Skip to content

MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS

MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS

Kongsikan artikel ini

YSL Beauty secara rasmi mengumumkan pelakon dan ikon gaya Malaysia, Meerqeen, sebagai wajah baharu Le Vestiaire des Parfums.

Selepas pelantikan Meerqeen sebagai duta jenama YSL Beauty selama dua tahun, Meerqeen kini dilantaik sebagai wajah koleksi Le Vestiaire des Parfums. Ini merupakan koleksi haute parfumerie eksklusif yang diinspirasikan daripada almari ikonik Yves Saint Laurent. Pelantikan ini menandakan evolusi kerjasama Meerqeen bersama YSL Beauty Malaysia. Daripada duta jenama kepada muse bagi koleksi berprestij ini, mencerminkan perkembangan gaya, keyakinan dan kehadiran modennya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Perlantikan tersebut dizahirkan melalui Muse, wangian yang meraikan individualiti, semangat artistik dan keyakinan yang bersahaja. Ia merupakan nilai yang seiring dengan gaya peribadi Meerqeen serta perjalanan kerjayanya yang semakin matang. Di samping Muse, Tuxedo tampil sebagai salah satu wangian signatur utama koleksi ini, diinspirasikan daripada seni jahitan ikonik Yves Saint Laurent dan sofistikasi Paris. Berstruktur namun sensual, Tuxedo menyeimbangkan kekuatan dan kehalusan—memantulkan keanggunan moden Meerqeen. Bersama-sama, Muse dan Tuxedo menegaskan visi YSL Beauty bahawa minyak wangi adalah lanjutan gaya, identiti dan ekspresi diri.

Warisan YSL Diterjemah Melalui Olfaktori

Le Vestiaire des Parfums dihasilkan oleh barisan pembuat minyak wangi terkemuka dunia yang memiliki pemahaman mendalam terhadap warisan YSL. Setiap ciptaan melangkaui definisi wangian klasik. Ia menjadi terjemahan olfaktori kepada gaya abadi dan semangat berani Yves Saint Laurent—kuat, mengesankan dan kekal relevan merentas masa.

Sebagai seorang visionari, Yves Saint Laurent merevolusikan fesyen wanita dengan pendekatan berani terhadap feminiti. Dia meraikan bentuk wanita dengan sensualiti yang belum pernah ada. Dia turut membebaskan wanita daripada norma yang membataskan serta memperkenalkan siluet androgini yang memperkasakan. Dipengaruhi dinamik belia dan gaya jalanan, dia membentuk almari pakaian wanita moden. Dengan penggunaan warna yang berani, inspirasi artistik, dan pembebasan daripada kekangan borjuis lama.

Berpaksikan warisan artistik dan visi revolusioner Monsieur Saint Laurent, Le Vestiaire des Parfums menterjemahkan intipati rekaan ikonik beliau ke dalam koleksi haute parfumerie yang eksklusif. Daripada potongan lambang, material mewah hingga sumber inspirasi kreatif, setiap wangian—dihasilkan dengan teliti oleh perfumer ternama. Ini menjadi penjelmaan gaya dan roh sang couturier.

Estetika Ikonik & Sentuhan Perfumers Tersohor

Estetika YSL mudah dikenali dengan ikonik sepanjang zaman, elegan tanpa kompromi, dan berani avant-garde. Setiap ciptaan membawa siluet tandatangan yang mengangkat keperluan harian menjadi couture yang didambakan. Lebih daripada sekadar gaya, rekaan ikonik YSL menzahirkan sikap—sebuah semangat revolusioner, seksi, mentah dan subversif yang menentang konvensi.

meerqeen Le Vestiaire des Parfums

Le Vestiaire des Parfums menampilkan sentuhan artistik perfumer tersohor dunia seperti Marie Salamagne, Juliette Karagueuzoglou, Quentin Bisch dan Carlos Benaim. Selain itu, Alberto Morillas, Amandine Marie, Dominique Ropion, Annick Menardo, Fabrice Pellegrin, Cécile Matton dan Julie Masse. Setiap satu menyumbang visi unik mereka, menolak sempadan seni olfaktori untuk menghasilkan jejak wangian yang berkuasa dan abadi.

Ritual Deria Menyeluruh: Dari Kulit ke Ruang

Koleksi ini turut memperluas ritual deria dengan rangkaian Hand & Body Wash, menawarkan langkah awal yang beraroma dalam rutin harian—membersihkan kulit secara lembut sambil meninggalkan sentuhan wangian halus, serta mempersiapkan kulit untuk lapisan minyak wangi seterusnya.

Tidak terhenti pada wangian kulit, Le Vestiaire des Parfums juga memperkenalkan lilin beraroma yang memberi penghormatan kepada destinasi ikonik YSL. Daripada 70 Paris, 66 Marrakech, 83 New York, 37 Rue de Bellechasse, 24 Rue de l’Université, hingga 6 Place Saint-Sulpice—mengundang pengalaman olfaktori ke dalam ruang peribadi. Dengan Meerqeen sebagai muse, Le Vestiaire des Parfums terus menegaskan kedudukannya sebagai manifestasi gaya, identiti dan keberanian—sebuah warisan YSL yang hidup melalui wangian.

Rekaan Botol Ikonik Le Vestiaire des Parfums: Simbol Keanggunan YSL

Tajam, kemas dan penuh sensori—setiap perincian botol Le Vestiaire des Parfums seolah-olah berbisik nama Yves Saint Laurent. Direka oleh pereka tersohor pemenang anugerah, Suzanne Dalton, siluet kaca berpotongan tajam dengan garisan seni bina yang tegas mencerminkan semangat koleksi ini, mengingatkan kepada siluet ikonik hasil rekaan Yves Saint Laurent sendiri.

Setiap elemen botol dirancang dengan teliti bagi menyatukan dunia couture dan perfumery. Penutup hitamnya dihiasi dengan logo ikonik YSL Cassandre, manakala tekstur sensual pada penutup mengimbau fabrik tuxedo legenda Yves Saint Laurent, grain de poudre. Kesucian seni bina siluet botol menghasilkan pantulan cahaya yang berlapis melalui kaca tebalnya, menambah dimensi visual yang mewah dan sofistikated.

meerqeen Le Vestiaire des Parfums

Botol ini disimpan dalam kotak hitam berpotongan tajam, setajam jaket YSL, yang turut menampilkan tekstur grain de poudre sebagai simbol ketelitian pertukangan. Bahagian dalam kotak dilapik dengan kesan cermin, memperindah rona wangian di dalamnya dan menjadi sentuhan terakhir keanggunan couture. Gabungan harmoni antara gaya dan roh couture menjadikan botol Le Vestiaire des Parfums sebuah objek idaman—abadi, ikonik dan setaraf dengan wangian berprestij yang dikandungnya.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025

Bacaan Lanjut
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025

IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025

Bacaan Lanjut
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025

TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025

Bacaan Lanjut

6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’

Bacaan Lanjut
YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC

YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC

Bacaan Lanjut
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

Bacaan Lanjut