lelaki ataupun wanita yang menghargai penjagaan kulit, koleksi eye cream dari Lancôme adalah hadiah paling sesuai. Eye cream dari rangkaian “Absolue” terkenal kerana membantu melembutkan kulit bawah mata, mengurangkan tanda keletihan, dan menambah seri pada wajah. Gift sets ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk mereka yang menghargai kecantikan diri dan self-care.

#3 Jo Malone London Sandalwood & Spiced Apricot Cologne
Cologne dari Jo Malone diakui dunia sebagai pilihan hadiah mewah kerana reputasinya dalam mencipta wangian ringan, sophisticated dan boleh dipadankan bersama (layered). Aroma Sandalwood & Spiced Apricot menyatukan aroma kayu hangat dan buah manis. Wangian ini sesuai untuk cuaca tropika serta gaya kasual dan formal. Selain itu, packaging minimal dan elegan menjadikannya hadiah yang sesuai untuk lelaki atau wanita.

#4 Molton Brown Re-charge Black Pepper Eau de Parfum Duo Gift Set
Set hadiah dari Molton Brown “Re-charge Black Pepper Eau de Parfum Duo Gift Set” menggabungkan eau de parfum dengan profil wangian hitam-pedas yang maskulin, Wangian ini diinspirasikan daripada bauan perjalanan off-road dari banjaran berbatu Masaola menuju ke Savana yang luas. Bayangkan angin padang pasir yang melintasi tanah panas, serpihan batu runtuh ke dalam gaung dalam yang dialiri anak sungai. Semuanya diterjemahkan ke dalam satu komposisi aroma yang sangat menenangkan. Ideal untuk lelaki moden atau wanita yang menghargai wangian niche. Duo set ini mewakili gaya elegan dan bergaya, sambil mengekalkan ciri mewah Molton Brown, menjadikannya hadiah istimewa untuk musim perayaan.

#5 Yves Saint Laurent MySLF Eau de Parfum 60 ml Duo Gift Set
Wangian MySLF dikenali dengan karakter kontemporari yang bersih tetapi sensual. Sesuai untuk lelaki moden yang yakin dengan identiti diri dan gaya peribadi. Duo gift set ini menawarkan nilai eksklusif melalui pembungkusan elegan serta praktikal untuk kegunaan harian atau perjalanan, menjadikannya hadiah yang bukan sahaja mewah tetapi juga berfungsi. Dengan aura yang versatile dan kemasan premium, set ini ideal dijadikan hadiah musim perayaan untuk individu yang menghargai jenama ikonik, rekaan bergaya dan wangian yang meninggalkan impresi tersendiri.
Artikel Berkaitan: PERSONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC
YSL Beauty mempersembahkan Iconic Duo Pop-up di Suria KLCC, didedikasikan kepada dua haruman paling ikonik jenama ini, LIBRE dan MYSLF.
FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar. Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan…
A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU
Stronger With You bersama enam individu hebat- Aedy Ashraf, Han Pin, Aniq Suhair, Ikmal Amry, Mierul Aiman dan Nabil Aqil.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.











